Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Tuesday 9 November 2010

gerimis semalam; gerimis hari ini

Semalam
dibimbit payung erat kemas
biar tak terbuka gunapun payung itu
biar basah dihujani gerimis manja dari-Nya
redho dengan natijah yang esok-esok datang
asalkan yang digenggam kemas ini dapat sampai pada kasih yang menunggu-nunggu dalam hujan.

tapi.
itu dulu.

Hari ini
susun gugur gerimis masih sama seperti semalam
bagai mesin penyalin yang penuh sempurna
dan payung masih ada
si dia dan si kasih masih sang pencinta yang sama seperti putar masa yang lepas
cumanya
semalam, renyai jernih ini masih terasa panas dan selsema jiwa belum pernah ada
sedang hari ini, dingin di jiwa lebih jauh jatuh dari fahrenheit bongkah-bongkah ais di utara selatan dunia

kenapa ya?

bukankah suku acu yang sama untuk kek kasih semalam gagal menterjemahkan enak kek seperti yang sama hari ini?

bagi aku; semua itu ketentuan-Nya
kita, seboleh jiwa mahu jadi hasil bakar yang benar ranum buat senyum pada si penanti rasa di sekalian cuaca
tapi, kita hanya boleh sedayanya cuba sehabis upaya
dan selebihnya, Maha Esa yang rencanakan coret hidup yang lebih utama.

"ah, andainya aku lebih tahu"

~tapi, mana mungkin.~

"ah, andainya aku lebih mengerti dari pengertian aku yang dulu"

*senyum*

15 comments:

SZ said...

dalam.
penat nk gali.

hahah.

little ain said...

boleh terus jaga, kan?
biar tak retak, lalu putus di tengah jalan.

:)

nemo said...

sama tapi berbeza.. kan?

(^_^)

beautiful_rose said...

aku dengan jiwa yang semakin hilang...

AJ Nismihan said...

SZ
then i get it simplyfy for you;
we should try the best we can to get the best we thought of; above all, it is ultimately Allah who have the best for us.
it is not take it or leave it case; it is take and swallow it with heart or hurt. We decide.
Boleh?

little ain
sehabis baiknya, kita cuba.
tapi, mana tahu, yang kek itu dah tak seperti yang pernah mesra dalam jiwa kita. dan bukan kita yang punya kata akhir untuk itu.
Apapun, selagi ada hayat, berdoa sepanjang mampu, dan jangan biar retak itu buat yakin kita tiris bergugur dan hancur sebelum mampu di hidang tayang.
we should always do our best; it is Allah who have the final call!
*smile*

nemo
mungkin.
tapi kan, yang sama kalau masih kekal sama dengan rutin dan rencah yang sama, pasti esok lusa kita cari yang beza buat pelepas bosan lidah.
cubalah.
ada pedas, bbQ, lemak dan bagai lagi buat kamu mampu variasikan.
ah, ikut pandang kamu saja/

beautyRose
bukan.
kamu yang membawa hati lari dari jalan yang terang.
life should be glittering with challange; so if you face one, then dont blame with them, but fight to get the most exciting moment of life.
jangan biar kita membenar jiwa kita kosong.
dia takkan lari kalau kita tak mencari jalan keluar.
find the best within you.
above all, it is Allah to refer for; and the best cure for all.
trust me that Rose

¶A.K.I¶ said...

mne nk like...
mne nk like~~~
aiss xde nak like~
sedey~

[harapan dan impian boleh dibuat tapi setelah usaha dan tawakal semuanya kembali pada keredhaan ALLAH SWT]

benar? ^_^

AJ Nismihan said...

¶A.K.I¶
yup.
thats the point.
kita boleh suka dan usaha sedaya kita, tapi end result is out of our hand.
contoh?
ah, bagai yang ini.
kamu suka, dan mahu tekan button like, jenuh2cari tapi tak jumpa.
sama kan?
ok. tak sama.
*senyum*

Adeqq said...

Salam.

Maaf lama tak mencoret. Ah, baca sekali aku sudah terpikat yang ini. Dan paling aku suka, suku acu itu. Bagaimana sama pun kita corakkan, resipikan, hasilnya tetap akan berbeza atas ketentuanNYA.

