Assalamualaikum semua.
Terima kasih banyak-banyak untuk kalian.
Aku benar-benar senang bertumpang hayat dengan kalian dalam alam maya ini.
dan persahabatan atas hanya kenal tulisan ini, buatkan aku rasa dihargai ikhlas oleh kalian.
dan aku takkan lupa yang itu.
ya, tak lupa.
cumanya; ada saja ketika yang paradigma itu tidak lagi cocok padan.
lantas ada tiang-tiang usang yang mendokong hidupnya nyawa perlu di alih pindah dan diganti baru.
dan untuk itu, aku mengumumkan pengakhiran blog 'belum hujung nyawa' ini dengan secara rasmi.
Maaf untuk yang aku pernah sakitkan bahasa aku pada kalian. Aku kan manusia biasa, mesti ada sakit perit yang aku tak perasan pernah terjadi pada kalian.
Maaf ya kawan.
Maaf ya sahabat.
dan sekali lagi; Freundschaft ist nicht reden die ganze Zeit, aber es ist mehr beten für die andere Hälfte's best.
Assalamualaikum semua.
ni testimonial untuk kalian. maaf panjang.
Frodo baggins; serius, aku ada terpengaruh dengan gaya kamu. You are awesome dude. Wish you being a great muslim; and leader too yourbest friend ya Frodo. Kamu ada nilai itu, cumanya kamu yang pilih mahu jatuh, atau terus bangun. Hidup kena tegar ya sahabat!
i'msosupernotcool; you are the coolest guy in this blog world. i mean, my blog world dude. wish you the best in you study. ala, akaun tak susah mana, yang susah jiwa kita ja. I am accounting grade too;and from shahalam too! but i am not you gunners. YNWA =) [will still drop to you page, perhaps]
fiQa @ abang kacak Auckland; sekali kita jatuh, sakitnya buat kita ingat untuk tidak bodoh-bodoh repeat the same mistake kan!thus, move on with pride gurl. life is larger than that 7+1 years. Wish Allah grant you a beautiful life hereafter.
My young Doc Anum; sibuk dunia yang buat leka hujung nyawa ya Anum. Hidup kena seceria anum yang dulu tau, tapi sekuat kamu sekarang.Esok lusa Sufia sakit, aku suruh dia lawat kamu ya =)
Si Lampu Neon; kan betul aku pesan, kamu hari ini lebih bahagia dari kamu Dec lepas kan? Life is about appreciate and thanks. Closed to Allah, then Allah closer to you. We will never be perfect rite?
Qiez @ | Larasephia | ; kamu makin perit. tapi jangan bodohkan jiwa dengan hanyut dalam duga macam tu saja. You are strong gurl, but dont override your trust with HIM!
Wong ah ian; terima kasih jadi sahabat aku ya Ian. Banyak yang aku nak sembangkan; tapi aku tetap dengan janji aku nak makan 'kosong kosong' dengan kamu nanti. Doakan itu jadi kenyataan ya. Starbuck pun starbuck, tapi study jangan dok lambak tau! Trust me, we can meet one day. one fine day!
SeroJa; sis, sakit kamu buat kamu kuat; dan redho kamu buat hidup kamu lebih bermakna. jangan maki dengan dunia, tapi terima dengan senyum; walaupun perit. hidup kena terus kan? dan untuk itu, kamu lebih kuat dari yang kamu fikirkan sis. trust me, you are! Why? Cause Allah trust that too!
