Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday, 21 June 2010

gurindam itu bukan gurau dendam kan?

Sayang, jangan ikut perasaan.
Ikut hati, mati.
Ikut rasa, binasa.
Ikutlah hidayah dari ilmu yang bersandar dengan cinta kita pada yang Maha Esa.

Semua insan ada buku hitamnya sendiri.
Dan pasti saja itu sudah menjadi sejarah pada kamu; dan pada aku.
Biar semalam menjadi aras tanda hidup kita dulu; dan kita maju lebih baik untuk hari ini; dan esok.

Laut mana yang tidak berombak.
Andai pandai kita alihkan gelora ombak itu untuk kebaikan kita, jalan kita akan lebih jauh.
Andai tidak, karam itu sudah hampir menjadi pasti.

Sujud dengan redho kepada yang Maha Esa.
Andai ada compang camping hidup, kita berpaut sama untuk terus berjalan.
Dan itu sendiri aku dijadikan tidak sempurna; semoga Aku ada Aku yang lain untuk bergantung harap.
Ya, mungkin bukan sepenuhnya; tapi paling tidak, aku ada bahu untuk tumpang basah.

Dan Allah itu Maha Mengetahui, kan sahabat-sahabat ku? Maka Maha Esa itu Maha Mengatur yang pasti kita tidak bisa terjangkau dengan setitis ilmu kita ini kan.






Ameen
dan ini bukan kisah aku (saja); ini kisah kita semua. dalam sedar atau tidak, ia memang benar kisah kita, kisah hidup kita, kisah kematian kita. dan kita itu ada aku, kamu dan sekalian kamu yang lain. Argh, Isnin memang Isnin hari ini!

4 comments:

beautiful_rose said...

hari mmg hari isnin...
tekanan di hari isnin kah?

AJ Nismihan said...

baeutiful_rose
tak adalah.
cumanya, bila Isnin aku slalu lambat berfikir. jadi aku layarkan fikiran aku dengan blog2yang pasti saja beratur update yang. dan aku jadikan masalah orang lain seperti masalah aku.
jadinya, masalah yang aku ada boleh aku anggap sebagai kecil, dan aku akan lebih bersyukur dengan kehidupan aku.
dan aku sebolehnya mahu kawan2aku yang lain tersrnyum redho sama, jadi boleh la aku dropkan sepatah dua kata yang jujur untuk kalian.
seperti susun huruf di entri ini.
cuba bacanya seperti ia ditulis oleh kamu; kan nampak persamaannya?

p/s: sayang itu sendiri tidak perlu terlalu objective kepada seseorang itu, bukan?

Sir Marcello said...

adakah ini dinamakan blues monday?

sayang itu subjektif...
yg hitam jadikan sejarah?
akan ku coba...

AJ Nismihan said...

Sir Marcello
Isnin memang akan tetap Isnin; selamanya kan :)

Yup, sayang itu subjectif. Tidak ada substance; tapi effect memang ada.

dan untuk kisah2hitam dunia, bukan disuruh hilang begitu saja, tapi di jadikan sejarah agar hidup tak slalu kena jajah; jajah perasaan, jajah hati dan mati!
cubalah. sebab gagal mencuba pasti saja membawa gagal jiwa!