Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday, 19 March 2012

Telinga



Sakit telinga, Doktor
Ya Allah, sampai macam ni jadinya? Ni dah luka, dah tersumbat ni” dan riak wajah doktor itu menampilkan risaunya. Risau yang jujur.

Korek telinga dengan pengorek besi tu Doktor. Tu yang sampai luka begini” jujur.
Sebenarnya, pakai kutil kapas pun tak elok, inikan pengutil besi. Telinga ni tak payah dikorek patutnya. Nanti jatuh sendiri najis dia.

Tau, telinga ni dindingnya lembap, senang terluka, tapi kadang tu tak tahan gatal telinga doktor. Korek sedap sangat tu yang luka tu” sambil tersenyum. Mana tidak, salah sendiri barangkali.

Dan hanya senyum manis yang dibalas doktor itu, sambil dua tiga geleng halus menjadi iring.

Oh.
Manalah tahan kalau dah bergatal-gatal di telinga pinta diusik buang; pasti dicapai apa yang ada di gapaian dan selesaikannya sesegeranya. Dan kita semua tahu, mengorek telinga itu sedap; dan dalam sedap itu sendiri kita terluka; mudarat dan sengsara.

Begitu juga hidup.
Bukan berlaku salah kerana jahil segala arah. Cuma, kadangnya kita terjatuh pada goda sengsara dan biar redah saja pada kata hati; biarpun tahu akibat nanti-nanti.

Berjumpalah dengan ‘Sang Perawat’ sebelum terus bernanah dan tersumbat ‘telinga’ kita nanti. Hidup kena tahu sakit pada jatuh; bukan untuk mengeluh tapi sedar dari tersengguk-sengguk lena.

6 comments:

hanaahmad said...

ouh aku dapat dua di sini;

pertamanya; dalam keseronokan ada sakitnya yang harus kita ingat-ingatkan.

keduanya, harus diubat 'sakit' yang kita ada sebelum ia terus luka dan bernanar.

harapnya begitulah apa yang aku faham ya?

;)

yusuf said...

salam AJ yg disayangi


kita tahu natijahnya tp berbuat dosa tu enak bukan?


Allah

AJ said...

hanaahmad
setidaknya, kamu jumpa dua.
terima kasih.
*senyum*
dan kamu tahu; kadangnya kita dah tahu hal itu 'salah' tapi dek 'sedap' dalam bersalah-salahan itu, kita tetap tongkah kaki yang berat, dan nah, terima akibatnya.
kan?

Yusuf
Sayang kamu juga Yusuf. Terima kasih bersahabat dengan aku yang selalu hilang dari terang nampak.

Oh, aku sendiri dahagakan peringatan juga.
Seperti entri-entri kamu.
seperti entri-entri aku yang lepas juga.

dan ya, aku sendiri kadang tenggelam dalam enak yang terang-terang aku tahu natijahnya lebih hitam dari sang hitam.

oh.

Ya Allah.

Qiez AR said...

sudah kenal pasti ubat, sekarang aku akan selalu bertemu sang perawat untuk mohon konsultansi berulang.

mudah mudahan cepat sembuh. Amin utk doa kepada diri sendiri dan utk kamu juga, big brother. :)

Bidadari Syurga said...

aku sedang berjuang dengan kelamku sendiri... 'topupku' sudah lama habis... malahan 'advanceku' melampau2....

ps: lama tak melawat kamu....

AJ said...

Larasephia
Jangan bersuam-suam pada usaha, takut terbiasa pada selam timbul yang melekakan; dan mana tahu, kita katakan pula 'ubatnya' palsu.

Berdirilah seperti mana kamu berdiri, dan percaya selagi mana tidak salah.
Untuk kamu, insya'Allah berbaik-baik hidup adanya pada langkah kamu hari ini, dan berterus sudah.


Bidadari Syurga
Asal berhajat pada sudahkan tunggakan dengan mampu kamu, itu cukup baik; dan tentu saja langsaikannya lebih baik.
Biar pelahan, asalkan kamu tidak diam.
Kan begitu?

Oh, asalkan kamu gumbira pada aturan atas kamu sudah cukup baik kan?

*senyum*

aku sendiri bertandang tanpa bunyi selalunya; dan aku percaya kamu pun sama.