Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Thursday, 6 May 2010

Ctrl + A to read!

Memandangkan aku dah lama sangat tak update; hanya mampu berlegar2berjela di komen box blogger lain, jadi aku buat begini.

ya, untuk hari ini saja.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Betul-betul untuk entry ini saja.

Aku taipkan entri di kotak komen; sebagai komen pertama.

11 comments:

AJ Nismihan said...

Kencing manis

Perit sakitnya.
Sensara pada yang menghidapnya.
Tapi, itu bukan hujung dunia kan?

Manisan masih kita boleh jamah, gula masih boleh kita mamah; cuma kena lebih berdisiplin dan lebih berhati-hati.
Jangan jadi degil yang bingai. Hidup ni singkat untuk kita habiskan untuk beraduh dan tidak mengambil iktibar.

dan kencing manis ini ibarat metafora kehidupan kita.

'Manis-manis' yang terlalu manis dulu cuma bisa jadi igauan kita. Sungguh; kita takkan mampu kembali pada kemanisan dulu tanpa sakit dan perit. Ah, ubat itu cuma untuk seketika, esok lusa masih sakit.

Jadi, perlukah kita mati kerana tiada lagi 'kemanisan hidup' lalu?

Bodoh saja kalau kita kata ya.

Cari alternative.
Cari manisan lain.
Cari kenikmatan hidup yang lain; dan Maha Adil tentu saja tidak zalim untuk menidakkan semuanya untuk kita.
Cari saja kegemaran lain; dan jangan sesekali bandingkan dengan yang lama; kerana mereka terang2berbeda.

dan jangan la sering saja pulang pada ke'manis'an lampau semata-mata kerana kita berdegil yakin kita tidak mampu berubat; kerana tiada medicine yang mampu bertahan pada sang degil dunia ini.

dan untuk sekian kalinya; aku yakin, kalian tidaklah sedegil itu bukan?

Nota kaki:
Menangis itu sendiri bukan ubat penawar; ia hanya short-term-pain-killer. Jadi jangan kerap sangat; kita takkan tau side-effectnya hari ini!

wong ah ian said...

mangkuk betul buat entry kat komen box..haha

Boneka Tak Sakit said...

ah!!! genius situ! hahahahah :))!
malas lah baca sebab kagum gila style ctrl+ A genius!! hahahaaha!!!

Boneka Tak Sakit said...

hmmmm mcm khutbah masjid aku bulan 2 lalu! kecewa aku dia cerita pasal gula ... :)

senyuman manis xmyakitkan badan kan!? tapi hati je terjatuh hahahah :P

AJ Nismihan said...

ian
saja. lama dah aku tak menulis, kena la keluar dengan stail baru skit. hehe.

BTS
idea Ctrl+A nih pun bukan original aku. saw them somewhere few months back. so, aku terfikir nak guna jugak sekali; dan improvise dengan bubuh entry dekat comment box. saja nak cara skit. hehe
pergh mcam khutbah tuh.
mungkin bagi kita benda2nih kecik dan tak cukup kuat untuk jadi bahan khutbah; tapi lebih baik dari khutbah tuh jadi tempat orang sebar dakyah2jahat. baik pembangkang, baik pemerintah; ada jer bahagian masing2...
dan betul; senyum manis tak sakitkan badan.
so; keep on smiling :)

Kerak
di alu-alukan. cuba jer :)

pisau belati said...

great! lain dari yang lain.

cikmemy said...

haih..awat besar sgt..susah nak bace kene scroll ke tepi bagai...

manis masam masin kelat tawar..tu semua hidup...bende2 yg warnekan hidup kite

lumut said...

bro...
jage diri ok.

AJ Nismihan said...

pisau belati
time kasih. ala skali skala cari idea baru bila tak cukup idea nak menulis.

cikmemy
maap ler cik. mungkin screen aku nih jenih lain sikit kot, jadi aku nampak ok jer. tak pa, nanti aku tukak nor :)
dan untuk komen hang; aku stuju. hidup ni kita yang warnakan. kita pilih kaler. kita pilih jalan!

lumut
you should stand well to sis :)

hellioz
:)

norfaridahanum said...

arghhh..kau memang seseorang lah AJ.salute..

oh anyway,memetik kata senior aku "kurangkan gula di kuali,kalau tak mahu ulat di kaki" serius oh!aq dh byk sgt tgk kes potong2 kaki sbb ni.

apa2 pun,moga hidup kau dna keluarga sejahtera selalu ok

AJ Nismihan said...

Young Doc
Thanks :)
Aku kan seorang abang pada adik, seorang bapa pada seorang gadis; paling2tidak, aku kena ada sesuatu untuk dijadikan contoh, ye tak?

kurangkan gula bukan saja di kuali, tapi juga dalam hidangan lain; air umpamanya. hidup ini lebih manis kalau ada cukup senyuman dan iman kan :)