Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Thursday, 21 October 2010

Sejauh-jauh pandang dilempar buang.

Masih belum sampai hujungnya.
 *berkerut dahi*
 “Ah, mampu kah?

Kaki mati berpaku di hujung dek.
Anak-anak kapal tunggu lahung perintah yang belum-belum sampai.

Pandang masih mati dihujung garisan lihat
Hati yang resah masih belum pernah reda
“Bagaimana nanti-nanti kalau aku lemas?”
“Dimana harus aku paut andai terjatuh tanpa kesan?”
*mendengus*
~berat~

Sekejap.
Ada similir bayu yang menampar pipi sang nakhoda
Dan berbisik dalam deru sapaannya

Setiap kita adalah nakhoda bagi perjalanan hidup kita. Karam atau tidak, kita yang memilih jalannya; dan Allah jadi penentu putus akhir. Yang lain? Hanya menjadi penasihat jiwa.

Kenapa gelora kita tak sama dengan yang lain?” bisik hati si nakhoda.

Sebab laut dan sauh kita berbeza, tapi hujung nanti tetap sama penilaian yang kita terima, bukan?

*senyum* tapi masih kelat

Mengeluh semula
~sigh~
~b e r a t~

17 comments:

Seroja Jingga said...

JALAN kita masih jauh AJ.
bukan mudah untuk jadi nakhoda..bukan mudah mengemudi kan layar..walau dada penuh ilmu..belum tentu kita tak karam..

bak kata kamu dulu..susah itu kan sendiri adalah hidup..sujud pada dia dan tawakal itu jgn pernah lupa kan sahabat,

ah.
biarkan

pisau belati said...

mahu mengemudikan sebuah kapal itu bukan kerja mudah.seorang nakhoda diamanahkan untuk menentukan hala tuju pelayaran.sampai atau tidak itu yang menjadi taruhan.

tapi seorang nakhoda yang HEBAT tetap harus tunduk pada ketentuan.doa itu adalah bekalan.

AJ Nismihan said...

seroJa
mudah atau tidak, jalannya kena terus ada kan?
kapal hidup kita kena terus dimudik mara bukan?
Jadi,bersiaga segenap yang mampu, dan pohon pada-Nya supaya karam bukan penghujung kisah hidup ini.
ya, susah itu sendiri adalah hidup; supaya kita tak lupa yang kita hanya hamba, bukan?
ah.
kamu jangan biarkan saja.
kamu angkat layar dah berlabuh dengan hati.
kamu bisa lalu itu semua sis!

pisauBelati
mahu atau tidak; kita sendiri terpilih menjadi nakhoda hidup kita sendiri.
nakhoda jalan cerita kita sendiri.
maka, mahu atau tidak, jadilah yang hebat.
sebab, hujungnya ada penilaian yang kita tidak mampu meniru dan menipu pada Maha Esa.
ah,
doa saja bekal kita kan belati!
*senyum*
terima kasih untuk pesan kamu sahabat!

AyuZ DeathWisH said...

sgt~
hurmmmm~
tu la asik baca comic je~
bahasa camni pon aku tak bape paham
nyiiaa~!!

AJ Nismihan said...

ayu
kot, aku yang jarang baca kamus dewan dan dewan eja, tu sebab aku tulis macam nih
ah
apapun, selamat berblogging semula =)

Adeqq said...

Salam.

Mencari ruang untuk mencelah. Maaflah sedikit sibuk. Esok jaga exam lagi. Urm.

Ya, kita semua nakhoda. Jalan sudah ditentukan. Hanya kita yang tentukan bagaimana hendak kemudikannya. Akhirnya pasti ke tempat yang sama. Yang pasti, saat kita kemudi, banyak rintangan yang perlu kita tempuhi. Berjumpa dengan pelbagai ombak dan badai yang barangkali hampir melumpuhkan semangat.

Namun, perjalanan harus diteruskan. Takkan mahu mengalah sebelum tiba garisan penamat kan?

Tak usah mengeluh. Berat itu kan sama dipikul. Lagi dalam mengeluh, lagi mudah karam di lautan dunia ni.

