Sambil lampu suluh kecil dibimbit tangan; dibiarkan tidak berfungsi.
Berjalan dalam malap malam dengan teman jalur-jalur lampu jalan yang berbaki dari tiang yang tadi, sebelum tiba jalur dari tiang yang sana.
Ya, yang sana.
“Kamu tahu berapa tiang lampu sepanjang jalan kampung nih?”
“Biar berapa bilangannya pun, aku tak kisah. Janji ada lampu sudah”
*dalam gelap, tersenyum*
“Itulah kita kan. Tak pernah pun kita ambil tahu berapa tiang lampu yang kita ada. Bagaimana keadaan wujud dia. Asalkan sampai waktu berkehendak akan dia, dia menyala, sudah. Hal-hal lain terus jadi hal terbiar”
“Kita tak pernah nak menghargai wujud dia lebih dari menggunakannya dalam sedar atau tidak”
“Cubalah rosak sekali. Baru kita tau yang ‘ah, ada sebatang tiang tidak bernyala’. ‘oh, ada tiga-empat tiang lagi tidak menyala’. Baru sedar kan? Baru heboh bising bertempik dalam hati kan?”
“Apasal nih?”
“Seperti hal hidup. Sedang rutin kita terang terus seperti hari-hari lepas, kita tak pernah kagum dan mengirim sedikit terima dan kasih pada apa yang kita ada. Cuma, esok-esoknya bila hilang dan kusam padam, baru sedar yang ‘aku tak perasan pun dia hadir selama ini!’”
“Dan dia itu bukan semestinya manusia yang berselit kasih. Ia juga ada sebagai sahabat. Ada perpangkat rakan semata-mata. Ada yang bersusur galur sedarah daging. Ada yang wujud sebagai peluang dan ketika. Dan bagai-bagai”
“Ah. Lampu itu lampu sajalah. Dan aku itu aku lah. Peningkan kepala buat apa?!”
*tersenyum*
Dan biar saja yang berjasad melafas kata itu pergi menyisih ke kediaman yang sudah tiba. Dan keseorang kembali. Memandang jalan yang samar-samar itu semula.
Dan berjalan.
Tanpa teman yang berjasad jelas pada mata kasar aku.
26 comments:
bila sudah tiada baru kita tahu nak menghargai..tapi itulah kita AJ..
kita pulun hari2..kita perah hari2..kita guna hari2..kadang2..kita sumpah mereka hari2..tapi dlm tak sedar..mereka adalah yang sepatutnye kita hargai..
uh! seperti aku..
ini cukup menyedar kan aku
terima kasih AJ
seroJa
kenapa ya?
mungkin hati kita tak cukup halus untuk sedar sayang dan sentuhan hati mereka.
ah.
aku sendiri belum sempurna dengan itu.
tapi, aku belajar dari perit yang kelmarin, dan semalam.
moga,esok lusa, aku tak sepedih hari ini dalam sesalan.
untuk kamu, paling2tidak, ada detik yang sekejap ini untuk kita susun bunga-bunga hidup jadi pelangi menjemput jiwa yang lebih baik kan seroJa.
moga rahmat dan barakah dariNya bersusun atas jejak dengus nafas kamu ya sahabat.
Ameen
ye kamu betul..hati mungkin tidak peka..
seroJa
atau kamu pandang cermin belakang itu terlalu lama; sampai terlepas tengok bunga daisy halus di tepi sidewalk itu.
ah.
kadang-kadang kita terlalu berfikir tentang apa yang sudah pergi, sedangkan yang ada depan mata itu mungkin masa depan kita kan?
ah.
aku ni, memandai saja lah.
:)
AJ kamu tahu baca hati aku kan
seroJa
ah.
mana bisa.
aku sendiri berkaca mata untuk melihat baca hal yang terang di depan mata; inikan pulak menafsir jiwa kamu.
cumanya.
mungkin, ada seberkas kata atau sepatah nya yang berkesan untuk kamu.
dan itu sudah cukup memadai untuk aku gembira buat kamu tenang berkongsi sebagai sahabat dalam susah kamu kan seroJa?