"semalam, renyai jernih ini masih terasa panas dan selsema jiwa belum pernah ada
sedang hari ini, dingin di jiwa lebih jauh jatuh dari fahrenheit bongkah-bongkah ais di utara selatan dunia"

Aku paling suka ini juga! Dan kalau hari-hari itu cuacanya sama walau di mana kita berada, mana datang keseronokan bukan? Dan itu satu lagi bukti kekuasaan Maha Esa.

Aku masih dan akan terus merencanakan hidup aku. Namun hasilnya, hanya DIA yang tahu. Kalaupun pengertian hari ini lebih dari semalam, aku perlu lebih redha kan?



p/s: Jodoh. InsyaAllah aku cuba sehabis baik untuk ini AJ. Dan pastinya tetap redha dengan apa ketentuanNYA. ^___^

wong ah ian said...

assalamualaikum brader.amacam sihat x?.frodo ckp hg carik aku..betul ka?..kalau tak betul aku nak pegi onar blog dia seround..hehe

aku tengah exam la ni..ada 2 paper lagi..esok pagi dengan ahad petang..lepas tu free dah dari buku-buku insyaAllah..tapi bz ngan abg aku nak kawin pulak la kot..kalau ada kat kL mai singgah umah makan kenduri..tapi aku tak ingatla tarikh dia..hurm..

AJ Nismihan said...

Adeqq
Yang kamu lafaz kata di para akhir itu, aku harap kamu pegang benar-benar pegang. Biar peluk kemas dalam jiwa dan meresap dalam-dalam.
Agar yang hasil nanti, senyum yang benar panjang bila-bila.
Kan Adeqq.
Ah, terima kasih kerana masih singgah-singgah sini dalam sulit sesak hidup kamu.
Terima kasih.

ian-man
Alhamdulillah.
Aku sihat. Dan memang aku carik kamu. Dan bertanya melalui Frodo.
Ah, kamu mana ada hutang dengan aku, cuma, tak salah bagi aku mencari sahabat yang lain bertanya cerita itu ini kan?
Moga kamu sihat-sihat ya Ian.
Moga yang kamu tempuh di meja peperiksaan itu berbaloi masanya, dan moga ini yang terakhir sebelum kamu benar bebas.
Buzy dengan nikah kawin?
*senyum*
Aku tak ke KL, tapi masih boleh doakan semua bikin gempak dan tersusunkan?
Ameen
Jaga diri.
Salam Sahabat.

SZ said...

boleh.
;)
tq.

miss nina said...

aku selalu berfikir,
selepas gerimis, mungkin suria muncul menerangi
mungkin juga sang pelangi akan datang mengubat hati :)

kenapa perlu bersedih ?

bila belajar redha, hati yang gundah pasti rasa lebih indah :)

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

andai aku lebih tahu..
esok tak kan ada duka..
andai aku lebih mengerti dr pengertian yg dulu..
aku lebih tenang..

Seroja Jingga said...

salam aj.

ye mana mungkin semuanye sama..kek itu ikut kita lah kan sahabat..kalau mahu yang sedap..kenelah usaha lebih sikit kan..

aku bawa diri jauh sebentar..bak kata kamu..perlu ade "pause"dalam hidup..dan ini adalah pause aku.

tiada lagi ruang komen di blog ku aj..kamu email saja aku..aku cuma mahu bersendiri sebntar.

uh ye..aku sudah tak mahu lagi bicara tntang doctor. sungguh.aku penat

AJ Nismihan said...

SZ
Tachiyotte kurete arigatō
*Egao*

miss nina
bukan saja belajar apa itu redha, tapi selam dalam-dalam dan biar redha itu meresap dalam nafas kita; pejam atau tidak.
dan itu pasti susah bukan?

jackAlvin
bernafas hidup tak semudah hanya tarik dan lepas kan?
dan hanyalah kalau kita lebih tahu.
dan pasti lebih tenang hendaknya; Insya'Allah

seroJa
pasti yang 'pasude' ini ramuannya baik-baik saja, supaya esok yang segar itu lebih bugar dari yang pernah dulu-dulu ada.
beri diri kamu ruang berteleku sebentar sebelum dia mampu melompat lebih tiggi; dan itu pasti yang lebih baik.
ada atau tidak, aku pasti ada cara beri pesan pada kamu kan seroJa.

tak mahu bicara itu?
ok. aku benar hormat dan takkan bertanya; melainkan aku yakin aku mampu bertanya tanpa kamu sedar *senyum*

be the best sister then.
have a great day ahead seroJa.