MoFarid; ada entri2kamu yang dalam sengal buat aku belajar.Jadilah whistleblower yang bijak ya Farid. You are smarter that you think dude. Trust me; you worth better life. Tapi, jangan terlalu rebel ya. Solat jaga sahabat =)
Mr. Hanis Poppycock -tanggungjawab nanti jadi berat tau,so be fokus. dan sabar. Una itu lumrahnya sudah begitu, jadi kamu jadi pelengkap dia ya sahabat. Aku doakan bahagia kalian ke akhir syurga itu. Ameen
SuperUna Hadzarami: tak salahkan jadi anonymous di laman kamu? dan jadilah isteri yang membawa syurga dekat pada keluarga. Kamu ada asas dan calon yang baik, jadi keputusan akhirnya semua pada kamu; dengan izin dia kan? Insya'Allah, kalau tak ada apa2jadi pada aku, aku sampai. Paling tidak, ke KJ ya =)
Boneka Tak Sakit; jangan stress sangat tau.hidup ini bukan hanya untuk dikecewakan, insya'Allah ada 'Hawa' untuk kamu. Tapi jangan terlalu mencari, takut uji dari Allah itu berpanjang lagi. Berdoa dan redho. Rock-rock pun kena puasa kan =)
Hena; sabar itu buat kita kuat kan? dalam hidup kena terus tekun tau. wish you all the best then :)
alvin takda umah harga 8juta @ jack alvin; kamu ada kawan-kawan di samping kamu yang boleh buatkan kamu lebih kuat dari yang kamu fikirkan. so, dont gave up. life is better than that nightmare rite?
Cikgu Adeqq: Jangan kalut dengan fikir yang musibah itu sakit; sedangkan hikmahnya lebih indah dan melewati fikir kita kan Adeqq. Lagi 1, sampai shahalam nanti, belanja aku ya =)
Berd; untuk si jordanian ini, aku tahu kamu bijak orangnya. kuat jiwa ya kawan. Dunia ini memang keji pada pandang kita, jadi kita lah yang pilih hujungnya kan? Be a strong gentlemen tau.
Plain Jane: muslimah itu hidupnya bukan terkongkong kan, tapi bebas dan indah dalam batasan-Nya kan Jane. Ah, aku sendiri bercinta dengan muslimah indah la Jane :)
beautiful rose; kamu jangan kalut sangat dengan hal sakit perit berkawan; itu baru permulaan.cumanya hargai siapa yang kamu ada dan pasti itu makna hargai Yang Maha Esa juga kan :) dan life is not about desperate to be pair off rite? it is more than that!
Yusuf Mujahidin: ahlan wasahlan sahabat. Aku doakan kamu lebih sihat dengan imankamu dari hari2yang terlepas. Insya'Allah, aku doakan Firdausi untuk kamu dan pejuang di jalan-Nya. Ameen. Jaga diri ya. Dan tolong tengok2kan lumut sama ya sahabat ;)
Hellioz & pisau belati -kamu memang pemikir yang baik kawan. harap kamu teruskan dengan pandangan kamu. be a strong guy in real life too dude!
Jard the Great -kamu tolong tengok2kan Boneka sama ya. He need support most of the time; and friend is the best support tau!
eiffel -gadis itu wanita dan wanita itu ada maruahnya kan,
Shakinah shax; wei, belajar betul2. ko kan power. jangan nak mengulat jer.
aly -belajar rajin2ya dik,
KASIH HUMAIRA -ah pesan kamu dan kongsi ilmu kamu bermakna untuk aku tau! Apapun, bertudung itu perlu ikut syarak tau. Berfurdah tuh dah kira extra la. Alhamdulillah.
nasikputeh -berkongsi hidup ini banyak duganya,sabar itu perlu ya =),
fndrocka -blog kamu dan penulisan kamu memang menarik. dan terima kasih untuk hiburan itu. teruskan dengan konsert huruf2kamu ya Afendi =)
f.a.r.a.h -ah jangan fikir sangat nak jadi kurus, sebab berisi itu bukan semestinya tak indah. cute apa?
CikChelsea dan R.S.A.L -ah, kita ada saja formal dan informal yang boleh kita ketemukan?
Sir Marcello -ah maaf, lepas kamu ke wordpress,aku dah makin jarang jengah. elok2balik sabah nanti tau. hati2.
Kerak Nasi -11Nov tu tetap jadi janji aku. nanti aku usahakan untuk sampaikan 'nya' pada kamu ya
cik GULA-gULA -dan ketemu pusara itu, maka jangan lupa basahkan bibir dengan doa dan alFatihah ya CikGG.