=)
ah.
aku tersenyum lah.
aj..aku teringin nak chat dgn kamu .lini.mohnor@gmail.com
ingin ak gengam dan hargai minit minit itu setiap hari....
tapi akhirnya...
aku juga dilupakan dan dilepaskan..
apakah salah mengharapkan sedikit balas untuk meniup api bara dalam hati demi rasa suam tentang kasih sayang??
seroja
=)
¶A.K.I¶
sesekali, kita terlepas harap pada yang bukan miliknya.
balik pada DIA.
dan nanti-nanti, ada unjuran jiwa yang kamu akan rasa.
Mungkin hangat yang kamu rasa akan tiba-tiba memeluk susuk jiwa kamu kemas tanpa lepas; atau
ada aturan-Nya yang lebih kekamuan, dan semua yang terlipat kemas hari ini, sebagai panduan kamus kamu esok-esok.
ah.
Maha Mengetahui itu panjang aturan-Nya bukan?
hargai dalam diam
boleh?
aLy
asalkan, penghargaan itu ada, cukuplah.
itu kan tanda syukur?
begitu yang sering terjadi dalam sehari-hari.seringkali kita lupa pada sesuatu yang selalu ada bersama kita.dalam tidak sedar itu jugalah yang tetap setia berdampingan dengan kita.tapi kita langsung tidak pernah peduli akan dia di sisi.
hingga masa-masa kita jatuh terjelepuk dan kehilangan dia,barulah kita sedar betapa besarnya peranan dia pada kita.
bak kata kau..
sekali dpt..terus peluk erat2.
aj..
aku jumpa satu penawar sembelit dlm hati..
memaafkan kesalahan org lain...memaafkan segala dosa silam..
erggghhhh....
lega...
jom maghrib...
nombor baru? aish~..AJ, wa nak berundur dari beterbangan..tunggu sikit masa lagi..
pisauBelati
kalau sedar kita itu di ambil pengajarannya, paling tidak, kita masih ada yang berbaki dalam peluk rapat kita untuk kita ambik kisahkan.
dan
menjadi yang lebih baik dari kesilapan dulu.
itu saja sudah cukup bagus untuk buatkan satu kehilangan lampau bermakna besar untuk kita.
tapi
ye lah
asalkan kita menilainya dengan jiwa sudah.
jackAlvin
ah. memang begitu alvin.
cumanya.
ada masa dan ketika, nafsu diri yang berbagai mahu dan hendak itu menjadi kabur pada pandang, dan kita gagal kesan hati-hati halus yang menghargai kita dan kita masih berbasa-basi dengan kata "sial!tak ada jer orang nak dekat aku"
dan sidia...tersenyum kelat di sebelah rasa tak di pandang kita.
hua ha ha
penat doh!
jackAlvin 2
=)
ian
aku tak ada hal nak bantah apa yang terbaik untuk kamu ian.
cumanya, semoga kamu jumpa yang lebih indah dan membuat kamu lebih baik di luar sana.
jumpa atau tidak, asalkan tahu kamu bahagia sudah menggembirakan aku dan lain2sahabat kamu.
jadi.
kalaupun mahu hilang, tinggal satu dua corong radio yang boleh aku tinggalkan pesan bila aku mahu bertemu kamu.
ah, aku ada saja janji yang belum tertunai kan?
selebihnya, semoga yang terbaik dari Allah itu ada dengan kamu. dan kamu menghargainya sebelum ianya hilang.
boleh kawan?
sudah tdk mmpu berkata2
Salam.
Bila dia ada, kita sering tak sedar. Namun bila dia hilang, baru kita mula nak hargai. Kenapa bila saat dah tiada? Kadang2 kehadiran orang itu membuatkan kita rasa tak senang. Tapi, bila dia hilang, mula kita rasa sepi.
Ah benarlah kata org, bila ada tak diendah, bila tiada baru sibuk terngadah mencari cari. Kan?
