Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Friday, 29 October 2010

Andai yang berguris itu luka,

dan ada guris pedih yang berbekas; ada dadah-dadah terizin untuk di buat teman
Biar pedih sedikit,
Tapi kesannya bias hilang; dan sembuh.

Andai yang bergema bising itu tahu usulnya; boleh di pekik hoi kamu-hoi sial; agar yang bergendang itu tahu batasnya, tahu ada gegendang telingan lain yang perlu di kisah kan
Biar terang sikit berpekit,
Tapi sampai maksud yang jelas bergulung-gulung mengetuk sedar mereka.

Ah
Andai saja

Hal hati bagaimana?
Mana dadah-dadah untuk hati; sedang luka itu pasti, Cuma darahnya tak ada buat bukti.
Tangis itu bukan darah?
Ah, kalau yang di tangis itu tangis gembira, mana bisa ada darah?
Perit hidup ini bukan darahnya?
Ah, mana buktinya. Kamu bisa saja perit itu perit ini, tapi bukan apa-apa!
Kamu tidak akan paham!
Habis, kamu benar faham apa yang kamu rasa?
Kalau bukan aku, siapa lagi yang lebih paham. Setan lah kamu. Pergi!!!

Kamu berpekik?
Sampai kah maksud kamu, dan hilangkah luka perit?

Dengan Tuhan, bukan kita boleh berpekik benci melilau-an bergitu.
Aku bukan marah Tuhan. Tuhan tak salah!
Habis, yang memberi duga itu bukan Tuhan? Yang memberi sakit itu bukan Tuhan?
Ah, kamu bising!
Dan aku bising ini sebagai simpan pesan untuk kamu pasti takkan jadi kalau bukan dengan izin Tuhan juga kan?
Aku tak panggil kamu. Pergi lah. Setan lah semua. Aku tak mahu semua ini. Aku mau mati!

Matilah. Kalau kamu yakin itu boleh hilang sakit kamu. Boleh buat kamu lebih bahagia

*sunyi*

Kawan. Aku sendiri ada luka. Ada darah. Ada perit. Ada runsing. Ada yang aku kesalkan. Ada yang aku bencikan. Ada yang aku persetan kan. Ada yang sial-sialkan kerana aku mahu yang bahagia seperti yang lain sama. Kenapa orang lain boleh dan aku tidak boleh.
Tapi. Aku sendiri pinjam nyawa ini. Maka, mana aku tercampak pun sebab izin Si DIA yang memberi izin ini. Mana aku tahu adil itu bagaimana hujungnya, tapi aku percaya Dia itu Maha Adil.
Al-'Adl itu nama dan sifatNya Allah. Al-'Adl itu Maha Adil.
Al-Hakam itu nama dan sifatNya Allah. Al-Hakam itu Yang Maha Mengadili.
kamu bising saja. Kamu takkan paham

Ya. Aku tahu ini. Sebab aku sendiri pun memohon pada Al-Mujib, Yang Maha Pengkabul.”

*senyum*

“Semuanya DIA bukan?”

~ ah, hanya lah kalau seperti dia yang hanya ada DIA! ~

11 comments:

Frodo Baggins said...

7:180. tiba2 baca entry ni wa mau mghayati lebih nama-nama baik itu.

>>___<<


wa baca kali2 ...
nampak ada tuju2 disitu
cool!!! ok wa tafakur.


((aj, lu yg sbnrnya abang besar!))

AJ Nismihan said...

Frodo
7:180
"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan."

kalaupun aku abang besar, aku masih boleh belajar dari kamu yang masih muda dan punya panjang akal bukan?
Jadi, yang mengajar itu sendiri namanya sifu bukan?

~cara berblog baru kamu buat aku mengah mengejar entri baru.Takut ada subject baru tentang hidup yang aku terlepas!~

Adeqq said...

Salam.

Dan dalam segumpal keluhan wujud satu perasaan naif yang seringkali sukar diertikan. Dan dalam segumpal keluhan itu juga, terselit perasaan kecewa menzahirkan amarah. Benar kata kamu. Soalnya pada siapa? Pada yang memberi uji itu kah?

Aku pun gadis biasa biasa yang terlalu biasa menghadapi tekanan hidup sehari hari. Kacau bilau perasaan ni siapa yang tahu? Hanya DIA juga kan? Maka, berbalik semula, pada DIA jugalah kita mohon dipermudahkan.

Entry ni sangat terkesan. Kerana aku juga sedang diujiNYA. Sangat berat. Sangat berat. Istighfar.

Frodo Baggins said...

hahahahha
xtau lah bro
tiba2 gila.

