Jurutrengkas
- AJ
- Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.
Monday, 18 April 2022
Tuang Ke Acu
Thursday, 31 March 2022
Sebahagiannya
Kenangan manis bukan wujudnya untuk kita ungkit dan banding. Ia wujud untuk mengabsahkan yang hidup ini sebenarnya manis dan ada sebahagianya memang untuk kita.
*senyum*
Thursday, 9 December 2021
Lampu Picit
Sunday, 5 December 2021
Hilang Baca
Banyak yang dah dibaca, tapi hilang. Hilang terus, atau hilangnya sedikit tapi terus-terusan.
Kata orang, baca saja tidak memahat. Berkongsilah semula. Amalkanlah hikmahnya. Dan kritiklah bahasnya jika perlu. Baru yang dibaca bukan sekadar geli-geli pemikiran, sebaliknya menjadi bahan penggalak menjadi manusia yang bertuju.
Ya. Bukan semua harus serius, tapi biar semua ada manfaat.
Kan.
Saturday, 4 December 2021
Menunggu Rehat
Kadang-kadang, terlalu banyak yang berlaku yang membuatkan semuanya tidak terucap. Biar tenaga yang berbisa habiskan semua yang masih merintang hidup. Nanti, kalau ada berbaki lagi, baru duduk dan cari ruang melepas lelah; dan waktu itu baru mampu berkisah.
Ya. Hidup ini, apa yang kita jalani dengan semua tulang belulang dan nyawa, bukan yang menutur di bibir.
Saturday, 20 November 2021
Yang Dicari
Jika berlandaskan hati yang terbuka dan jiwa mencari ilmu, kita akan jumpa ilmunya, Insya Allah.
Jika semata menabur kata untuk kekal betul semata, maka membazirlah masa dan usia.
*senyum*
Wednesday, 27 October 2021
Akhirnya
Sunday, 24 October 2021
Orang Yang Bercakap
Thursday, 23 September 2021
Jumpa
Ada ketika, kita sudah cukup betul; sebelum kita sedar ianya sebenarnya salah. Dan pada ketika salah itu muncul, baru diri kita jumpa sisi kita yang sebenar.
Oh.
Sunday, 19 September 2021
Step 👣
One Step.
One, after another.
And we gonna get back to the best version of ourselves; or even better?
we, to decide; with action and will.
kan.
*smile*
Friday, 17 September 2021
Berpayah-payah
Wednesday, 15 September 2021
Lantai
Lantai bumi yang dipijak juga bisa jadi pelbagai. Kadang rata, kadang denai, kadang pantai, kadang badai. Maka, tekunilah langkahmu satu persatu. Barangkali, ujian-ujian hidup ini juga mohon ditangani dengan metod yang berbeza; tapi mengekal matlamat akhirnya yang sama; membahagiakan dengan cara Masa Esa.
Harusnya kita semua ini superhero.
Tapi, 'superhero' juga harus ada rehatnya, dan 'superhero' juga perlu menangis pada ketikanya; dan kemudian bangkit lebih rasional serta 'resilient'.
Monday, 13 September 2021
Bad Apple 🍏
Saturday, 11 September 2021
Tonton
Thursday, 9 September 2021
Ouch
"Babah, kaki sakit" sambil tunjuk garis-garis di kaki yang sedikit berseriat luka. Bibir dimuncungkan, menunjuk ke kaki besi penyidai kain. Ohh.
"Aloo sakit ni. Babah buh ubat naa" dan senyum.
* * *
Percayalah, garis luka itu tidak lah sakit mana.
Yang sakit, bila mereka tidak lagi mencari kita bila mengadu.
Yang sakit, bila mereka rasa kita meremehkan emosi mereka.
Dan yang paling sakit, bila hal-hal yang kita nampak kecil ini pelahan-pelahan hilangkan peranan kita dalam jiwa mereka; dicuri kawan sebaya misalnya, atau mungkin kenalan manis mulut di alam maya.
Kan.
Raikanlah. Hidup ini tiada mesin masa ya.
*senyum*
Tuesday, 7 September 2021
Biskut
Biskut tradisi itu resamnya sedap dek air tangan. Dibakar dek tempurung atau dapur kayu. Berpayah. Natijahnya lebih terasa dan berlagi-lagi ingin nya.
Yang diacu di kilang masih biskut tradisi. Masih berasa. Masih ramuannya sama. Cuma rasanya sedikit kurang. Barangkali, mesin-mesin itu sentuhannya sama sahaja apa keadaan, aduan dibalun tanpa mengira emosi, dan tentu saja tidak ada air tangan. Harus benarlah khalayak lebih memilih yang seperti dulu; secara manual.
