Laju-laju
Berderap-derap langkah aku turun mengejar pelangi
Bersusun debar rasa dalam jiwa aku yang benar dalam
Makin berselerak rasional diri mengandai-andai apa yang berbaki nanti
Sedar-sedar
Pelangi aku hilang
Sayup-sayup dia membias dalam sinar cahaya yang berkeras mahu hilang dari tangkap retina mata ku.
~ arkh ~
Baki keluh kesah terbuang tanpa sedar.
Keras rasanya,
Tapi keras ini masih bisa membasahkan mata yang berkaca dengan jernih-jernih bersih dari jiwa yang benar dalam.
~ kenapa pelangi itu lari ~
~ sampai bila ada pelangi mahu lari dari di peluk gapai ini? ~
Pelahan bangkit dari berat kesal yang masih berbekas dalam jiwa yang kosong bergema
Memandang langit
Melempas harap pada yang benar Maha Kuasa
~ Ya Hakam, berikan aku kuat percaya yang wujud semua ini untuk akhirnya adil ~
~ Ya Latif, berikan kuat pada yang benar halus dalam jiwa dan peluk rasa yang benar terhentam dalam hidup ini Ya Allah ku~
~Ya Halim, berikan sinar sabat itu benar berendam dan kekal dalam segar hati dan jiwa aku ini ~
~ Ya Ghafur, Engkau ampunkan lah keluh kesah yang aku tidak sengajakan dalam ketidak sempurnaan aku ini ~
Ameen ya Rabbal Alamin
3 comments:
ada kalanya kita tak sedar yang DIA di sana sedang menguji keupayaan kita juga keimanan kita.
mungkin keluh kesah dan sarat jiwa yang kita rasa ini seperti petanda bahawa kita mungkin terlepas sesuatu atau boleh jadi juga kita terkurang sesuatu dalam amalan kita.
ambil masa untuk merenung dan nilai jalan-jalan hidup yang pernah kita lalui.mungkin ada satu papan tanda yang kita tak pandang atau tak perasankan.
maaf AJ aku ini juga sedang mengingatkan diri.ada kala aku terlalai juga terlalu seronok memandu sampaikan terlajak jalan yang aku tuju.
pelangi tu kenyit mata kat saya, pelangi tu buat saya bahagia, saya kejar dan kejar, ye saya tau, pelangi tu tak boleh digapai, tetap tak boleh, dan saya masih mengejar.....
dimasa kecil aku terkulai menangis di ribaan bonda mencari pelangi yang hilang dari langit..Bonda pujuk dengan sugus perisa strawberry. tangis terus reda.
kini,bilamana aku merintih mencari jiwaku yang hilang...... ....
Membaca tentang manusia2 yang seakan longlai meratap hilangnya pelangi buat aku terfikir..
kadang2 kita nampak langit itu kosong
sebenarnya ada awan tipis mengulit dadanya
tapi itu lah, mata manusia tidak se"power" mana
atau mudahnya kita malas nak perhati
jadi yang halus begitu tak terlihat
cuba kalau kita jegil buka mata luas2
mungkin kita akhirnya dapat melihat apa yang mampu terlihat
jiwa kita... pun begitu kah, Along?
Post a Comment