Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Tuesday 28 September 2010

Si kecil Sufia

Mengesot sudah boleh.
Dan kini, baru pandai merangkak.
Sikit-sikit.

Alhamdulillah,
Bising mulut belum ada, tapi tingkah dia sana sini; ligat.
Ada saja hajat si kecil yang nak digapai; tak putus-putus.

Dan bila hajatkan sesuatu yang tepandang,
Menggelupur tangan-tangan dan kaki di kepak-kepakkan,
Cepat-cepat hajat nak kedepan,
Kayuh-kayuh peha kecil makin laju,
Laju,
Laju lagi; tapi tak sampai-sampai.

Kenapa?

Sebab dia mengundur.
Si kecil tak perasan yang kuat semangat juang tadi buat dia tersalah timbang cara,
Dan akhir pilih jalan yang salah.

Sedang pula,
Andai yang dihajat itu dekat; jauh-jauh pun tiga empat rangkak-kan,
Dia boleh,
Boleh gerak depan pelahan-lahan,
Tapi penuh usaha.

”Ah, sama saja kita kan”

Ya.
Kita ini sama saja bijaknya dengan si kecil 7 bulan itu.

Kalau yang kita kejar itu depan mata; insya’Allah panjang akal dan sampai usaha.
Tapi, kalau yang dikejar itu jauh, kita selalu tersalah kira dan makin jauh akhirnya dengan yang dituju.
Dan kalau yang dikejar itu jauh, kita selalu tersalah pandu juang hati kita dan makin pesong dari benar langkah kita.

Sama kan?

Cuma;
Habis2kuat, pesong sufia mengejar ghairah dunia hanya buat dia sangkut dengkat kaki-kaki sofa lama di kampung,
Tapi,
Kita yang besar-besar ini? Pesong kita boleh pergi sedekat-dekat duit-duit kopi, perempuan dunia dan sejauh kosong akidah!

9 comments:

Amni said...

Kdang2 terfikir lebih baik jadi si kecil.. sekurang-kurangnya si kecil tak pernah kenal erti putus asa.. sekurang-kurangnya menangis cuma...

yang kita besar ni? ada akal untuk berfikir.. tapi selalu saja apabila tersalah tingkah, hati jadi gundah dan mahu mengalah...

letih... tapi itulah indahnya hidup ini. nama pun ladang untuk ke SANA. haruslah berkejar untuk redhaNya kan? Untuk aku yang selalu jugak lelah...

Miss Aidan said...

manusia lebih merasai nikmat dunia sebab itu ramai yang tersasar jauh.

Lupa barangkali dengan setiap perintah dan janji Tuhan kepada kita.

Moga-moga kita tak tergolong di kalangan manusia-manusia yang kufur akan segala nikmat yg dikurniakan pada kita.

Moga-moga, kita juga tidak terlupa dan dilalaikan hati dari mengingatiNYA.

amin.

AJ Nismihan said...

Amni
yang slalu kita pandang baik adalah benda yang sudah lepas dan hilang.
semua begitu.
dan sebab itu, wujudnya kata "kalaulah aku".
betul?
dan aku seperti kamu.
ada kala letih, dan pinta yang hujung itu datang cepat. tapi, aku takut yang aku tidak akan singgah ke-sana!
ah..

ayydan
kenapa kita hanyut dengan yang dunia?
sebab ini yang kita benar yakin dan nampak dengan mata.
sedang hati kita mati dari nampak yang patut kita percaya.
aku pun sedikit2sama.
takut!

norfaridahanum said...

sudah 7 bulan...
ah,x lama lagik gegak gempita la rumah kau AJ..tapi paling kurang skrang pun,aku yakin Sufia itu sudah bisa mengamuk sakan jerit lantang andai kehendaknya x dituruti..kurang2 sudah reti berkata "MAAAAA" atau "PAAA" =)

AJ Nismihan said...

Anum
belum =)
baru ada satu dua body language yang kami faham; bila lapar, bila mengantuk, bila sunyi.
yang lain, masih cuba nak mengkamuskan diri.
hehe
dan,
she more into physical type. So, belum petah buat bising, tapi 'mengemas' rumah memang cukup pandai!
senyap-senyap jer dah berSEPAH!
but
thats the great being a dad.
"Abang, tolong kemas nanti ya"

Hehe

░♥si lampu neon♥░ said...

rindu sufia walaupun tak pernah jumpe! hihi rindu rindu

AJ Nismihan said...

noen
doakanlah, moga ada kesempatan kamu jumpa dengannya.
mana tau, kamu bisa peluk cium dia benar-benar kan neon?

alhena said...

comel!aku dapat bayangkan sufia dari entry kamu.

semakin dewasa kita ini, semakin besarlah ujian dan cabarannya.Namun, tiap satu yang Allah berikan semuanya sesuai dengan kemampuan diri kita.tentu banyak pengajaran yang boleh di ambil bagi mereka yang mahu berfikir

AJ Nismihan said...

Hena
ah.setuju benar aku dengan komen kamu.
ya.
semuanya sesuai dengan tahap kita; cuma mahu tak mahu tempoh dengan Iman, itu kita yang usahakan; dan Allah yang tentukan.
sufia? ah seperti itu lah dia seharian =)