>>_<<


adeq ~ tu wa kata
entry ini ada tuju2
dan tuju2 itu kene juga batang hidung beta!
owh, bukan batang berjuntai .. huahuahua

mcm biasa komen lu & AJ tingkat tinggi.

Adeqq said...

Frodo:-

Wa hanya gadis biasa yang tak pandai bermadah semilir bayu. Wa hanya pandai keluarkan kata-kata dari hati. Mungkin kerana itu kot. Ah, wa banyak miss entry blog lu. Lu nak bg tak entry lepas untuk wa baca? HAHA

AJ, penulisan wa sekarang mcm hampeh kan? Wa nak update lah!

Frodo Baggins said...

wa xder plster.
tp sbgi ganti plaster ...
wa copy di ruang komen nanti.
lu jangan sedey2. lukamu lukaku jua


((Sambil jeling AJ))


hahahhahahah

AJ Nismihan said...

Adeqq
"Aduh, hujan pulak!"
esok pulak; "Aduh, awat tak hujan-hujan lagi nih!"

sama?
ya. sama.
sama-sama hanyut!

ya.
kita tidak sempurna.
balik-balik, kita tak sempurna, bukan?
Tapi, itu hakikat.
Kita memang tak sempurna.
Jadi, uji untuk kita tu buat apa?
nak bukti kita tidak sempurna?
Jawapan aku:
Ya.
nak uji itu.
dan
nak tahu, bila tak sempurna itu kita tahu tak siapa yang mahu kita pohon tolong?
atau
dalam tak sempurna itu pun masih bodoh sombong?
* senyum *

Frodo
ah. gila pun gila lah.
lagi aku mampu kejap, lelah pun aku kejar.
ya. entri aku memang aku tuju-tuju.
aku tuju aku yang dalam cermin itu.
dan sedang aku itu itu manusia marhaen picisan, pasti yang marhaen yang biasa lain pun kena tuju yang sama!
ah, kita semua budak-budak biasa bukan!

Adeqq:
hampeh? tidak. malah lebih terus dari hati. Aku yakin, tak ada bacaan kedua; sebaliknya tulis dan lepas. Itu lebih kekitaan bukan?
lebih terus dan tulus!

Frodo:
selagi kamu ada plaster hidup yang mampu buat hati2lain lebih bernyawa, berbaktilah.
esok lusa, moga ada manusia biasa-biasa lain yang jadi superwira dalam bangkit kan kita dari benci-benci dunia lagi, bukan?

pisau belati said...

entah kenapa aku seperti kehilangan kata-kata di sini.mungkin ada sesuatu yang aku terlepas pandang? atau boleh jadi juga aku ketandusan buah fikir.

munirah ruslan said...

when i read this, i was like 'oi terasa'. haha.

i notice u have used allegory dekat situ (reference to holy book, such as bible Qoran), its a good effort and a good piece

alhena said...

adil itu nama aku, walaupun aku sendiri jarang berlaku adil:P

kadang2 pesan untuk diri sendiri, kawan2 boleh amik iktibar.kadang2 pesan untuk kawan2, diri sendiri boleh guna.

hidup ini vice versa, namanya kita manusia dan saling bergantungan :)

AJ Nismihan said...

pisauBelati
tahu apa?
itu tandanya kita ini manusia biasa. Ada kosong-kosong yang kita tidak bisa penuhkan, kerana kita ini tidak akan pernah sempurna. Jadi, pasti berpeluk pada rahmah Allah adalah sebaik2nya bukan sahabat ku?

moon
bila mana aku berpekik dalam diri, aku tahu wujud aku sendiri sama seperti wujud jasad dan nyawa yang lain.
Makan, pesan untuk diri aku pasti sama pesan aku dengan marhaen yang lain.
Asalkan ada yang baik berpanjat2buat kamu bimbit pulang; itu sudah cukup benar baiknya buat aku.
Thanks sahabat ku Moon :)

Hena
Selagi yang dipanggil pada kamu itu yang bererti kebaikan, itu adalah doa, dan semoga kebaikan itu akan ada dengan kamu sesempurnanya manusia yang tidak sempurna seperti kita.
Ah, Allah itu Maha Pengatur kan sahabat.
Ya. Seperti aku kata, pesan pada diri atau yang lain mesti bertindak keduanya. Jangan membutir kata pada orang,sedang diri tenggelam lemas dalam busuk-busuk kehidupan.
Ah. aku sendiri bergantungan dengan kalian yang hebat seperti kamu untuk terus berkongsi penulisan disini kan Hena :)