MANATRAHDAZZLE, ♠☠♠ayudeadwish♠☠♠, CinTa Lea IxoRa, e. indah, cik CumeY, i_am_the_KING, Adila Ady, iyllienaz, YaNNa'87, faiq, CHEGU ALONG, hamihemo, cikmemy, rhapsody LiN, hans, syafi, huda rahman, sengal ke aku?, MiezavsRozy, b.r.u.t.a.l.s.o.l.o, baincardin, Bungakopi, kodok hijau the ghost writer, Pelatt dan sekalian yang lain yang pernah menjengah sini dan memfollow blog ini, aku ucapkan bergelen-gelen terima kasih. tanpa kalian, aku ini tidak ada siapa-siapa kan =)
37 comments:
Untuk apa-apa; drop me at kalersilber@gmail.com ya.
Aku janji, selagi aku mampu menulis dan menjawab, setiap email aku balas. Insya'Allah.
dan.
matinya brand AJ Nismihan dalam blog ini tidak mematikan hajat aku untuk terus menerusi blog kalian ya.
expect me to visit and drop some comments; but it maybe come with a short numbers.
BUT, we still friend rite?
Salam
thx dude for the advise,really appreciate it
selamat hari raya juga
keep in touch :)
Aslmualaikum
terima kasih AJ ats doanya.
ats kebaikan kamu amik berat setiap dr shbt2 kamu
ats segalanya2
terima kasih
moga Allah bls dgn kebaikan
walaupn berat nk lepaskan kamu. tp aku hormati.
jaga diri, keluarga, iman dan hati ya shbt.
moga kamu berbahagia bertemu Pencipta satu hari nanti yg bakal tiba
p/s: aku sedih dan aku doakn moga kamu tenang di mana pn kamu berada di bumi Allah ni
:)
you arent serious kan???
NO NO NO..AJ,ko merajuk aq x komen most of your latest entries ke..sorry sorry..jgnlah smpai membawa diri begini..
tp aq x paksa lah=(
salam...
sy hnya sempat komen bbrp entry shj..xpuas rasanya membaca setiap pth kata2 AJ yg mendalam...membuatkn sy ingin berpikir lbh jauh...
apa-apa pown, terima kasih byk-byk...andai penamat sebuah blog ini yg tuan inginkan..
sy juga ingin memohon maaf andai ada kata-kata yg menyakitkan...
salam...
Mat Jun
ah, anggap saja kamu terbaca satu risalah cebisan apa-apa di tepi jalan dan kamu teruja.
Kan hidup ini perlu indah-indah. Yang sakit itu sendiri perlu indah-indah dalam pengakhirannya.
Udah, jangan kalut sangat.
Belajar elok2ya Mat Jun
Yusuf.
Sama-sama.
dan semoga Allah balas kebaikan kamu juga :)
anum
you read with a wrong intonasi la anum.
maksud "sibuk dunia yang buat leka hujung nyawa ya Anum. " adalah "sibuk dengan hal-hal duni kamu sekarang hingga kamu mengah dan terlepas itu ini dalam mengejar hal-hal selepas dunia"
apa hak aku nak marah adik-adik aku yang sibuk menunaikan tanggungjawab kan?
Insya'Allah ada kesempatan aku pergi TOINK! TOINK! ya anum.
=)
eiffel
kamu tak da salah dengan aku. ah ambik saja apa yang baik dari blog ni eiffel. yang buruk buat pengajaran.
yang indah itu hujungnya tetap milik DIA kan?
jadi, syukurlah pada setiap keindahan yang sempat kita jenguk.
Insya'Allah.
Kamu jaga diri sama ya eiffel
sudah tidak ada lagi?
maka aku sudah tentu akan merindui segala yang tertulis disini.kata2 kau betul2 terkesan kat hati.kau ibarat pengganti "abang" aku yang sudah hilang itu.harapnya kau boleh kekal sebagai "abang" aku.tapi,kau juga pergi.
lepas ni siapalah yang akan beri kata2 semangat pada aku lagi?
harap kau sejahtera dengan kehidupan yang kau miliki...aku sentiasa mendoakan kau di sini.
salam AJ...
terkedu..
sebak..
tak nak ckp pape...
saya hormati keputusan kamu..
sy x nak ckp pape..
tp saya mahu doakan kamu..
saya doakan Allah meredhai perjalanan kamu sekeluarga...
thanks for everythnig AJ...