Semoga aku ketemu teman yang hargai aku saat ada, dan alunkan irama syahdu saat aku pergi nanti. InsyaAllah~
jack Alvin 2
{mula ingat nak jawab dekat entri sembelit, rupanya dah delete ya. so ni jawapan penuh}
Alhamdulillah
paling tidak, lewat pun kamu jumpa kan kawan.
seboleh perasaan, biarlah kita memaafkan, dan terima yang terjadi sebagai ketentuan
itu lebih baik
dari susun benci dan sakit hati
kenapa?
sebab benci itu beban hidup
orang yang kita benda langsung tak berkesan apa
sedangkan
kita yang benci nih tambah kerut di dahi dan buang emosi ceria mood gembira buta-buta ja
berbaloi?
tak kan
so
maafkan seboleh mungkin
dan
move on
and be a better men from yesterday mistake
alhamdulillah
aku pun lega.
Maghrib?
Imam kan boleh?
green rose
=)
Adeqq
kenapa jadi demikian yer?
mudah.
kita terlalu mengharapkan sesuatu
hingga kita pejam pandang kita dari hargai apa yang kita ada
dan
aku doakan
kamu menemui terbaik untuk kamu sewaktu yang terbaik
ah
ada dah
cuma
momentnya belum sesuai mungkin
jadi
kamu bisa tunggu saja kan Adeqq
dan be a better yourself for the mean time
that should be the best!
trust me that =)
AJ,aku setuju dengan kamu. tapi.. dalam diam aku pun macam tu jugak. adakalanya tak reti nak menghargai yang hadir mewarnai hidup aku. bila dah takde baru tercari-cari. sedang masa terus berjalan, kita dah tk boleh berpatah ke belakang.
"never take someone for granted hold every person close to your heart cause you might wake up one day and realize that you've lost a diamond while you were too busy collecting stones"
Hena
ah, aku setuju saja dengan susun kata kamu itu.
ya.
dan ya juga untuk adanya kita yang kadang terlepas pandang sorang dan sorang lagi.
beginilah.
kita ini bukannya lengkap sempurna tanpa salah.
jadi.
selagi kita jadi yang terbaik mampu kita capai, bersyukurlah.
selebihnya; semua sudah ketentuan Maha Esa.
dan
kekalahan itu hanya untuk menjadi pengajaran yang suluh lorong hidup yang bermakna esok lusa.
ya.
memang begitu Hena =)
* tiba2 adinda tercopy,terpaste dan terprint ayat2 MAHAL di sini *
err..mohon maaf ye Big Brother :|
Lara
vous pouvez prendre toutes les choses simples ici et d'être un grand frère, c'est mon plaisir de partager.
ya que ça veut dire i =)
Listen
Read phonetically
they were everything BUT simple, big brother. your words never fail to slap me right on the apple of my cheeks and chase away those filthy suicidal thoughts. I cant thanked u enough for that. I wish I was blessed with a brother in real life.. If I can have u as one..even in this virtual world, I am more than thankful. I'll feel so blessed.
maaf lah entry terbaru tadi sedang diubahsuai ketika kamu dtg btandang. smoga sudi membuat re-visit. KALAU mahu.
assalamualaikum aj.
adat biasa dengan biasa
tiada lagi sisi istimewa
sedang yang biasa-biasa
itulah jadi enak segala
kian masa disibukkan
lepas pandang jadi teman
tiap detik kelupaan
terima kasih atas ingatan anda..
Lara
You will have one.
I mean, a better one. Y? cause Allah will give you the best when you need 'them'; as long as you asked from HIM.
I just a no-one with not more than A to Z alphabet to speak out my mind here.
=)
revisit? do I still need an invitation for 2nd 3rd and eternity reading if i am your comrade?
abgreds
aku setuju dengan perenggan-perenggan kamu disini
kita semua biasa-biasa yang tidak lebih dari kebiasaan yang lain.
jadi, carilah keistimewaan hanya dari kebisaan yang kita ada kan?
moga, ada kesempatan kita dijemput sebagai yang istimewa di sisi Maha Esa nanti kan?
ah.
terima kasih menjengah aku yang kosong-kosong di laman ini ya sahabat.
Post a Comment