Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday, 8 October 2010

Sayang itu bagaimana?

Andai ini yang terbit cetak pada muka peperiksaan, pasti aku gagal.
Ya. Pasti aku gagal.
Mana mampu aku tampalkan senyum dan merah pipi ini untuk dinilai markah oleh pemeriksa.
Itu saja yang aku mampu buat, sebelum sepatah itu keluar dari bibir aku yang bergetar kaget.
“Entah”
*dan senyum*

Oh ok.
Semua dah balik.
Dan senyum aku masih seperti itu.

Kamu tahu, sayang itu wujudnya bukan ada jasad yang boleh kita dakap kemas dan merasa wujud dalam pandang. Wujudnya bukan ada jisim berat yang boleh dihitung timbang dan di peti simpankan

*pause*

*senyap*

Jadi?

Hal hati. Hati itu cukup berseni. Dan seni itu halus adanya. Maka, rasa sayang itu halus benar dirinya. Maka, kamu akan gagal kalau bertekad mencari. Mana tahu, dalam penat memilih, kamu terpipih tepi rasa sayang itu

Maka, apa harus aku buat? Tunggu? Membodoh bisu? Begitu

*bibir itu tersenyum semula*

Jadi kamu. Kamu yang sebenarnya kamu. Dan pada-Nya, kamu menyembah sembah. Insya’Allah, dalam kamu menyusun petak-petak hidup untuk kamu pijak mara, ada bayu yang bergemesik singgah dalam hati kamu

dan pasti itu kamu tidak nampak; Cuma akan berbekas dalam hati. Gemuruh jiwa menjadi teman, dan mula tenteram menjadi duga

lantas, dalam hilang sedar, kamu terima sayang. Kamu terpetik bunga kasih dan pipi kamu menjadi kebas dalam malu.

Ah, sayang begitu? Pening lah aku!

sampai masa kamu akan tahu

*senyum* dan berlalu membalik angin.

13 comments:

eiffel said...

begitu sukar mencari erti sayang...

... said...

ni lu berbual ngn sape dude?

AJ Nismihan said...

eiffel
mencari sayang itu lagi susah
mencari yang menghargai sayang itu lagi payah
lain-lah andai yang kita cari hanya bibir-bibir yang gemar membasah sayang di ucapan seperti iklan radio yang berulang-ulang; yang itu mudah.
dan cukup mudah-kecewa.

cleo
aku berbicara depan kaca yang kosong tidak berhias hujung lah sahabat.
ah.
hidup ini pemerhatiannya luas kan?
dan aku berbasa-basi dengan diri aku sendiri dalam kadang-kadang waktu yang lepa.
boleh begitu?

| Larasephia | said...

sampai masa aku pasti tahu.

kan?

Adeqq said...

Salam

Entry yang cukup dalam. Sampai aku harus alihkan pasir2 halus yang mula menimbus.

Ya, aku sayang dia. Masih. Namun bukan jodoh kami untuk kekal bersama. Aku hanya mampu doakan yang baik2 saja untuk dia. Sebagai tanda aku sayang dia. Boleh begitu?

Benda yang bermula dari hati sangat halus seninya. Macam yang kamu pernah kata, bicara hati yang halus harus ditangani secara halus juga.

Maka, kalau sudah dapat yang benar-benar pasti milik kita, cepat2 peluk dakap kemas. Ah, tak sabar menanti waktu itu. Semoga Allah temukan aku dengan seseorang yang benar untuk aku.

Ah, terbuat entry baru di sini.
Maaf AJ. =)

Seroja Jingga said...

soal hati sangat susah untuk dimengerti..betul kata kamu..soal hati ini sangat halus dan seni..

kamu tidak boleh rasa aku..dan aku tidak boleh rasa kamu walau kita saling berkata "ye aku faham ape kamu rasa"

tidak sama sekali...

mencari sayang bukan sesenang memilih ikan dipasar AJ..sukar..dan kadang2 lemas

this is rilly good sahabat
looking forward from u more and more and more

uh ye..terima kasih email aku hari tu!

:)

senyum ni untuk kamu juga

¶A.K.I¶ said...

hmmm... ermmm...

pisau belati said...

sayang itu dalam maksudnya.bukan mudah untuk di terjemah dalam bahasa kata-kata.sejentik perasaan itu sudah cukup untuk membuahkan sesuatu yang tersirat di atas yang tersurat.

AJ Nismihan said...

Lara
Yes. HE will let you know.
But
Beware with false alarm. Sometimes, we just too sensitive with these alarm.
Isn't rite?

Adeqq
Buatlah 10 entri pun Adeqq. Tak apa.
Aku suka perkongsiaan kalian semua.
Mendoakan yang terbaik untuk sekalian yang kita sayang adalah terbaik yang kita mampu.
Paling tidak,esok2Allah buka hati lain yang doakan kita kan Adeqq?
Dan pasti Allah akan titipkan seseorang yang benar-benar untuk kamu, dan peluk dakap kemaslah bila waktunya ya.
Insya'Allah.
Semuanya ada masa dan ketika terbaik untuk tiba kan?

seroJa
sedang kita sendiri gagal dalam faham penuh apa yang kita rasa;masakan ada yang lain yg lebih tahu kan?
dan pegang bahawa; yang terbaik itu mendapatkannya pasti ada ranjau dan duri. tapi, yang pasti, setiap perit itu berbaloi sakitnya. Turst me that!
dan
asalkan kamu bahagia dan aman, aku cukup senang seroJa.
Ameen

¶A.K.I¶
=)

aLy
seperti aku katakan pada Lara
"Beware with false alarm. Sometimes, we just too sensitive with these alarm.
Isn't rite?"
Jadi?
Hehe

pisau belati
kerna ianya cukup halus, tak ada bahasa yang mampu kandung penuh pengertian dan nilainya.
hanya, bila ada hati yang terusik sentuh, baru kita sedar; yang gemuruh hati itu takkan mampu tertahan.
dan
pasti yang tersirat itu menjadikan yang tersurat itu ada sebab kewujudan.
setuju begitu sahabat?

alhena said...

sayang?
aku pun adakalanya tertanya macam mana yang di katakan sayang.bagaimana nak menerbitkan rasa sayang, nak mencari rasa sayang dan mengekalkannya pada mereka yang sepatutnya.

insyaAllah, satu hari pasti aku ketemu "sayang" aku. Aku doakan kamu terus berada dalam kasih sayangNya :)

AJ Nismihan said...

hena
bertanyalah seribu tahun pun
kalau belum bertemu buku dan ruas, kita takkan pernah tahu Hena.
dan
yang menentu jumpa tidak itu pun bukan kita kan?
Insya'Allah, ada rezeki kamu.
Allah itu Maha Mengatur hendaknya.
Ameen

Auszack said...

kegagalan sayang itu bermula dari rasa sayang itu sendiri. paksa, sendiri rasa. sayang gagal dalam sayang yang berlebih pada bukan yang patut disayangkan.

AJ Nismihan said...

Auszack
gagal itu buat kita belajar erti dan nilai sayang itu sendiri bukan?
gagal lah seberapa yang kita mampu,asalkan ada baik yang kita kutip buat esok yang lebih baik, itu sudah cukup lebih dari baik.

dan hidup ini pasti duganya tak pernah sudah.
maka, belajarlah menyimpan senyum dalam perit dan berdiri terus walau pun sakit.
susah itu sendiri kan hidup.
*senyum*