saya rasa sedih.
hmmm
ohh bro. nak pergi mana? what a great advise i have listened from you. good to have you around in this blog world. at least ade orang nak ingat kan satu sama lain macam u la bro. :)
kau nak pegi mana? kau nak pegi mana? manaaa? naa~~ naa~~ (gema)
okay serius.
pesanan kau pada Hanis mengusik jiwa aku.
pesanan kau pada aku lagi menyentuh kalbu. its kinda overrated there, aku tak rasa diri sendiri ada asas yang baik pun :'(
anyway jangan diam lama sangat.
boring takde geng begaduh :P
pasal anonymous tu takpe je, kau tak letak nama pun aku tau tu memang kau. dah cam sangat lenggok bahasa kau.
keep on visiting.
really appreciate it.
take care AJ.
take a real good care of your wife baby Sufia too.
:)
AJ Nismihan,
Ok bro. Kita pasti ketemui lagi di lain-lain siri dan situasi selagi hayat di kandung badan, InsyaAllah.
Andai ada di minda kamu untuk terus menulis, aku dengan lapang dada mengalu-alukan. Kerana KITA memerlukan orang macam kamu.
Apa-apa pun, tidak perlu di ungkapkan terlalu panjang kata aku disini, kerana kita pasti bertemu lagik di alam realiti.
All the best dude~
wa rasa nak maki pun ada..
dlm diam wa jatuh cinta kat sini..tetiba abis camtu je..
hehe..
apapun..
thanks atas segala coretan di maya..
wa doakan lu yg terbaik..
amin..
i'm gonna miss your writing. setiap ayat yang menyentuh hati dan perasaan tentang kealpaan, kelalaikan dan kelekaan kita sebagai manusia.
sedih. yup. i'am. ini utk diri sendiri. tapi.. utk kamu, aku tetap menyokong apa yang kamu nk buat AJ.
kamu memilih yang terbaik utk diri kamu. Maka, aku sebagai kawan mendoakan yang terbaik utk kamu.
terima kasih atas segala ingatan yang pernah di berikan. persahabatan ini takkan putus di sini sahaja yang pastinya :)
selamat hari raya AJ, maaf zahir batin, maaf sekiranya ada yang membuatkan kamu tersentuh hati. kirim salam buat sufia kamu yang comel :)
siapa nak baca hasil karya AJ..boleh kesini...=)
http://saya-tak-rasa-emosi-saya-stabil.blogspot.com
sudah dibuka kembali...
rose
Thanks for the entri. Insya'Allah, i will find time to visit yours. Be strong ya :)
SyafiqAH
Appreciate those who appreciate your existance;and never cry for those not deserved your tears.You have a great friends around; never let them down, as they will never let yours.
care to invite this stalker to 'Apakenapa'?
Jaga diri and Behave sis!
f.a.r.a.h
kembali pada fitrah manusia dan mencari aku yang sebenarnya aku. tapi aku masih bisa menghantui blog2kalian kan?
yang mana baik, kamu panjang2kan ya farah. all the best final sem ni :)
Una
Urs are among my favourite, thus i may revisit; perhaps. Tapi pesan aku jujur. Komen aku pun jujur.
Yang aku cuma mahu, jadi solehah pada suami dan si mithali pada puteri putra mu. That is shortcut to see The Amighty; Insya'Allah.
R.S.A.L
your proposal will be forwarded tomorrow. Wish me best ya :)
jackAlvin
kalau perlu; makilah. aku kan marhaen yang tak lebih tinggi rendah dari yang lain.
kamu pun sama.
jadi, aku doakan Alvin cekal hati dan hidup dengan jiwa sendiri. Persetan dengan keji maki orang. Hidup kita mengadap Tuhan, bukan complacent others. Be in the right way, then Allah will always there.
Kamu jaga diri tau.
Nanti aku jengah wilayahcokelat kamu lagi, nak tengok kamu bahagia; boleh!
miss Hena
bagi aku, kamu tiada salah Hena. Thanks for being a great supporter here too.
