Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday, 14 May 2010

Tak la besar sangat, tapi tetap la masalahkan. Masalah betul lah.

Memang ye la. Masalah betul.
Aku memang tak reti nak pakai jam tangan memanjang. Rasa macam berat tangan jer. Selalunya, sampai pejabat terus buka semua jam, dompet dan handphone; letak dalam drawer. Tak reti aku nak bergaya protokol lawa-lawa gini.

Jadi, masalahnya?

Jam tangan.
Ni sebenarnya hadiah perkahwinan (rujuk entri sebelum nih) dari wife aku. Jam Caterpillar. Jam lasak. Tapi berat. Jadi aku rajin bukak (dulu jam ringan Alba pun aku bukak gak; pe’el nih). Memandangkan jam nih diesel power, so bila mana jer aku tak pakai lama, dia berhenti. Merajuk tak nak bergerak dah.

Jenuh dah aku ketuk2 dekat meja (~meja hati la sayang~ mintak-mintak la itu aku punya laling tak baca nih!), goncang2 dan lastly buat bodo jer pakai walaupun jarum saat tak gerak. Doakan semoga lepas sehari dua dia ok lah, dah tak merajuk.

Tapi, nih dah masuk tiga hari dah. Macam tuh gak. Masih tak mau jalan. (Kang kalau aku cakap ‘boleh jalan lah lu’ susah pulak). Last-last aku redho jer lah. Pakai gak; bukan sebagai timer, tapi nak tengok date jer. Aku doakan supaya jam nih cepat2lah baik dari rajuknya.

Tu la pasal. Harga boleh tahan, sistem jam pun bagus, tapi kalau tak guna, jadi sengal macam nih gak.

Sama macam akai kita gak kan.

Sehebat mana pun hikmah akal dan bijaksana yang Maha Esa kurniakan, kalau kita guna bukan dengan caranya, jadi hampas kosong jugak. Bergunakurang @ Useless!.
Korang ada akal ‘rolex’ yang kalau polish sekali; berderet orang kagum dan menghargai kehidupan hang pa. Tapi kalau akal ‘rolex’ korang tuh dah berkarat dok membatu diam, nilai dah hilang. Dah jadi daki pada si pemakai. Masyarakat pun bo layan.

Itu kalau jam tak pakai sehari dua. Kalau akai tak pakai sehari dua? Seminggu dua? Setahun? Sepuluh taun?
Jadi, korang nak macam tuh ka? Pikiaq la baik2. Umuq kita pun tinggai esok lusa ja.

18 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

bermaknanye..hehe

yusuf mujahidin ™ said...

tq bro komen kt blog sy. suka komen tu..

moga bahagia bersama kluarga hendaknye. Ameen.

jg diri

Poppycock said...

Akal 'casio' aku ni dah fully utilise tapi tak bagus mana pun bro. Aku nak tukar akal 'oris' dan fully utilise kan dia. Baru power.

Mari solat jumaat bro. Doa sikit petang ni Malaysia menang lawan China.

P/s : Aku tak sabar nak dengar haji hasbullah awang sebut pukulan potong. Ntah macam mana klasifikasi pukulan potong dia tu.

beautiful_rose said...

owh..sme gak macam mesin jahit aku...kalau lame x digunekn mst wt masalah.
hahah suke entry ini...akal kalo x di gunekan akn hampeh.so,cari sesuatu y boleh tajamkan akal fikiran untk ke arah kebaikkan..........

wong ah ian said...

wa kalau xde jam kat tangan rase ade je yg kurang..so watch is a must haha..jam yg wa dok pakai ni pon org bagi, org tu dah tinggalkan wa tp wa syg jam ni huhu..aritu wa smyg umah mmber letak jam ni atas meja, pastu mmber terlanggar jatuh atas lantai..sekali tgk jarum dah x gerak tp still ticking lagi..mybe dislocate gear kot..xbleh tido malam woo bile pikir jam wa rosak huhu..tp la ni ok dah..hehe

KERAK NASI said...

em..tu la..

AJ Nismihan said...

