Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Thursday, 29 March 2012

Hijau



Pada bilah bahasa mu, aku bau resah risau mu.
Aku tahu, rasa sayang itu buat kamu berjaga; biarpun pada mimpi mu.
Untuk itu, ‘marah’ saja pada culas ku yang berbaki.
Biar saja rasa jiwa ku basah dengan peluk sayang mu yang masih rumpun hijau; biarpun beralih waktu.

AJ.25Mac2012

2 comments:

bila blog bercerita said...

aku baca tiap puisi kamu...
aku cuba fahami tiap ayat kamu...
tapi mengapa sukar untuk aku hayati...

arghhh...mungkin saja aku tidak mampu berdiri sama tinggi dengan kamu..

p/s : lama sudah rasanya kamu tidak bertandang ke secret7writer...aku rindu dengan komen membina dari kamu..

AJ said...

BBB
Bilamana berpijak pada tanah yang sama, tak ada siapa yang lebih tinggi dan rendah dari yang lain.
dan siapalah lagi aku ini untuk bergah singgah, sedang hidup juga masih menumpang pada 'Yang Meminjamkan'.

Barangkali penulisan aku tak jelas, dan tak tersampai pada pembaca. Oh, andai ya, tegurin saja aku ini sahabat. Aku bisa murnikan ia nanti jadi jernih dan lebih bersih untuk sama dijamah semua.

*senyum*

seperti janji aku pada Bidadari Syurga, aku tetap singgah s7w buat membaca mana yang termampu, tapi dek keterpantasan dan keterbatasan, tak sempat aku lepaskan jejak.
Apapun, syukur kerana s7W dan makin berkembang; dan penulisan kamu sendiri semakan baik.

Cuma, menulislah sepenuh hatimu kalaupun tak didalam sepenuh jiwa dek pembaca. mereka ada hak mereka; dan hak kita, menulis sebaik daya.

fight within yourself, and the best will prevail.


terima kasih bersinggah sini.

*senyum*