Ada Israel yang aku marahkan.
Ada Paletine yang aku risaukan.
dan yang lain juga.
Tapi, bagaimana dengan Israel dan Palestine kita?
Zalim itu apabila solat kita tiangkan bukan 5
Jahil itu apabila basah lidah kita dengan zikir-zikir gegendang nafsu dan bukan Qurannul Karim.
Lagi hina kalau mata kita 'menelangjang' dan 'merogol' rakus gadis-gadis dalam lingkung pandang kita.
Jadilah iman kita palestin.
Di jajah tanpa belas.
Di pijak-pijak dengan rasa kesyaitanan tegar.
sedar?
kebanyakanya ya.
cuma mereka acuh-tak-acuh.
mengambil enteng hal dunia dan keduniaan akhirat.
dan mereka sendiri tahu yang Maha Suci Allah juga boleh mengambil enteng hal mereka di akhirat nanti, bukan?
ah, Israel aku pun nak kena buang nih. Palestine aku menuntut Asar. Aku pergi dulu.
16 comments:
Aslmualaikum
:)
jg diri bro
ok skejap.aq pun nk g asar dulu lah cmnih.sentapp!
tapi macam manapun AJ,perlu juga dalam hati semua kita untuk tergerak untuk mengutuk zalimnya Zionis dan sama merasa getirnya Gaza.sbb kita tak mampun menegur dgn tgn,suara kita gemanya pada ruang yang tak didengari,maka lantas selemah2nya kita pilih utk menegur dlm hati saja..
Hablun MinaAllah dan Hablun Minannas..kena seiring=)
salam..hari hari aku kesini..dan menunggu berita dari kamu..
entry ini..buat aku terus berfikir..jauh nye aku dari Tuhan..terima kasih AJ..kamu buka mata hatiku
kita dijajah tanpa sedar bro. semua tak perasan. including me. haih.
yes, kita juga kadangkala (or most of the time) menzalimi diri sendiri tanpa disedari..
thanks bro..
Benar. sbb tu saya sangat MALAS utk bercakap ttg hal dunia. yang zahirnya terlihat menafikan tekad.
ramai yang alpa. tak boleh wt apa. lah..kot?
Sahabatku yusuf
Waalaikummussalam.
dan untuk kamu juga, jaga diri.
kenapa?
sebab diri ini sendiri satu pinjaman, esok lusa mahu dipulangkan pada Allah. teruk lah kalau kita tak pandai menjaganya, bukan?
Dr anum
tenet pun, jangan lupa solat :)
Bagi aku, tak salah kita mengeji dan mengutuk hina manusia dunia. Tapi bukan itu hanya untuk mainan membasah mulut. Turunkan amarah dan rasa itu ke dalam hati.
Kita ambil pengajaran.
Ambil iktibar moga kita sendiri kuat di hati dan teguh di jiwa.
Buat apa pong-pang-pong-pang hal kesejagatan dunia sedangkan kita sendiri KOSONG penghayatan?
Yang dikatakan selemah-lemah iman itu bukan SEMATA-MATA menegur di dalam hati, tapi menegur dan ambil iktibar semat di dalam hati. Insya'Allah
Serojangga
Alhamdulillah aku sihat.
Cuma sekian waktu aku di perantauan berkursus. Ah, aku sendiri manusia biasa yang ada rutin-rutin biasa :)
dan entri ini untuk kamu juga.
untuk kamu yang gemar ada minit-minitnya di ruangan ini.
terima kasih banyak SJ :)
f.a.r.a.h
dan untuk itu, kita kena sedar. dan perasan yang dunia ini bukan untuk main2.
bukan turun kita semata-mata untuk menikmati nafas-nafas segar bumi ini, tapi untuk cari jalan menuju illahi yang satu. ye tak?
Una stacko
carilah jalan pulang. kezaliman itu zahir dan batinnya sendiri perlu di hapuskan. dan itulah punca Maha Esa bimbitkan kita dengan fikiran dan sejengkal ilmu. untuk buat pemerhatian dan mencari tapak untuk lebih baik.
dan kamu Una, jangan menzalimi diri kamu, keluarga dan bakal suami kamu untuk majlis nanti dan segalanya. janji ya!
lara
tapi kamu janganlah MALAS berfikir tentang kejadian. semuanya ada sebab dan musabab yang akal kita kena tafsir dan terjemah dalam perbuatan.
benci bukan untuk di panjang-panjangkan ke generasi, tapi untuk cari duri yang berbisa; di ambil buang dan cari sayang dalam kasih supaya dunia ada hati-hati yang redup imannya.
dan untuk itu, kita sendiri perlu melangkah dulu.
melangkah lah dengan bunga-bunga seni hati yang jujur :)
tip top kamu tuan...membuka mata kepada yang lalai.. keep up the gud work tuan~
itula entry2 aku cuba bagitahu selama nih
p/s : Episod 30 Siri ADKDA Boleh Dilayari Sekarang http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/06/antara-diakau-dan-aku-episod-30.html
hmm...ap2 la..
