“Tipu? Tipu apa sayang?”
“Semalam, dalam genggam tangan adik ada bunga yang baru kembang segar, dan nampak cukup mesra dalam indahnya. Tapi, itu semalam. Pagi tadi dah hilang. Yang tinggal hanya bekas duri yang mencarik-carik luka telapak hati adik. Habis, siapa saja yang menipu adik dengan acah-acah bahagia macam ini? Dan bila adik nak mula pahat senyum kemas-kemas, dan berderai semua yang berbaki. Sakit tau. Sakit yang benar la. Sakit yang sakit!”
*menangis* dan tak ada momen yang lebih padan dari membiar seketika esak tangis itu jadi pengisi ruang legar, dan sesekali selang dengan kesat mata yang belum pernah padam merah sedihnya.
“Sayang, siapa saja yang kekal ya di sini?”
~Mata adik terkias pandang sayu; tapi tegas~
“Dunia ini sendiri bukan kekal. Kita? Bukan kekal jugakkan? Jadi, siapa yang kekal? Lepas hujan pasti ada pelangi singgah. Lepas ribut, pasti ada reda yang boleh kita buat teman tenang. Hujan tu berhenti juga, tapi pelangi seindah mana pun kekal ke nanti? Ribut berhenti juga, tapi tenang hati tu kekal sangat kah?”
“Tak ada satu pun yang kekal kan; selain Dia!”
“Ini bukan hal kekal hal tidak. Ini hal tipu dan daya dusta. Adik tau esok lusa dia pasti mati, adik sendiri maut hujung nanti, tapi kenapa perlu ada sakit yang ini untuk hidup adik. Kenapa ini benar cukup adilnya untuk adik? Kenapa bukan orang lain. Kenapa orang lain senang gembira adik diluka dan hiris nipis-nipis sabar adik ini! Kenapa adik. Kenapa?”
~ ah. kalau aku sendiri, begini mungkin? ~
“Kenapa agaknya ada syurga ada neraka kalau definasi dosa tak pernah wujud. Biar pahala saja yang menjadi sendi bagi setiap anggota dan nafas yang terhembus. Kan senang kerja Tuhan. Atau paling mudah, biar langsung tiada kita dan segala, lagi senang kerja Tuhan kan? Senang yang tiada kerja kan?”
“Manusia itu wujudnya untuk diduga dalam mana iman, kuat mana hati dan hanyut mana percaya itu mampu pergi. Bagaimana aturnya bukan soal kita; tapi yakin pasti, mesti kita tetap diuji dengan degree yang sama dengan yang lain.”
“Siapa adik yang boleh tahu insan lain tidak diduga sedalam adik? Tidak menangis dan dikhianat percayanya? Siapa? Siapa kita untuk tahu semua itu?”
“Asal adik percaya Maha Suci Allah itu Maha Adik dan Maha Mengetahui, pasti kita tak terlawan bukan?”
“Adik tahu. Adik tahu! Tapi, ini soal hati. Soal mati yang masih berdengus nafas dalam wujud, Adik tak boleh hidup tanpa dia. Dan hidup dalam penipuan dia lagi membodohkan dan mematikan adik!”
“Dan bukan dari rahim dia yang adik keluar dulu kan? Dan bukan dengan dia yang adik pinjam tumpang nafas untuk terus berdiri kan? Maka, jangan buang pegangan hanya untuk tunjuk kita ini hina.
Ya, kita lemah, tapi bukan hina yang boleh dilempar panas neraka nanti. Yang pasti, ini semua ketentuan DIA. Dan bukan DIA beri duga ini hanya untuk buat kita meratap kosong”
“Adik dah kosong. Adik dah kosng jiwa. Adik tak tahu!”
“Itu lah. Allah bagi cuba yang ini buat adik lebih dekat dengan DIA. Buat adik lebih mesra dengan basah-basah bahasa-Nya. Buat adik lebih dekat dengan harum syurga dia. Tapi, adik sabar lah. Tenang lah. Tak ada tenang yang lebih nyaman selain dari mendekati Dia”
“Adik kotor! Adik dah lama lari dari DIA. Mana mampu doa adik terima!”
“Sayang, larilah jauh mana pun, kita takkan pernah mampu pergi. Allah nak kita balik saja. Berdoalah. Sujudlah. Menangislah dengan dia. ‘Menulis’lah dengan hati pada-Nya. Berwudu’ dan campak hati untuk ‘dipeluk’ kemas dalam peliharaan-Nya. Percayalah, semua itu kita mampu; selagi mana kita percaya pada Yang Maha Berkemampuan."
“Adik dah jauh. Adik takut” dan pasti takkan reda tangis itu hari ini.
Esok.
Mahupun lusa.
Percayalah, sekuat mana pun kita nafikan, kita tetap tak mampu berlari jauh dari-Nya.
Dan tangis hari ini pasti berpanjangan selagi belum cukup dalam tenteramnya dengan kerpecayaan kepada-Nya.
