Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Tuesday 15 June 2010

Pagi ini, sekadar cakap-cakap kosong aku.

Seminggu dah aku tak menulis. Idea ni pun macam bumi Allah juga. Ada kalanya basah; dan kala yang lain kering kontang; seembun gerimis pun tak wujud.

Itulah tandanya, betapa manusianya kita. Penuh dengan ketidak sempurnaan, dan hidup saling bergantungan dengan insan-insan yang lain; and ultimately to The Almighty, Allah.

Semalam ada taklimat di dewan. Dan tentu saja ada jamahan makanan-nya. Buffet. Dan beraturlah sekalian peserta menunggu giliran. Ada bagai-bagai ragam. Ada manusia yang jelas-jelas lonjak seleranya besar; lebih besar dari kesedaran hak peserta-peserta lain yang di belakang. Ada yang cukup bersederhana; sekadar wasatiah jamahannya. Dan ada juga yang acuh tak acuh dengan jamuan. Secubit dua lauk dengan nasi yang tak sampai segenggam; dan segelas air di tangan.

Seperti itu juga kita kan.

Dalam satu dewan yang sama. Bosan dengan butir bicara yang sama. Beratur dalam baris yang sama. Pinggan pun set yang sama. Lauk jer yang kadang-kadang lain. Ukur makan pada selera sendiri. Tapi bukan ketepikan terus hak insan yang lain. Sesungguhnya, seandainya kita menjaga hak orang, Allah akan jagakan hak kita sama.

Dan pada yang lewat di belakang, yang tidak langsung sempat mengkikis kerak2nasi dan kuah lauk, sebenarnya itu sendiri takdir yang sudah Allah tetapkan pada kamu. Dan redho lah ya. Redho dengan hidup yang takkan pernah ada sama dan lengkap dengan insan yang bersujud pada Maha Suci Allah; melainkan di padang masyar nanti.

Alhamdulillah.

Ah sudah, terlupa pulak. Aku nak pergi mesyuarat dah nih. Mesyurat? Makan lagi la nih.

Permisi dulu ya.

9 comments:

f.a.r.a.h said...

Terdetik rasa bersykur dengan apa yang Tuhan kurniakan. Kadang2 sy pon lalai dengan apa yg sy ada skang. tapi, baca entry nih rasa mcm "hoi. bersyukur cepat!"

thanks bro! ;)

Hellioz said...

equality
tak semua dapat

Boneka Tak Sakit said...

ko kerja apa bro :P
ada seminar2 kerjaaan ke?

AJ Nismihan said...

f.a.r.a.h
Allah itu Maha Adil bukan?
dan kita hanya mampu mengucap syukur bagi sebegitu banyak nikmat yang Allah bagi, tak kah itu cukup mudah? mudah yang mudahnya-kita-bodoh-bodohkan. sedih.

hellioz
sebabnya tak semua itu terbaik untuk kita. kalau semuanya kaya siapa yang nak buatkan kerja2si miskin. kalau semua tinggi, sapa yang mahu buatkan kerja2si rendah.
equality in inequality.

bukanBoneka
kerjaan langit, boleh tak jawapan macam tuh?
hehe
Yup. aku government SERVANT.

| Larasephia | said...

kadang2 tak ada niat nk maki org2 yg beratur line depan, yg amek nasi,lauk byk2 smpai x tinggal kt org belakang..tp tu la..maybe masa tu org2 yg dduk line blkang tu lapar la kot. dh bila smpai turn nk mnceduk yg tinggal serai n batang kayu manis dlm dulang ayam masak merah..marah tu mesti ada jugak la..sikit.

sementara nak jengah tahap redha tu lah... sempat dulu jadi manusia yang sangat2 tidak manusia..

Sir Marcello said...

hehehe...orang kat malaysia memang suka makan...adab sopan santun tolak belakang kalo bab makan2 nie...tambah kalo yang len2 tue kawan...memang menyebat tak hengat kawan...

baik tua mahupun muda...orang lain belakang cerita...diri sendiri yang harus dijaga...donia-donia

AJ Nismihan said...

Lara
itu lah manusia kan.
tak apalah, paling tidak, kita berpesan-pesan pada yang ada. Pesan pada diri, pada sahabat saudara dan mara. hidup ni kan rugi kalau tidak berpesan-pesan.

Sir Marcello
dan dunia yang depa kejar ni tak cukup lama nak banding dengan hari perhitungan yang cukup laparkan budi pekerti hati islami untuk di kurniakan syurga. tapi kalau selamba haram nak ambik semua benda; esok lusa neraka selamba badak telan jangan nak bising-bising; ye tak?
anyway, welcome to my blog. tak lak aku pikir hang sempat nak datang ni bila approaching internet limit 5G tuh. hua ha ha. Please have a seat sir :)

wong ah ian said...

klw x dpt makan protes la ape lagi..huhu

tengok perkatan Masyar tu, aku teringat pulak bila bace satu blog tu yg citer psl kisah kat padang masyar..beribu2 tahun tunggu dihitung..aku dah garu kepala dah..ape je yg aku buat kt dunia ni...aih~

AJ Nismihan said...

ian-man
bukan protes la, RIOT!
dah macam budak Uni of Brickfields pulak aku nih yer. hehe
bagus gak la blog tuh, kurang2kita ingat mati. aku pun kadang2takut gak. kalau esok lusa padam, juta lagi benda yang aku nak kena repair sebelum ready nak di hitung nih. aduh... seram la. btw, mati is sure!