Kadang2 kita tak sedar, nafsu kita lebih teruk dari Israel sana. Sebab kita ni selalu alpa sedangkan Israel selalu berwaspada.
Kita selalu pentingkan hawa nafsu dari tuntutan yang lebih penting.
InsyaAllah. Kita sama-sama cuba ubah diri. thanks share info ni. ^___^
aku x pandai berkias jadi aku ckp straight ok..kalau aku lepak dengan ko bro, mesti aku di tahap hypocrisy tertinggi sebab aku ni umpama israel..dan penuh kealpaan jugak bak kate adeqq..
so selalu2 la ingatkn aku dan sesiapa supaya sama2 merasa mati dalam iman ok..
R.S.A.L
hidup ini berkenaan perkongsian. tiada satu yang mutlak milik kita, melainkan pinjaman. dan Allah itu Maha Berkuasa untuk menarik nikmat itu bila-bila masa.
jadi, mari kita kongsi sama2yang mana baik dan ambik iktibar yang mana buruk, ye tak?
hans
bagus. sekurang2nya aku ada orang yang boleh bertatih sama dalam duri-duri kehidupan. kan hidup ini perlu ada yang tolong timbang-timbangkan, kalau tak, takut ada saja bacaan kita yang terpesong :)
syafi
:)
anyway thanks for drop by here. people have their own perspective, and i always say that i cant be 100% right; and of course mine is not completely wrong too :)
Adeqq
dan bagi mereka yang sedar itu; Alhamdulillah. Ada lagi cubit-cubit iman yang boleh kita pupuk jadi raja. Dan bangkit dari tenggelam menjadi tiang kuat hidup kita.
Hawa nafsu itu mesti ada, cuma saluran keluar panas-panas nafsu itu kena benar dan kita menjadi lebih tawadu' darinya; itu pasti saja lebih baik.
insya'Allah, sama-sama kita jadi yang lebih baik dari kita yang dulu. yang semalam.
dan terima kasih untuk berkongsi juga di sini ;)
ian
lu cuti lagi ker beb?
harap hidup terus kemas ya.
ah, jangan jadikan kamu Israel sebegitu. Aku juga ada nafsu nafsi aku sendiri. Bukan satu, bukan 2, tapi sembilan katanya.
Tapi tenggelam dalam punca hidup bukan beerti kita sudah hilang jalan untuk pulang. Allah sentiasa tunggu untuk kita pulang, dan kita sentiasa masih tidak lewat, selagi nafas kita belum menjengah penghujungnya.
lilek sudah. buat apa jadi hypocrisy. jadi diri kamu. jadi diri kamu yang lebih baik. kita semua sebenarnya baik, cuma sesekali ada satu dua element 'nakal' yang menonjol; itu saja.
Ala, mana tau, kalau minum semeja nanti aku lagi 'setan' dari kamu?
Physically, you know nothing about me rite :)
its not completely wrong or what..just thinking that yeah,,there are someone who deeply focus on this issue,,,palestin or israel thing..
xsalah berfikir..dan xsalah kalau berkata2..namun ap la yg dpt disumbgkn..
jika benar mata pena itu lbih tajam dr mata pedang,,mungkin derita mereka dpt kta pikul sekali
krana kta sudh jenuh menahan beban mata yg memndg,,melihat,,dan menangisi
ps:mlas nk tau kish dorg yg penuh dgn kezaliman..pnindasan..mcm da sebati ngn sikap haiwan yg x pernh puas dlm mncari ktenangn hidop..ckup la kita mginsafi dhulu akn kkurangn dri,,
syafi
terima kasih kerana kamu bagi dimension lain dalam komen kamu. appreciate them :)
but one thing
we should (as muslim) take note of what happen within our islamic world. it is not about busybody or what, but more on brotherhood and we need to know how the world treat our religion and so on. Care about your neighbour is a must; thus care for our 'brother' is a compulsary too!
yup, we cant do much, but at least we can do something here. The lowest level of 'Iman' is hate 'them' with your full heart; are we there?
Post a Comment