Begitu juga mengadun manusia.
Kalau hanya mengharap acu dan bancuh di arus perdana yang biasa, rasa hasilnya nanti bisa ada; cuma khuatir tak seperti yang di damba. Maka semi manualkan lah. Ada yang dibentuk kita, dan ada yang rutin diuli 'kilang'. Nanti tekan semula lah acu ke atas doh itu sendiri, agar jari-jari bisa membetul-betul bentuk agar nampak seperti yang didamba.
Kan.
Sunday, 5 September 2021
Bukan Calang-calang
Ada sayang yang tak boleh diucapkan dengan kata-kata.
Ada cerita yang hanya boleh dikemam dan kita harap lama-lama ia lumat dan bisa ditelan.
Dan ada yang semata perlu masa untuk untuk kelihatan rasional dan bukan hujah ataupun fakta.
Benarlah, hidup ini sulitnya bukan sedikit, kerana yang menyusun silang kata, 'sudoku, dan semua macam uji minda ini pun bukan calang-calang (Maha Mengetahui).
*senyum*
Percayalah ada Tuhan; dan tunjukkan pada perbuatan. Selebihnya, Maha Esa aturkan.
Friday, 3 September 2021
Kongsi
Bila kita berkongsi waima ilmu, cerita atau apa sahaja, harus faham bahawa ia satu ajakan untuk sama merasa apa yang kita rasa, bukan paksaan untuk sama tenggelam.
Maka, berlapang dada.
Bukan semua orang miliki masa dan kecenderungan yang sama seperti kita, maka hormat hak mereka.
Berkongsilah dengan hati; sepenuhnya, dan selebihnya hal Tuhan.
Baiki niat. Baiki kaedah. Ya, ia bukan mudah; tapi berbaloi.
*senyum*
Wednesday, 1 September 2021
Sayap
Monday, 30 August 2021
Kopi Kosong
Kopi kosong yang paling sedap, haruslah yang elok panas, mesra campuran biji kopi berkisar halus dengan sukatan perasa yang dikacau sebati dalam cangkir ceramik yang pernah dinikmati dulu.
Mungkin bertahun dulu; atau lebih lama.
Dan kadang, kopi yang sama panas dan bancuhnya, hari ini, tidak terasa sama.
Benarlah barangkali, ada momen yang molek hanya dikenang, dan bukan diulang; agar 'manis' yang pernah dihirup, bisa kekal hidup.
*senyum*
Saturday, 28 August 2021
Pemain Ganti
Thursday, 26 August 2021
Junjung
Tuesday, 24 August 2021
Hilang
Sunday, 22 August 2021
Pause
Friday, 20 August 2021
Indulgence #2
Wednesday, 18 August 2021
Indulgence #1
Monday, 16 August 2021
Larut
Saturday, 14 August 2021
Merancak
Pada ketika cerita dan berita sampai dahulu sebelum dilapor, maklumat ibarat udara yang berlegaran dan datang bertimpa-timpa minta dihirup dahulu dari yang lain.
Maka tika itu, bukan siapa paling tahu menjadi yang paling penting, sebaliknya siapa paling bijak menyusun cerita yang sama tapi bisa merancak adrenalin dan endorfin yang berbeza.
*senyum*
Thursday, 12 August 2021
Sama Telefonnya
Tuesday, 10 August 2021
Manfaat
Sunday, 8 August 2021
Langit Biru
Friday, 6 August 2021
Tasik
Dunia bukan pustaka besar yang sekadar menyimpan berita dan percaya; tapi dunia ibarat tasik yang luas untuk kita teroka.
Duduk saja jika mahu.
Atau mengkocak sedikit air menguji suhu.
Atau mendayung sampan mudik ke hulu.
Atau sekadar menghantar umpan mengharap lekat di kail.
Berlibur atau semata bosan membunuh masa? Kita putuskan.
Kan.
Wednesday, 4 August 2021
Water Man #2
Monday, 2 August 2021
Yuran
Bergantung kepada pilihan dan kecenderungan, hati akan membuat keputusan berdasarkan apa yang kita isi dalam fikiran dan tindakan. Ada ketika isi kita salah, dan kita hanya tahu salah bila sudah tersalah isinya.
Maka belajarlah, kerana salah itulah 'yuran' untuk menjadi lebih baik.
Kita boleh pilih untuk membayar berapa kali 'yuran' itu sepanjang hidup; cuma kita tidak tahu, semampu mana kita membayar akhirnya.
