Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 30 January 2013

Terpilih; Untuk Kamu Memilih




Pada hamba itu, wujudnya sendiri untuk sebuah ujian yang dipanggil kehidupan. Lantas, harus teriakkan apa dengan keluh hati andai kita terpilih untuk diuji?

Bukankah, andai rasa dihidupkan Dia untuk sentiasa mengingati-Nya, kita bahagia?
Dan bergelut kerisauan andai kita dilimpah ‘bahagia’ dan ‘berjaya’ biarpun terhuyung-hayang berjalan hidup tanpa benar tujuan?



Kamu, apa yang kamu detikkan pada peri laku kamu. Kamu pilih, dan setiap keputusan ada kesimpulan; andai kamu benar memandang.

Sesungguhnya, Dia sedang menguji. Dan ujian itu baru dipanggil hidup.
Adakah kamu hidup dalam ‘kehidupan’ kamu?
Itu kamu pilih!

*senyum*

4 comments:

macyhumaira said...

ujian itu satu warna dalam kehidupan, sekalipun hitam tetap juga dipanggil warna.

hitam itu juga dicampur putih menjadi kelabu dan jika dicampur lagi sebenarnya mampu menjadi putih bersih.

ya, aku mahu terus hidup.

AJ said...

maCy
hitam jika dipandang gelap dan kosong, itu yang bisa kamu peroleh.

jika kamu memandang sebagai satu peluang melorek warna pelangi, itu yang kamu akan tempuhi.

Mana tahu, kita bisa 'lupa siapa' Tuhan kalau hanya bergula dan pelangi dengan hidup ini.

dan juga mana tahu, kita bisa 'hilang percaya' adilnya Tuhan, bila kita hanya memandang hitam itu hancur dan kemusnahan.


sedangkan, perlu ada gelap untuk cerah itu nampak cerahnya.
perlu ada rendah, untuk tahu, gi mana tingginya.

kan?

*senyum*

Langit itu rendah, andai kamu mahu percaya - maCy 2011.

hanaahmad said...

saya memilih untuk bahagia, tetapi keadaan sentiasa memilih saya untuk berantakan. dan saya cuma mampu memberikan masa dan ruang untuk bahagia itu datang pelan-pelan. kerna, jika dicari ia sentiasa hancur.

AJ said...

hanaahmad
andai kita mencari sesuatu, pasti ia sering tidak jumpa; sedangkan ia selalu di depan mata bila kita pernah mahu ada.

dan satu, pesan sang tua.

mencari barang yang hilang, elok mula dengan solat. insya'Allah jumpa.

*senyum*

mencari bahagia, barangkali kita akan terlepas pandang dengan kebahagian, kerana kita barangkali terlalu objektif, sedangkan hal hati itu hal subjektif.

kita memilih untuk bahagia, tapi ketentuan Dia untuk kita bukan bahagia yang 'itu'; ada yang lebih baik untuk dikemudiankkan.

ya, sering terluka buat apa percaya kita menjadi gusar sekali-sekala, tapi apakah mampu kita berkata kita percaya andai kepercayaan itu tidak di duga.

sampai bila mahu di duga?

*senyum*

Allah Maha Mengetahui.
Tinggi uji untuk kamu, ditinggikan tempat untuk kamu, juga.

Ameen

Jaga diri Hana

*senyum*