YM
thanks :)
Insya' Allah, kalau ada kesempatan aku datang lawat blog hang lagi.
Selalunya, kalau aku suka entri tuh, aku komen; dan kalau terjadi panjang tuh mintak maap la; itu penyakit yang susah nak ubat :)

Ir Anis
pukulan potong/pancung tuh yang jenis sengetkan reket supaya shuttle pi ke kiri/kanan la. takkan tak besa kot?
(suka-suka jer nak support pakcik sedara aku.. hehe)
Pergh, nak naik level casio jadi Oris tuh. Memang mantap. Aku merasa CAT nih pun sebab hadiah kawin; kalau tak, level 'BOY LONDON' jer lah.
Kalau betul hang minat wristwatch, boleh pi click link aku kat atas tuh. That shop own by my close friend. Trusted friend.
Malaysia Vs China? Wish first two point dapat la, kalau tak, boleh kata kalah jer lah. Apapun, kalau bukan rezeki Malaysia malam nih, biarlah kalah dengan penuh semangat melawan. Biar kita tunjuk maruah kita sikit, ye tak?

beautiful_rose
awal2pagi, amalkan menyelesaikan satu permasalahan matematik yang mudah. supaya otak mudah berjalan. otak kita pagi2macam kereta api lama baru nak berjalan. pelahan2kayuh; so kena ada sikit pemangkin, ye tak?
mesin jahit? jangan la lama tak guna, esok bukan saja berkarat, tapi skill yang ada pun jadi karat gak :)

ian-man 2
nama hang ian=(ayen) atau ian=(ieyan)?
pasal jam, bagus la kalau rajin pakai. mungkin aku jer jenis pelik tak suka berat2. enpon pun kadang2 reasa macam berat. tu yang aku dulu letak dalam raga motor jer; dan hilang; kurang dari 24 jam lepas beli. sengal bukan?
hang ni memang sayang kan jam betul yer. nanti lah, kalau ada rezeki aku buat contest bagi hadiah jam tangan mahal2; kendian buat penadilan bias bagi hang menang. nak tak?

KERAK NASI WAWA
em..tu la.. pasai
eh, perasan tak link terakhir entri aku nih pi entri mana?
perasan tak? hehe

Boneka Tak Sakit said...

wow.. panjang yer balas komen ko!!!
amboi2 memang suka menulis terdetik juga rasa nak tau speed typing ko hehehe...


betol la bro tapi aku nie asik malas je!! nak baca buku pown malas apa nak jadi la kan.. ahh :)

cikmemy said...

kalau kite tgk org2 tua tanam pokok, dia selalu cakap kat pokok tu suh cepat2 besar...same la konsep dgn barang2 yang lain.walaupon x bernyawa, tapi kalau kite x jage dia leklok mulelah buat hal...hehe

erm...bro..kenapa font nye besar sgt..agak payah la nak bace ape yg ditulis...huhu

wong ah ian said...

mai aku crita sket pasal nama aku..dulu mase kecik mak aku panggil ian -- nama aku belakang ada Lan tp mak aku panggil ian...dtg kawan2 pggil aku ai-ian@ayan..masuk dunia maya aku buh -ah ian- yg wong kat depan tu aku suka2 buh ja..haha..kwn kite yg duk jauh tu sorg je pronounce nama aku cam omputeh.."e-earn"..paham x?..eh aku pun pening dah ni..

hg nak buat kontes bg jam tangan?..buleh je..hg buat kontes suh citer pasal game daytona..kompom aku menang siap buh video lg nanti haha...

AJ Nismihan said...

BTS
entri aku tak panjang macam entri hang kan. mana tau, kot2hang lebih suka menulis dari aku :)
tapi memang dah jadi penyakit la, nak tulis panjang gak dalam komen box. mungkin sebab menjawab persoalan dan memberi pandangan lebih mudah dari mencetus satu pemikiran di kotak entri tuh. hehe
typing speed? erk, aku pun tak tau. tak laju lah.
Last. Malas. Tau sebab apa malas? sebab benda tuh bukan yang kita kejarkan. Cari satu minat hang, dan kembangkan pemikiran padanya.
contoh; minat pompuan lawa. so, cuba cari apa yang lawa pada depa. fizikal? attitute? jujur hati? atau semata-mata boops? Lama kamu fikir dengan hati terbuka, lagi kemas otak ni ligat berfikir tau :)

