Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Saturday, 24 September 2011

^ Hantaran


Rendah tinggi iman bukan disukat dengan redup pandang pada hantaran yang disusun kemas berhias, serta naskah Al-Quran yang berhias cermat - tetapi pada 'kemas' mana jiwa yang menghantar sekalian dulang hantaran itu.

Apakah setinggi duduk simpuh sahajakan darjat tinggi kitab suci itu di mata kita? Atau, nilainya hanya serendah susunnya dulang-dulang lain, yang manalah tahu, bisa dilangkah dilanggar dek insan-insan naif yang balighnya belum sampai (mahupun yang dewasa usia juga barangkali, tanpa sedar).

Andai yang merendahkan yang tinggi itu kita, siapalah agaknya yang diharap nanti tinggikan kita yang sedia 'rendah' duduk ini nanti?

5 comments:

ch!natsu said...

thanks atas entry ini.. sesungguhnya ia membuatkan aku berfikir..

ghost writer said...

sangat mengingatkan..

tersedar tika ia sudah jadi satu standard utk kita.

AJ Hanif said...

ch!natsu
dan beruntunglah untuk kamu yang sentiasa berfikir.
sama-sama.
berpesan itu tanggungjawab kita, dan tentu saja aku tidak mahu jadi yang rugi.
kamu juga begitu kan?

ghost writer
manusia suka menghalalkan yang biasa, walau yang benarnya kita harus biasakan yang halal.
auch.

yusuf mujahidin ™ said...

Asalamualaikum Ajuhanif

perlu untuk betulkan yang biasa dan biasakan yang betul

AJ Hanif said...

Yusuf
Waalaikum salam.

dan itulah yang aku cuba katakan.
ringkas kan.
tapi, praktiknya tidak seringkas itu.
dan tentu saja aku belum penuh amalinya.
untuk itu aku berpesan di sini, supaya nanti-nanti ada yang tak segan berpesan untuk aku pula.

*Senyum*