Kan.
Saturday, 31 July 2021
Water Man #1
"Hope is the great force; it make you see what you want to see" The Water Man.
*senyum*
Hanya jika kita tahu apa yang kita kejar, dan percaya, baru kejar kita bertuju dan 'sampai'.
Kan.
Thursday, 29 July 2021
Giliran
Walau kita paling tahu, tapi belum tentu itu yang paling perlu. Hidup bukan mesti menjadi eksiklopedia paling tebal; memadai cukup fungsi dan mempunyai hati yang berfikir.
Hari baik yang kita kecap hari ini, mungkin esok gilirnya pada orang, kan.
*senyum*
Tuesday, 27 July 2021
Bateri
Sunday, 25 July 2021
Bukan Buangkan Saja
Sampah wujud untuk dibuang. Tapi buangnya juga ada etika. Perlunya ikat, dan harus tentu bertutup rapat. Kalau salah hari bulan, busuknya kita yang mendapat.
Sama juga dengan semua 'sampah' dalam hidup. Dalam cakap. Dalam diskusi. Dalam fikiran. Dalam apa saja tentunya.
Buang biar dengan hati, agar tak tertinggal busuknya pula.
*senyum*
Friday, 23 July 2021
Belum Tamat
Wednesday, 21 July 2021
Baiki
Bila ada salah, yang lebih penting bukan siapa yang salah, tetapi apa yang boleh dipelajari dari kesalahan itu.
Kerana apa yang kita ada, tak akan tertanggung seluruh ilmu yang bertebaran di bumi tuhan; apatah lagi langit dan bintang-bintangNya.
Pasti sampai nanti, gilir kita pula yang berbuat silap dan salah. Maka, eloklah lewat-lewatkan silap kita dengan belajar dari apa yang terjadi dan baiki mana yang termampu dek diri.
Kan.
Monday, 19 July 2021
Membongkok Dengar
Saturday, 17 July 2021
Berhenti Sejenak
Thursday, 15 July 2021
Bucu & Sudut
Tiap-tiap satu kisah, banyak bucu dan sudut yang boleh kita ambil dan lerai menjadi kisah-kisah baru; yang mungkin nanti jadi ibu buat kisah-kisah lain yang berjurai, hanya andai kita kisah untuk menghurai.
Jika itu fitrahnya, mana mungkin satu kisah hanya ada satu warna. Pasti ada jalur-jalur warna lain yang bisa terbit dari celah-celah sudut pandang.
Maka jangan sibuk menyalah atau semata membetul apa yang kita suka, bukalah sudut bincang agar yang berbeza jadi rencam mengukuh tiang, bukan menghakis penegak seri.
Percayalah, tiada siapa antara kita yang bodoh; yang ada cuma yang terbuka untuk berbincang atau yang tegar berkeras tak lumat dicincang.
Kita? Pilih.
*senyum*
Tuesday, 13 July 2021
Jalan Pintas
Sunday, 11 July 2021
Rasa Mana Dahulu
Kita ada seribu satu rasa dalam jiwa, dan kita boleh pilih yang paling membahagiakan atau yang paling perlu diutamakan pada mana-mana ketika dan waktu.
Yang penting, pilihan perlu dibuat; dengan sedar.
Akhirnya nanti, kita yang perlu tanggung dan jawab atas pilihan kita, maka pilihlah yang paling berbaloi menerobos masa, dan bukan semata untuk detik yang ini.
Friday, 9 July 2021
Cerita Berdikit
Wednesday, 7 July 2021
Bercakap Berat
Tidaklah seseorang yang bercakap itu mendengar, selain dari dirinya sendiri. Maka, tidaklah mustahil, pada mereka, yang betul hanya mereka sendiri; sepenuhnya.
Monday, 5 July 2021
Kongsi
Saturday, 3 July 2021
Telahan Perlu
Kawal cara manusia berfikir; dan kamu kuasai mereka. Keterdesakan hidup buatkan jalan membuat pilihan semakin runcing dan barangkali menutup semua jalan alternatif.
Benarlah; kita hanya seluas apa kita tahu dan apa yang percaya. Hanya manusia yang percaya bisa kian hidup; biarpun hakikatnya mereka menghampir mati.
Kuncinya, ilmu hanya akan membunuh kalau emosi yang menjadi pemandunya. Jangan menelah kerana emosi dendam, tapi menelahlah kerana ia telahan yang perlu.
Kan.
(catatan dari Kapal Terakhir Di Bumi tulisan Teme)
