Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 27 October 2010

Mood Hari Ini: Kusut

Penat
Kusut
Hilang dalam celik yang belum pejam-pejam
Ah
"Kalau di pejam mata, mungkin lebih nampak dari celik ini; mungkin?"
*sunyi*

Bila mana bisa mengapai bintang-bintang dan simpul mati menjadi keronsang cantik di dada,
bila esok, nak ke mengapai sesendal atas pintu rumah pun berlapik tangga bagai; pasti rasa terhina dan mengalah itu senang benar menjadi raja.
Senang menusuk-nusuk dalam hati dan mengaul jiwa kita menjadi jamahan maki-maki dunia.


Sesekali,
Jiwa memanjat tinggi ke petala langit, mahu melompat dan membuang nyawa dengan usaha sendiri
Tapi gagal.
Ada awan-awan sangkut mengapung-apung dan mebawa turun tanpa luka.

Awan senyum sambil pesan

"Lu dah habis bayar ka? Ni nyawa pun pinjam dari Allah, lu nak main cabut2 pulak"

*senyum*

6 comments:

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

hye AJ
fes time singgah komen sini
mood kite sama lah harini

kdg2 pikir taw mana silapnye & taw mcm mana kusutnya..cuma nk huraikan kusut tu mgkin xsemudah yg disangka dan mgkin xkan terurai barangkali

kdg2 pikir xtaw mana silap & xtaw mcm mana kusutnya..so xkan ada cara lgsg nk terurai kusut tu

adeh..

atau kalau dipejam mata ni mgkin kusut akan terurai?pejam yg xkan celik smpai bile2..hehehe

AJ Nismihan said...

xtiokamen
bagai main layang-layang.
kita tarik keluar tali tu biar layang-layang terbang tinggi, dan terus tinggi.
tapi.
tiba-tiba angin hilang.
layang-layang menyembah bumi.
kita kejar dapatkan layang2dan dakap kemas.
*lega*

tapi, baru sedar
tapi layang2tadi dah berbelit.
dan bersimpang siul sini sana.
lagi di tarik, lagi berselerak.

*arkh*
*mana nak mula nih!*

takkan nak pejam terus sampai bila2.
lagi tak aman mengusutkan diri di susun hurung oleh Malaikat yang tak terlawan kita nanti.

biar semua selesai dengan aman.
baru balik nanti doa yang sejuk saja sampai.

betul macam tu kamen?

*aku doakan ko aman2makin baik kamen. kita jaga solat 5 waktu kita yer, baru Allah bagi nur tuh :)*

beautiful_rose said...

aku sedang berada di fasa pemulihan hati.....



AJ,lama tak nampak sibuk agaknya.

AJ Nismihan said...

beautyRose
sibuk
dan
kusut
aku ada bising-bising dalam diri yang mintak di lepaskan
dan aku sendiri sedang berdiri kaget di tengah2laut yang belum tahu dalam cetek arasnya.

~ ah rindunya nak blogwalk macam dulu ~

gunung berubah
panas berubah
masa berubah
aku?

~ s i g h ~

beautiful_rose said...

kita mungkin juga perlu berubah.berubah kepada kearah kebaikkan...janji ia tak mendatangkan kemudaratan.

aku ini sedang dalam kebuntuan.mahu tinggalkan jejak di rumah kamu sebelah sana tak tahu apa yang nak di kata.hanya melihat-lihat saja.mencari apa saja yang boleh aku guna pakai buat rujukkan.

AJ Nismihan said...

beautyRose
ah, kalau kamu tidak tinggalkan jejak langsung pun aku yakin pasti kamu ada singgah; yang kadangnya lebih kerap dari aku sendiri.
ah. ambik saja mana yang baik.
yang busuk masam itu, kamu buang keluar.
mana tahu, takut membasi dalam diri kan rose :)

aku sendiri berdoa yang beranjak itu adalah pada jalur sinar yang lebih baik dari semalam; aku benar harap itu...

=)

kamu juga ya.