Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday, 4 October 2010

terpulang!

Tinggi mana pun mampu aku terbang sayup,
dan lembah mana pun aku kan terjatuh hempas nanti,
aku tetap manusia seperti kamu,
dan kamu juga manusia seperti aku.

Dan manusia itu,
Hidupnya ada jiwa,
Ada nadi yang menari dalam perit-perit rasa hati.
Ada semalam yang digelak tangis
Dan ada esok yang dikuat daya; mengejar pada destinasi dunia.

Salahkah kita menangis untuk semalam?
Ya,
Semalam yang tak boleh kita ubah walau bertasik-tasik empang mata kita bah.
Salah ka?

Meletakkan semalam untuk hancurkan esok; dengan berhenti bernadi untuk waktu ini, adalah salah kan?
Tapi, meletakkan semalam yang hancur itu untuk kita pijak jadi esok yang lebih nampak cahaya dari kelongsong hidup hari ini, mungkin lain jadinya kan?

Jadi, terpulang

* * *

Tafsir zalim itu pada istilahnya adalah meletakkan sesuatu itu bukan pada tempatnya.

8 comments:

eiffel said...

semalam itu pengalaman untuk kta mnjadi dewasa pd esoknya...

AJ Nismihan said...

itu kalau kita pandai carik-carik buang yang buruk, dan masak rebus isi pengajaran semalam untuk jadi kenyang buat pengembaran esok.

kalau kita asyik tapis buang ja semua, tak ker basah lenjun persalinan kita, dan kita tak bergerak-gerak jugak langkah?

Bungakopi said...

mengingati sejarah supaya tidak mengulangi kesilapan yg serupa..bukan utk menangisinya.huhu

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

tak salah kita menangis utk smlm..
tapi perlukah buang masa menangis utk smlm??

kalau menangis tu bole kembalikan masa smlm..wa nak nangis sampai muntah...

entri lu buat wa pesong niat jahat..niat jahat prasangka yg wa tatau asal arahnya..

AJ Nismihan said...

Bungakopi
that should be the way,
but
are we really practise that?

JackAlvin
skali skala boleh, tapi bukan slalu.
nangis tuh buat hati rungsi sejuk kejap.
macam instant pain killer.
boleh hilang sakit kejap, tapi penyakit tak hilang.
so, kalau ambik manyak-manyak painkiller, lu ler lebih instant killed!
wa pesongkan jahat luh?
pesong jauh2boleh? takut terkena orang sebelah/belakang lak kalau lu baling pelan-pelan!
hehe

beautiful_rose said...

semalam adalah sejarah dan esok cerita baru akan bermula.tapi adakalanya sejarah itu masih lagi di kenangan2 biarpun sudah lama berlalu...

norfaridahanum said...

kalau dikira-kira..aku inilah anak yang terlampau digenggam semalam...

AJ Nismihan said...

rose
dia akan terus hidup rose
cuma
mahu kita mati kerana kenangan busuk semalam
atau mahu kita buat yang lebih baik dan jadikan kenanagan busuk semalam tunjang semangat?
mahu kita tenggelam lemas dalam hangat manis kenangan semalam
atau mahu kita maju dan lebih manis dalam hari ini sambung manis semalam?

anum
ah.
asalkan kamu tidak mati dengannya kamu sudah cukup baik.
semua orang begitu
cuma
setiap itu ada batasnya kan?