*dakap kemas* dan pelahan-pelahan air mata ikhlas turun tanpa jemput bila sedar yang kita sendiri belum cukup dekat dengan-Nya. Dan andai yang diduga itu kita, pasti kita sendiri menangis seteruk itu; atau lebih.
~aduh~
7 comments:
AJ
aku tak mampu tahan lagi.
dah tumpah.
yang ini sangat kene pada batang hidung sendiri.
"adik" itu aku yang dulu AJ
kamu tahu?
ya, org kata kalau kau menangis kau lemah, kau lembik, kau akan rebah, tersungkur,tunggang terbalik tak ada siapa pun yang akan pungut kau lagi, jadi jangan menangis.
ah,tapi mereka2 yang mengata tu tak berapa nampak agaknya..atau matanya celik tapi hatinya buta.
disudut setiap esak tangis akan timbul solusinya. tinggal kita nampak atau tak saja. or so I thought lah..
entahlah abang..aku pun sama. kadang2 buta. selalu bila aku jatuh terjeruduk dalam payah selalu aku sebut2.tuhan..kenapa tinggalkan aku..hakikatnya mana mungkin DIA tinggalkan kita.kita yang selalu tinggal dia.
asal ada percaya, insyallah lah takkan alpa, sekurangnya tidak selamanya..mudah-mudahan lah..
seroJa
yang dulu?
Alhamdulillah.
paling tidak, aku yakin yang kamu 'kini' lebih baik dari yang itu bukan?
itu lebih baik dari jatuh yang mata kita tak pernah buka sedar sampai kini bukan?
lara
bagi aku, menangis itu perlu.
dan bukan dicipta tangisan ini buat sia-sia saja kan?
menangis lah.
tapi, bukan semata-mata menangis menghempas diri jauh2dari sedar.
kita bangun dari jatuh itu, dan biar pasti berbaloi setiap yang menitis turun penuh jujur itu.
ah.
solusi.
indirectly yes; but the solution doesnt come alone with crying; but more of trying, and get the best feet to foot down your life movement.
just like mak yung; it is not about you dont know; but your heart dont get it right now!
agree?
coz i totally agree that; Allah will never let us lonely; cause we can never run far than HIM!
Allahuakbar.
aku sangka lewat waktu itu aku sudah cukup kuat sudah cukup tabah untuk berdiri gagah.
tapi baru saja kelmarin aku terjatuh tersungkur lagi menangis lagi terluka lagi dan sakit lagi.kadang2 bertanya,bila semua ini akan berakhir untuk aku?
hurrmm..........
Salam.
Sangat tuju2 tepat ke batang hidung aku. Sangat sakit bila kehilangan. Pada tika itu, rasa semua sudah tiada erti lagi. Namun, bila fikir balik, betapa bodohnya berharap dan menangisi sesuatu yang tak pasti.
Malah bukan dia si pemberi rezeki. Mengapa perlu tumpahkan airmata pada yang tak sepatutnya kan?
Ah, cakap memang mudah. Hendak praktikkan itu yang sangat susah. Tambah-tambah bila kena pada diri sendiri kan? Sakit.
Tapi, dalam tangis, tunduklah pada Dia. Dan pada sepertiga malam itu, insyaAllah DIA akan lebih perkenankan. =)
^___^
Dia mengatur segalanya..
siapa kita mahu menduga...
mahu berubah...
sedang karma nyata di mata~
salam buat AJ~ *senyum*
BeautyRose
jangan sekadar bertanya dan terus mengharap.
tak semua yang indah itu datang dalam susun yang kita atur harap, tapi bergolek dan memipih dalam luar sedar kita dan tanpa susun yang kita yakin tahu.
maka,jangan kamu memimpin jiwa hanya untuk mengharap kuat yang seperti semalam, pastikan yang kamu harap itu berubah dan tersungkur jatuh itu sendiri satu nikmat hidup; agar kamu lebih tahu bertumpang teduh pada-Nya dan gagal berduduk jauh.
itu sendiri lebih baik kan rose?
Adeqq
hidup kita sendiri belum pernah cukup pasti; melainkan hujungnya, samada indah syurga, atau derita perit neraka.
ah, ketidaksempurnaan kemanusian kita pasti buat tangis itu bisa tumpah suka-suka saja, tapi kita pasti bisa balik dan pulang semula pada jalan-Nya dan tenang biarpun berhiris luka tak putus-putus kan Adeqq?
dan andai saja kita bisa sempurna; ya pasti tidak.
*senyum*
¶A.K.I¶
takkan berubah sesuatu takdir itu; melainkan dengan doa dan izin-Nya.
semuanya dah tersusun sebenarnya.
salam untuk kamu juga sahabatku.
dan aku cukup gembira lihat ada insan-insan yang tersenyum seperti kamu.
Ameen
*senyum*
Post a Comment