Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Saturday 25 September 2010

"Takkan aku jer yang kena? Nanti la kau!"

Marah?

***

Begini.
Setiap satu seksa yang sampai pada kita, bukan seksa yang patut dibalas.
Kenapa?
Sebab kita tak pernah mahu, najis-najis hina orang yang hina itu terpali jadi bau darah daging kita, bukan?

Jadi, benarlah kamu untuk sentiasa berkelakuan atas norma akhlak yang perlu; biarpun balasan yang kamu terima bukan begitu.
Lebih baik jadi diri kamu yang kamu sendiri pilih; dan tentu-tentu kamu ada pilihan kamu sendiri bukan?

Macam ni lah.
Jadilah pari-pari putih yang sentiasa jadi bahu yang bisa di tumpang bila ada airmata jujur mahu berjujuran.
Kerana itu lebih ke-kamuan.
Dan berdoa supaya roh-roh kejahatan berlegaran di sekeliling kamu, tanpa kamu ter-ikut-ikut akan mereka; kalau perlu, doakan supaya mereka berubah.

Kamu mahu penghormatan dan penghargaan?
Kamu hargai jiwa kamu dulu
dan hargai kewujudan Maha Esa yang tak pernah tinggalkan kita itu.
Dan insya’Allah, ada hati2jujur yang datang menatang hidup kamu nanti.

Ingat; ini bukan janji aku; ini apa yang Maha Kuasa janjikan; dan kita semua percaya akan itu, bukan?

3 comments:

Seroja Jingga said...

ye Aj..perlu lihat diri sendiri dulu.terlalu bnyak yang perlu kita repair. bukn hanya pndai cakap cakap tuju pada orng lain.

kadang2 kita ade dua tiga bnde yang kita mahu jadi..tapi diri sendiri cnfused

ah. itu aku lah aj

Amni said...

Sangat setuju.. najis kalau dibaling pada kita, busuknya bau.. kalau balas, makin lah bertambah bau kan? baik kita bersihkan supaya wangi itu milik kita.. umph!

memilih untuk membalas sangat menyakitkan... idup pon tak tenteram.. memaafkan itu lebih baik.. tapi berapa sahaja yang mengerti memafkan itu lebih baik? pilihan masing-masing...

setuju dengan kamu entri yang lepas.. hasil akhir yang bagaimana itu penting... mudah-mudahan terpelihara dan dalam redhaNya selalu... amin

AJ Nismihan said...

seroJa
kadangnya, kita terlupa manusia itu tidak pernah sempurna.
dan kita sendiri lupa yang kita ini juga manusia yang tidak sempurna itu.
dan lupa itu yang pimpin kita jadi lupa dengan nikmat syukur.
Maka berkeliaran lah kita di muka bumi dengan bahasa-bahasa riak dan cakap tuju-tuju pada yang lain.

Yang kita mahu 2-3 itu yang akhirnya, Allah sendiri yang tolong kita pilihkan.
Everything is fated; i suppose.


Amni
Dah nama pun najis kan, macam mana wangi dan bersihnya mainan najis itu, najis tetap najis; dan busuk!
dan memaafkan itu sebenarnya terapi, tapi hati kenal benar cekal dan ikut jalan-Nya. Kalau tidak, hanya simpan maaf pada bibir, selebihnya jadi dendam dalam hati.
dan terima kasih untuk sentiasa melewati entri2aku disini.
insya'Allah, yang kita pilih itu dan di tentukan Maha Esa itu yang terbaik akhir pada kita;
Ameen.