^___^

abgreds said...

salam aj..

kamu sudah ada kapal
juga layar dan sauh

ada nakhoda tanpa kapal
cuma bayu laut dan camar

gentarnya mahu ke laut
kerna di darat sudah karam
dibadai ombak nafsu
dan taufan dungu

pandanglah sejauh kaki langit
tidak kan sampai ke leher
kamu sendiri

iya kan, nakhoda aj?

norfaridahanum said...

jangan mengeluh...

alhena said...

gelora kita takkan sama sebab kita semua berbeza kelebihan dan kekuatan. setiap kekurangan diri adalah kekuatan yang tak ada kat diri orang lain kan? :)

AJ Nismihan said...

Adeqq
ah,dunia ni takkan pernah berhenti berehat kan Adeqq? =)
Aku setuju dengan kamu. Jalan, mahu tidak, pasti ditempuh kita. Berat tidak, perlu dirempuh jua.
ah, mengeluh.
anggap saja yang mengeluh itu sekadar membuang lenguh dan keluh kesah hati sebentar, sebelum senyum dalam hati.
ya. sama kita pikul supaya karam itu bukan kenyataan kan Adeqq
^___^

Abgreds
kan layar dan duga jalan kita berbeda-beda.karam itu takkan tenggelem penuh, selagi kita ada sedikit baki nafas yang mahu dibuang hembut sebelum yang terakhir tiba.
ah.
sesekali, aku mahu rasa yang jatuh dan sakit itu ke dalam qalbu aku dalam-dalam.
moga nanti, aku lebih menghargai masam manis hari ini.
dan
aku lebih hargai jalur-jalur cahaya yang menusuk dari hujung kaki langit sana kan!
terima kasih =)

AJ Nismihan said...

Young Doc Anum
sesekali; aku menjadi manusia yang penuh dengan kemanusiaan aku sendiri.
dan mengeluh itu bukan tanda benci aku dengan aku hari ini, tapi tanda aku ini sesekali terasa lenguh itu, terasa keluh kesah itu.
ah
aku senyum saja ini; ya senyum =)

Hena
setuju.
lebih dan kuat itu tuningnya ikut frequensi kita-kita sendiri.
maka, ada berlapit-lapit dan berbalam-balam dengan yang lain kan?
ah
kamu sendiri kuat dan lebih dari yang lain dari sudut yang cerah itu kan Hena?
=)

Frodo Baggins said...

karam di laut nampak ...
karam di hati?
"wahai jiwa yg tenang ..."
dgr saja ini, hati sedikit terpujuk


>>___<<

AJ Nismihan said...

Frodo
bukan.
karam di jeti lagi.
bersiap siaga dengan keluh dan resah; sebelum perjalan itu berkisah sendiri.
ah.
kadang-kadang.
manusia ini tetap manusia, bukan?

"wahai jiwa yang tenang..."
ya.
dengar saja ini, hati sedikit terpujuk.

terima kasih frodo.
ah kamu, kemana semua entri kamu?
blog kamu dah seperti merusuh dan menghalau kelaur semua intisari dirinya?
ada kisah?
kongsi sama; boleh?

o____*

miss nina said...

AJ:
saya suka bait terakhir tulisan kamu: "sebab laut dan sauh kita berbeza, tapi hujung nanti tetap sama penilaian yang kita terima, bukan?”

~salam singgah

AJ Nismihan said...

miss nina
Ah, alhamdulillah.
sekurangnya, ada sepatah dua dalam jutaan itu yang kamu bisa pandang dan tersenyum.
moga, kalau ada yang baik itu, kamu simpan buat pegang kamu dalam hidup ya kawan.

terima kasih banyak singgah di ruang yang sunyi ini ya kawan. :)

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

semua cukup
nakhoda, kapal, sauh, gelora, laut,...

tp aku perlukan sedikit bekalan untuk kecemasan kl nakhoda xmmpu mengemudi kapal, kapal xmampu menahan gelora, takut karam sblm smpai ke punghujung dan perlu menumpang kapal yg lain


layan lagu karam - zabarjad

AJ Nismihan said...

xtionkamen
bila karam,
tak kira lah zabarjad atau SingWalia,
tak siapapun yang mampu diam tenang.
gapai2tangan pohon di sambut dari lemas yang belum tahu hujung peritnya.
jadi.
biarlah bibir basah kuyup dengan lafaz nama indah-Nya
moga
kalau di jemput pun
kita tak la tergelincir dari pertimbangan ke Firdausi-Nya kan?