Jangan sedih kerana aku; sebaliknya yang baik dari aku kamu panjangkan. dan amal kan. boleh hena?
insya'Allah, kalau ada rezeki jodohnya, Allah temukan kamu dengan yang terbaik lagi.
fiQa
thanks for the 2nd life of my precious BODOLOG's. terus la menulis di sana. Mana tau, esok lusa, aku yang tercongok tengok kamu berpuisi di kaki lima CM itu kan?
gua tahu lu hebat
harap kita dapat berjumpa dan berkepit selalu
ekekeke
thanzzz
:)
apa cer ni..gua bru 1st time dtg cni ...
aku lambat ke sini lu mesti dah tak duduk depan laptop lagi kan?..tak tau bile lah lu nak bace komen yg wa drop ni..yeah, one fine day dude..its good to have a reference as u are..
Salam.
Maaf. Saya terlambat ke mari. Tuntutan duniawi. Hurm. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih untuk kata-kata yang mengusik jiwa.
Hidup bukan selalunya indah. Adakala kita akan jatuh dengan keperitan dunia, seringkali kita tak sedar, keperitan tu sebenarnya yang mendatangkan bahagia.
Ah, kamu seringkali buat aku hilang bicara dengan kata-kata kamu. Menusuk. Penuh makna.
Kalau ada masa, jenguklah rumah aku. Aku sentiasa menantikan kata-kata dari keyboard kamu.
Buat kamu walau dimana kamu berada, jaga diri, jaga keluarga. Tolong ciumkan baby Sufia tu untuk aku ye. Terima kasih.
Take care. Wassalam. =)
MoFarid
Gua dah riak la farid. tu yang malas nak menulis. gua dah tak sebebas dulu. dah tak jadi gua yang dulu.jadi gua nak cari jalan balik kepada fitrah manusia dan mula balik dari scracth.
jadi, gua bukan hebat. gua sampah gak last-last.
lu jaga diri tau.nakal2boleh,tapi jangan jadi jahat sudah.
bitchy
=)
ian
aku ada la ian.dan setiap komen aku akan balas, sehingga la aku malas/abis.
insya'Allah aku nak turun KL dah Free nanti aku cari hang.so starbuck mana hang?mana tau nak buat suprise visit ka.
Adeqq
hang tak salah apa dengan aku Adeqq.tak da hak nak marah.
dah-dah, hidup kena happy tau. Stress pun jangan sampai buang dunia pulak.
Keep moving forward; with proud tau!
ah, sufia dengan mama dia sekali aku ciumkan, boleh?
aku hilang seorang lagi kawan yang bernilai ke? hurm..sekarang tak ceria ok..kena pergi tenangkan diri japs.. ko ni...hurm.. ok fine.you got ur own reason to leave us.
papehal aku akan doakan kesihatan ko, mama sufia dan sufia. kejayaan ko dan kebahagiaan ko..terima kasih weh, walau sekejap kite kenal, agaknye ko mmg meninggalkan kesan mendalam yg positif terhadap ramai kawan2 blogger kat sini..
tapi....aku cam...hurm.takpelah...aku cume geram je..aku dah la tengah busy2 nak final ni, dapat berita sedih lak dari ko..ish..ramai yang sayang blog aj nismihan ni beb.
takpelah, sedih2 lak aku..haha..ok2 keep moving forward ah..dan sorry kalau ade ape2 yg buat ko terguris ke pe..ok. chow, salam !
aj?? loorrr ...
yaaaaaaa, tetiba rasa kehilangan.
aku nak komen apa ni?? hahahaha
x terkata. sedih arr ~
thanks aj tuk nasihat2 yg sblum ni
and tuk yg atas tu. haissh sebak owh.
kem salam permaisuri lu n sufia.
and baby yg setrunya. ehkekeke
>>___<<
p/s: bukan mudah melawan nafsu
tp kita ada pilihan. begitu kan?
baik. aku pegang kuat2. sahabat
amos aku itu, asasnya ... Insyaallah sudah kukuh.
kesalnya, dulu aku x pnh pulak
tunjuk teladan yg begitu baik.
haha demmm siot.
pe pun slmat hari raya AJ.
MAAF ZAHIR BATIN.
((ULANG. SEDIH ARR ...))
Selalu membaca tanpa meninggalkan jejak.
