Mahu dilepas itu sendiri perit; sakit.
Tapi, simpan lama-lama pasti tidak ubat apa-apa.
Mahu atau tidak, memang yang ini perlu dihalau-halau keluar.
Mahu atau tidak, memang yang ini perlu di kejap-kejap ketap bibir,
dan tahan yang sekejap sakit ini.
Semoga yang perit ini berhenti pada ketika ini.
Paling tidak,
aku hanya hanyut dalam takungan air mata buat ketika yang pendek ini,
dan boleh balik pada aku yang dulu esok-esok.
Bagai juga jiwa hidup ku,
kalau aku simpan 'sembelit' di hati dan tidak terbuang terus,
esok lusa, sakitnya akan sampai lagi.
lagi-lagi,
dan takut; aku sudahkan perit ini dengan nafas akhir hayat ku,
sudah yang benar-benar sudah.
Pasti aku kerugian, rugi kerna gagal menikmati tenteram bila 'sembelit' hati itu hanyut pergi.
10 comments:
kadanng mudah mahu membuang nye AJ
kadang2 susah sampai rasa mahu mati
tapi kita tahu kita wajib.. kita wajib buang dia..
baru rasa lega luar dalam
baru hidup nikmat tenteram..
tenteram itu satu nikmat Allah yang tak terhingga indahnye..
ah ..aku juga..semalam sedikit tnteram..
tapi hari ni..lewat jumpa doctor tadi..hati dirundung kelam kembali
yeah Aj..
life has to go on
rasa sembelit ni memang suka datang tiba-tiba..
pergi pun tiba-tiba!
aj, lu kene makan byk buah2han
lg2 yg ade serat
biar sembelit hilang
hehehe
kalau la setiap masalah yg menyembelitkan keadaan ada serat yg boleh melancarnye kan...konpem aku cr serat tu dl
kamu sembelit?
seroJa
sembelit.
bunyi pun dah belit-belit.
buang nya, tentu saja perit!
tapi.
macam kamu kata.
wajib itu tetap wajib.
kalau tak, bernanah la.
ah.
doktor itu buat kamu runsing lagi?
apa dia bising?
aLy
pernah ambil tahu kenapa?
sebab kita tak pernah cuba selesaikan akar umbinya.
asalnya.
bila benda itu tetap tinggal, ia akan datang mengusik bila-bila mana pun.
sebab itu, aman tidak muncul lama.
xtionkamen
itu sembelit yang tersepit.
sembelit dalam hidup? apa seratnya?
xtionkamen episod 2
ah.
tak ada yang menjadi konklusi lengkap kamen.
sembelit itu asalnya halus halus lembut, dan bila simpan lama, jadilah keras dan pedih.
kena cari air penawar pemecah zarah lah nih.
cleo
literalli tidak.
tapi, secara falsafahnya, aku rasa ada.
ah.
kamu pun pasti ada.
kita semua manusia yang tak bolehl ari dari sembelit secara falsafah.
this is metaphor dude =)
nah pil ciketek aun..
sembelit lagi kah??
Naj
Sembelit juga Naj.
ada kusut-kusut perasaan dan permasalah hidup yang rungkainya bukan semudah mencari penawar sakit literal
wa tada kata2 utk sembelit..
biasa wa akan lepas kan sembelit dlm hidup ni dlm bentuk perbuatan luar kawalan..seperti memandu tanpa tujuan..sembelit ilang kejap..tapi..dtg balik..
takbeshhhhhh
jackAlvin
semua itu solusi pendek Alvin
seperti pain killer sebentar untuk bias rasa sakit; dan kejap nanti, datang balik.
kenapa?
kerana, kita bukan merawatnya, sebaliknya kita biar dia terus pendam lama dan buat perit yang esok lebih dalam dari yang ini.
dan
memang takbeshhhhhh
carilah, penawar yang benar penawarnya Alvin.
dan
memang susah.
but, it worth for!
Post a Comment