cikmemy
thanks.
bab barang2nih ala-ala bernyawa tuh aku setujuk. cumanya aku memang kurang pandai nak belai2barangan nih. but, i do give some of them name, eg; I call my saga as 'Ein' :)
err cikmemy, aku guna font 12 la. maybe your computer setting lain from mine. anyway, untuk font, tekan button control+scroll mouse. Font boleh jadi besar dan kecik ikut kesesuaian pembaca :)
Terima kasih untuk teguran tu yer

ian man 2
oic. baru aku paham. aku mati2ingat ian=iron. tapi kalau nak orang puteh pun, ian=e-earn memang tak boleh blah lah. hehe, dia tak tau aku kutuk nih, sebab dia bukan baca komen2nih. hua ha ha (suka ati aku jer tuduh2yer tak)
kontes tu nanti aku pikir. daytona yer... hehe

f.a.r.a.h said...

hehe. betul2. kalau tinggi mane pon kita pegi bro, tapi akal tuh guna tahap jam batman 20sen tuh je. tak guna gak. agreed!

since sy nih org malas nk pk, sy rasa standard akal 'tag heuer' nih pon da tuka tuh brand lain. ;p

AJ Nismihan said...

f.a.r.a.h
belum lambat kalau nak kilat balik engin tag heuer tuh. mungkin ambik masa nak jadi exclusive macam original, but there is nothing impossible; with Allah will.
err
jam batman 20sen?
jam tikam ke apa nih? Hehe

░♥si lampu neon♥░ said...

ganas la ko pakai jam. cubelah hargai sket pemberian orang tuh. yela2, tak selesa la nak pakai la pe la..huhu.

sabau je la!

anyway, akai aku dah berkarat..aku nak g dobi..campak otak g cuci lam woshing meshin.

AJ Nismihan said...

cikguneon
yelah, aku pakai elok2lah nih.
dah betulkan dah.
batri kiok rupanya.
dah tak bukak dah.
tido malam pun aku pakai.
menghargai la katakan.

errk, aku rasa bukan akai yang berkarat, tapi skru hang tuh. kena mandi air bunga nih

░♥si lampu neon♥░ said...

arghhh mandi bunga la plakkk! aku kambing, tak suke mandi. patutla takde orang nak dekat. haha

alhena said...

Jam tangan eh? aku cuma ada satu jam tangan, berjenama orient. hadiah ayah untuk aku kerana berjaya masuk universiti. Usianya sudah sepuluh tahun. Dan aku sangat sayangkan jam ini. Sebab tu aku tak beli jam lain walaupun aku mampu.

Begitu jugak diri kita kan?Kita perlu menjadi orang yang berguna dan bukan di pergunakan, hargai diri kita sendiri dan menilai semua misi kita di bumi Allah ini :)

AJ Nismihan said...

neon-neon-neon
aku suka pisang.
beruk juga suka pisang.
tapi aku bukan beruk.
jadi, kamu juga bukan kambing. cuma ada sedikit kekambingan yang kamu ada. Ah, persetankan saja. Asalkan kamu tahu bagaimana menjadi manusia yang di terima Allah, itu sudah cukup bagus.
cumanya, Allah sukakan keindahan bukan? jadi, busuk-busuk-asyin itu indahkah?

alhena
kamu sayangkan pernghargaan yang dilambangkan pada jam itu lebih dari jam itu sendiri; dan sesungguhnya penghargaan begitu adalah penghargaan yang paling tinggi.
dan aku bersyukur kamu begitu. paling-paling tidak, aku ada kamu untuk dijadikan contoh.
oh indahnya dunia. kita ada rujukan pada manusia lain untuk jadikan kita lebih hebat dari semalam, bukan?
dan kalau kita semua pandai memberi penghargaan seperti itu kepada Maha Esa Allah, kan lebih indah?
dan aku akan lebih kagum.
Aku harap aku tak jauh dari jalan itu; dan kalian juga ya :)