Salam buat kamu.
Walau dimana pun kamu berada, hanya mahu kamu tahu yang doa bakal sentiasa dititipkan buat kesejahteraan kamu~
AJ,
sy memang ada sebar2 kan kata2 nasihat AJ di blog pada kwn2 melalui email..
(ada kredit utk AJ juga)
rasa sedih plak bila AJ dah tak menulis di blog..
kata2 AJ penuh makna..
kenapa setiap kali saya nak lepak kat blog yang best, mesti tuan punya tak nak menulis kat blog dia lagi? oh! harap kamu kembali lagi suatu hari nanti.. macam Sekamar Rindu jugak...=) saya akan baca tulisan kamu ni....
Salam saudara.....
ah,kau benar-benar mengejutkan semua para blogger yang cintakan karya fikiran kau.kau membelai mereka dengan ayat-ayat cinta sunnah kemudiannya kau hilang...misteri
masih terlalu baru aku mula bertapak disini.tidak sempat mengenali siapakah kau di sebalik misteri ini.setiap bait ayat yang terlakar disini benar-benar memberi kesan yang mendalam di hati-hati yang membaca.sehinggakan mereka-mereka sudah jatuh sayang kepada kau.
tidak seperti aku hanya penulis pinggiran yang hanya mampu memerhati setiap gerak tari kehidupan si gadis di sudut sebelah sana.aku hanya penulis yang syok sendiri dan hidup dalam dunia ciptaan sendiri di satu sudut yang lainnya.
sayang sekali karyawan sehebat kau hilang secara tiba-tiba.harapnya satu masa nanti dapat bersua duduk semeja sebagai sahabat.terima kasih juga atas ucapan di atas.tak sangka blogger pinggiran seperti aku dapat juga pesanan khas ini.
semoga kau sejahtera saja bersama mereka-mereka kecintaan kau.dan jangan di lupa juga yang di atas sana sentiasa di sisi kita-kita semua.
selamat hari lahir dan hari raya aj
(tgk, gua singgah lagi dan komen lagi!)
napa nama gua tak dak de
saya sudah terapung, brother. at least for now.
Je vais te manquer beaucoup. vous restera à jamais un grand frère pour moi.
saya sudah terapung, brother. at least for now.
Je vais te manquer beaucoup. vous restera à jamais un grand frère pour moi.
saya sudah terapung, brother. at least for now.
Je vais te manquer beaucoup. vous restera à jamais un grand frère pour moi.
dude,
still, we got nasi lemak hakim lama to eat what?
hang in there,
because i will, n shit i still.
hepi hari raya n god bless!!
=)
Neon
tak ada yang aku terguris dengan kamu Neon.malah aku berterima kasih untuk doa kamu bagi aku dan keluarga.
Maaf la kalau aku menyesakkan hidup kamu, tapi mungkin ini yang terbaik buat masa ini.
Ah, aku akan slalu singgah laman kamu jugak.
Masih akan tinggal sekerat dua komen bila perlu.
Yang aku mahu pasti, kamu terus bahagia.
Ah, ujian itu kan akan tetap datang, cuma jangan terus kalah lah!
Be strong ya Cikgu Nurul.
Mana tau, esok-esok kamu jadi cikgu si Sufia kan?
I am sorry for the lost of your beloved student. Al-Fatehah for him.
Frodo Baggins
=)
Kamu sendiri blogger yang aku kagumi Frodo. So, always be yourself, no matter what.
Insya'Allah, aku jejak jugak laman kamu nanti. Dan jadi mukmin yang hebat ya! Jangan esok lusa kita pulak yang tertinggal berbanding Amos. Malu tu =)
Insya'Allah, ada kesempatan kita bertemu nanti.
Salam Hujung Ramadhan ya Sahabat =)
Lord Zara
Thanks kerana menjejak sini ya. Cikgu Zara ini sendiri blogger yang banyak peminatnya kan; pasti saja aku bangga kalian datang.
Dan terima kasih untuk doa kamu ya.
Alhamdulillah.
