Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Saturday, 30 October 2010

bonggol. bonggol mana?

perlahan aku bangkit.
alih pindah kerusi plastik yang merah itu ke pinggir tingkap.
bertelaku.
membuang pandang aku ke luar.

bekas-bekas kabur jemari di cermin mata aku hilangkan dengan cermat
dan dipakai semula
"ah, baru jelas"

mencampak semula pandang aku ke luar.
ke jalan itu.
jalan yang berbonggol kecil itu.

hari ini cuti.
semalam juga cuti.
dan lusa tulat juga cuti.
jadi, berderas lah bagai ragam kenderaan di jalan itu.
dan itu cukup aku gemarkan.

bila mana banyak yang lalu, pasti banyak juga gadis-gadis yang menumpang lalu.
dan itu aku benar-benar gemarkan.

mata aku pandang.
"ah satu"
*motorsikal memperlahan jalan, dan pelahan-pelahan lepas bonggol itu, dan lalu*
*aku tersenyum*

notakaki:
terpulang cara kamu memandang!
bagi aku; "budak kecil, jangan di sebut jangan, nanti dia mahu-mahu juga bermain api. pesan kena berhikmah, kena ikut cara, tapi sampai"

4 comments:

Lelaki Ini said...

betul2!
kalo kite galakkan diew baru xmo buat!

AJ Nismihan said...

lelaki ini
BUT, even we get it straight to the point they can fail, how about this?
Ah.
Surat akhbar perdana pasti kata aku ini pencetus ereksi manusia.
Cermin mata terlalu terus; sedang dunia ini terlalu berdeminsi bukan?

Adeqq said...

read between the lines~ ^___^

nak komen panjang tp nanti adeq dtg balik.

AJ Nismihan said...

prisma kaca bagai-bagai.
satu jalur masuk, warna lain.
jalur lain masuk, warna yang lain.
maka, penulisan perlu harus begitu.
dan kamu jadi apa yang kamu fikir, betul?

=)