Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday, 17 May 2010

Ada jiwa yang emosinya meronta pinta di belas kasihkan di talian. Katanya...

Kakaknya di-diagnos kanser. Kanser hati. Doktor yang tentu saja manusia itu menterjemahkan jangka hayat 6 bulan hingga 12. Hanya jangkaan. Mungkin lebih, dan tentu saja boleh jadi kurang dari itu. Kan sifat kemanusiaan itu adalah ketidaksempurnaan kita.

Bukan-kah Maha Esa telah menjanjikan yang tiada satu insan pun akan menjadi sempurna di seluruh generasi. kenapa? supaya mereka sentiasa bergantungan sesama insan, bergantungan pada Tuhan dan sedar bahawa ada lagi yang lebih berkuasa; Maha Kuasa; Allah Ya Rabbi.

Balik pada sang kakak.
Kakak yang menangisnya mampu di tahan. Yang gagal, adiknya. Menangis. Menangis seperti dia yang akan mati esok hari. Menangis dalam pengertian sedih dan duka yang sebenarnya. Dan yang menangis itu adalah pegawai bawahan aku. Pegawai yang menalifon aku lebih dari 60 kali ketika handphone aku 'mampus'; dan satu panggilan yang berikutnya, aku jawab.

"Encik. Menangis itu boleh, tapi itu bukan solusi yang encik perlukan sekarang. Menangislah seharian suntuk, dan kemudian berhenti untuk menangis lagi; untuk hal ini. Maha Kuasa bukan sengaja mencampakkan kita dalam bencana ini hanya untuk kita dia membatu; dan lemas"

"Tapi, masa dia dah hampir"

"Paling tidak, dia hampir tahu masanya. Kita? entah2keluar dari rumah nanti kita menemui ajal. Atau mungkin saja sekejap lagi? Jadi itu bukan pilihan dan urusan kita; tentang waktu. Urusan kita adalah berdiri pada jalan Maha Kuasa dan berserah pada Allah supaya kita terus bersitu"

"Jadi"

"Berhenti dari menyeksa diri. Tangisan tak mengubah apa-apa. Berdoa pada Allah. Berusaha dan tawakal pada Allah semata-mata."

"Saya tak kuat"

"Takkan Allah duga seseorang itu lebih dari kemampuannya. Encik tak cukup kuat untuk menghidap dan menanggung sakitnya kanser itu, tapi encik cukup mampu menjadi bahu yang mendongkong jiwa2perit akak encik itu"

dan senyap menjadi isi.
muhasabah.
bukan dia, tapi aku..

10 comments:

Hellioz said...

if this is for real
takziah~

f.a.r.a.h said...

even kita tak tahu macamane orang yang tanggung tuh tahan kepedihan sakit and sengsara tuh, but bila kite ada dengan die pon da cukup helpful kan bro? haih. i wish i will be strong eough if saya kat tempat die.

wong ah ian said...

bila la aku bole jadi cam ko ni bro..

AJ Nismihan said...

hellioz
it is real.
a real life of someone.

f.a.r.a.h
ya. agree. accompanied make us stronger than ourself. why? cause we are never perfect; thus we need others to compliment.

ian-man
hang dah jadi diri hang yang lebih baik mungkin.
lilek jer

░♥si lampu neon♥░ said...

aku harap dia tabah mengharungi dunia ni tanpa kakak dia nanti. aku pun tak sanggup rasa kehilangan org tersayang lagi, rindu gila pada orang yang dah pergi..

AJ Nismihan said...

cikguneon
aku pun harap dia mampu tempu semua ini.
kan setiap kejadian itu satu iktibar yang kita kena fikirkan.
dan untuk kita bersyukur, kerana kita sentiasa dilihat lebih baik dari musibah orang. bukan begitu?

░♥si lampu neon♥░ said...

alhamdulillah , saat ni aku masih lagi ada family yang tersayang..nasib kejap lagi taktahu ape yang mendatang.

alhena said...

be a friend n a good listener. belive me, it's help a lot

norfaridahanum said...

u always see things from different angle..and doing that in fraction of second..amazing tahu tak.

AJ Nismihan said...

neon-neon-neon
dan alhamdullillah itu sendiri satu tanda syukur kita pada Maha Pencipta, bukan?
apa yang kita ada, adalah cuma pinjaman untuk menjalankan suruhan Allah; tidak pernah lebih dari itu.

alhena
yup. i believe on that too!
and i really believe on that; full heart!

My-young-doc-anum
you are amazing too!
why? cause you are human; and Allah do 'said' that human is the best creature among all.
we are human.
and we are amazing.
and i believe you are amazing too my little doc :)
so then, your exam result should be amazing too!