Selamat Menghargai Nikmat Yang Maha Esa ya Zara. Salam
aLy
Terima kasih untuk yang kamu panjang-panjang kan. Kurang-kurang, aku boleh bertumpang pahala dari-Nya sedikit kan; kalau ada yang baik.
Dan andai tak di credit-kan pun aku tak kisah; itu semua 'billah'. Ameen
Jangan sedih2ya. Exam nanti buat yang terbaik.
Dan untuk Sufia, bukan saja cubit, tapi menjaganya juga aku akan buat; sehabis baik. Insya'Allah
Amni
mungkin maknanya aku ini sendir belum cukup bagus untuk kekal sini.
Untuk blog yang aku ikuti, kamu boleh selusuri bloglist yang ada di laman aku ini ya =)
dan Insya'Allah, kalau sampai seru, 'mungkin' aku menulis semula kan?
Terima kasih untuk menjengah dan membaca ya Amni =)
Pisau Belati
biarlah tulisan aku yang jadi ikutan dan bacaan kalian.Aku lahiriahnya banyak cacat dan cela.Dan semua yang disini adalah sahabat maya aku juga; dan sebagai sahabat, pasti aku sayang mereka juga.
dan seperti kamu, aku mula dengan dunia aku sendiri; dan menulis untuk kepuasan hati sendiri.
Biarlah orang sayang kita sebagaimana kita, dan bukan boneka yang kita sendiri bertanya 'ah, siapa aku?', kan sedih kalau begitu?
Terima kasih untuk doa kamu.
Semoga kamu sendiri terus menulis dengan hati ya; pasti kamu sampai ke hajat kamu.
Aku sendiri belum tahu, mungkin aku menulis lagi.
Tapi buat masa ini, aku mahu berjauhan dari dunia ini; sebentar.
moFarid
Terima kasih. Sebagai seorang Leo, aku ini benar sudah tua kan :)
salam hujung Ramadhan ya Farid. yang hujung-hujung itu sedapnya lebih tau.
Dan terima kasih amat-amat kerana menjengah lagi di sini; dan mengomen =)
ah, kita kan kawan!
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
ah, nama kamu ada la kawan. ada senarai bawah. mungkin kamu terlepas pandang. Sedaya upaya, aku titipkan nama sekalian yang aku sedar hadir ke sini.
Maaf, aku tak menulis panjang untuk kamu, kerana aku belum kenal tulisan kamu dan blog kamu.
Maaf untuk itu.
Tapi sebagai manusia, kita bersaudara kan kawan =)
Larasephia
walau halus tubuhmu, aku tahu apung itu pasti lebih lama; andai kamu simpan hayat untuk hati yang cekal dan redho jiwa.
manquera toujours mon partenaire classe de français aussi!
prendre sœur de soins. vous savez que vous pouvez le faire, non?
i'msosupernotcool
will always be; if got that opportunity.
will drop to your email if shahalam come to my travel list.
Nasik Lemak Hakim lama on me ya =)
Salam Barakah Ramadhan to you.
Enjoy the Syawal too, but never go overboard. Of course you know that too!
Anonymous
I know who are you!
Trust me, i know you.
Get well soon.
Take care ya.
Salam
Wa baca satu-satu apa yang lu sampaikan tu. untuk orang lain pun. memang rasa kehilangan.
Serius lu punya komen terbaek. walaupon panjang wa baca sampai habis. bukan setakat dekat post wa tapi kat blog2 lain pon.
Apa-apa pun wa harap lu bahagia dunia akhirat dengan anak isteri.
Wa tahu lu dah tak baca wa komen ni. sebab wa lambat sangat. tapi pasal post ni serius wa terharu.
Selamat Aj.
Berd.
Aku baca. Sama blog2rutin, aku tetap akan cuba singgah dan baca yang mana mampu.
Dunia ini kan jalannya berkongsi.Jadi, bila aku cuba kongsikan yang terbaik dari aku untuk kalian, paling tidak; esok lusa ada orang lain yang kongsikan baik mereka pada anak cucu aku. That is enough for me.
I have no money to share with, thus i just share my word. Anyway, that is free rite?
and gain something from 'free' is awesome too! and gain friend? that is greater than great!
Kamu pun baik-baik bahagia ya Berd :)
Post a Comment