Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday 24 September 2010

Dalam gelap.

Memandang jauh pada terang cahaya.
Yang bersilau masuk itu adalah cahayanya.
Sedikit. Tapi cukup buat kusut gelap tadi hilang.
Tapi yang bertelaku itu bias memilih; mahu bimbit hati menurut jalur itu, atau biar pejam mata dan lemas dalam gelita jiwa.
Ya. Cahaya itu bias datang, tapi andai kelopak mata masih rapat, hitam tetap hitam, padam tetap padam

Bagai kita.
Andai kita jatuh dan terperuk dalam pelosok hitam hati dan gelora benci hidup, kita bukan mahu magika semua menjadi superhero; bebaskan kita sesempurnanya.
Cuma yang kita mahu, kalian datang dengan jujur, selit sinar cahaya kecil, dan pekik

Sini sahabat, ke sini. Aku tiada apa; selain dari jemari-jemari lemah ini untuk kamu paut. Mari, kita bebas dari hancur jiwa ini?

Itu saja.

Yang lain, biar kita; tuan punya jiwa,  kumpul-kumpul kuat rasa untuk bangun dari perosok ini.

Dan andai kamu yang bergelap, boleh aku sebagai sahabat datang membimbit jalur-jalur sinar itu? Biar hari ini aku yang bawa, mana tau, esok aku yang meminta?

Boleh bawa cahaya yang itu?

7 comments:

Amni said...

Aku pernah dalam kelam dalam gelap.. ada cahaya, cuma sedikit cuma... bila terjatuh, baru aku tersedar aku perlu ikut cahaya itu... aku jatuh, aku bangun.. jatuh lagi, tapi terus usaha untuk bangun.. kadang tersungkur.. syukur hati kuat untuk cahaya itu.. akhirnya ku jumpa jalan keluar.. Masha Allah.... luasnya dunia... ladang untuk ke SANA...

Seroja Jingga said...

kamu sudah membibit jalur jalur sinar itu AJ..alhamdulillah..ade perubahan.aku makin sihat..cuma sekali sekal..ade juga.surutnye..biasalah..aku kan hamba.

AJ..masih terharu kau kembali sahabat

AJ Nismihan said...

Amni
yang penting bukan berapa kali jatuh bangun kita, tapi kesudahan cerita yang kita hayati ini.
selagi boleh, sejalur halus mana pun cahaya itu, andai itu yang terbaik, kamu susunlah payah-payah langkah itu jadi kuat dan diri kamu lebih kental untuk cari punca-nya dan jadi lebih terang. betul?
Ah, first time kamu sampai, aku dah hampir mati kan?
thanks for drop by here.

seroJa
kamu lagi perit hidup andai kamu matikan module jiwa dalam jasad kamu.
ah, aku mungkin terpasang satu dua mentol2malap untuk buat kamu melangkah, tapi kamu harus gunanya cari kalau-kalau ada cahaya sang mentari yang berbaki di dalam perjalanan kamu.
ah, sebagai sahabat, aku pasti mahu sedaya upaya aku bantu kamu kan =)
terima kasih untuk keterharuan itu sahabat. aku menghargainya.
ameen

| Larasephia | said...

kadang malap kadang terus padam, agaknya saya perlu tukar bateri eh, big brother? :|

AJ Nismihan said...

Lara
selalu kita terperangkap dengan solusi jangka pendek. bateri yang dah makin surut mampu nya, kita tetap guna dengan mengetuk2jadi kemek dan menjemur di terik suria.
sedangkan, yang kita perlu adalah sinar yang benar panjang hayat dan benarnya.
jadi, bukan bateri yang perlu tukar, tapi sistemnya terus.
Kamu guna panas suria waktu siang, dan berjimat dengan apa yang ada di waktu malam.
boleh begitu?

... said...

wa hrp ada cahaya itu utk wa one day in the future

AJ Nismihan said...

cleo
Allah itu Maha Adil kan sifatnya?
tapi, kita sendiri kena adil dan bukan zalim pada diri kita bukan?
Then, let step the first step forward.