Ya.
Aku sendiri wujud dalam kondisi sedar tika bacul bibir itu menjuih keluar kesat-kesat bahasa demikian.
Dan yang pandai itu gayanya perlu ada bongkak dan sombong barangkali ya?
Perlu ada benci-benci kasar dalam bahasa.
Dan bodoh itu bagaimana agaknya ya?
“Cantik itu subjektif. Yang kamu pandang itu cantik, bukan semesti cantik pada aku. Kita punya cermin pandang yang sama, Cuma rabun-rabun kita yang berbeda-beda”
“Jadinya. Bodoh itu sendiri subjektif”
“Bodohlah kau. Bodoh itu boleh diukur dari penilaian tulis-tulis apa? Boleh di nilai dalam ujian bukan?”
“Kamu terlalu jumud*. Kamu jadi kotak-kotak petak yang diketuk sedimikian, dan kamu terima sedemikian”
“Penilaian itu penilainya siapa? Maha Mengetahui kah? Kalau bukan, bukan sempurna nilainya bukan? Mana tahu, yang 10 ditanya, dia tidak tahu, yang ratus juta selain itu dia tahu?”
“Mana tahu, yang ditanya itu semua dia tahu, Cuma Allah duga dengan sedikit demam, sedikit runsing dan sedikit gundah, maka dia hilang semuanya?”
“Selagi yang menilai itu bukan Maha Menilai, kita tetap ada ruang kosong dalam pandang kita. Jadi, jangan pandang orang dengan pandang kasar. Sebabnya, kita sendiri bodoh kalau membodohkan yang lain”Oh. Itu rupanya. Begitu?
Sekali lagi.
"Ah, siapalah yang nak kawin dengan orang bodoh tu?"Bicara itu dah dibuang similir bayu pada 4 tahun lepas.
Ya 4 tahun lepas.
Sebelum hati tersentuh dan sedar yang bodoh itu bukan pada insan yang dia pandang, tapi pada sudut pandang dia waktu itu.
Siapa bodoh agaknya ya?
Maaf.
Ini bukan hal pandang pertama
Bukan kisah ‘Cinta Buat Hati Buta’
Ini kisah biasa-biasa.
* Maksud jumud ialah beku, kaku, kolot. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.
31 comments:
setiap dari kita punya pandangan yang berbeza pendapat yang berbeza tidak pernah sama.jika semuanya sama,maka terlalu mudahnya keputusan hidup untuk di nilai.
Anon
variasi itu yang buatkan hidup lebih hidup bukan?
dan pasti aku tidak akan menidakkan hak setiap fikir untuk berdiri selagi benar; sebab setiap pandangan itu ada kuat sejarah dan latar belakang yang berbeda.
cuma. menghukum dengan terus tanpa beri sudut menyelit simpati dan bela diri agak kasar bagi aku.
ah.
bagi aku lah.
dan bagi yang lain pasti berbeda juga kan.
kerana sejarah dan latar belakang kita berbeda .
dan aku hormati itu juga.
*senyum* =)
sering yang terjadi begitulah
menghukum tanpa di beri peluang untuk bela diri.bila terdapat percanggahan di sini,masing2 mahu menegakkan pendapat masing.
menangkan pendirian masing2
dan selepas itu berlaku pertelingkahan yang menang akan bangga dan yang kalah,apa sudahnya?
anon 1 adalah aku Pisau Belati.maaf entah kenapa aku tak boleh login di sini.
Anon @ PB
ah guna lah Name/URL sebagai ganti.
kan internet ini sendiri bukan Maha Sempurna. maafkanlah kalau ada kurang itu ini ya.
dan untuk komen kamu
*senyum*
bertelingkah bukan selesaikan apa-apa.
sebaliknya, berdebat diskusi lah.
yang mana benar kita benar kan
dan yang mana salah kita terima kesalahannya.
selebihnya, berdamai dan aman.
ye tak belati?
kisah biasa-biasa dr org yg luar biasa dari sudut pandang gua.
>>___<<
((akan dtg kembali utk yg ini ... masa sangat sexy dgn wa skrg. keh3x))
bukan,maksud aku ruangan kamu tidak ada masalahnya.mungkin line internet di tempat aku yang menjadi masalah.url tak boleh email juga tak boleh tetap keluar anonymous juga.
kata-kata kau ada benarnya tapi kadang kala ada juga pihak yang sukar mahu menerima kebenarnya biarpun yang benar itu sudah nyata benarnya.
aku cuba login sekali lagi harap tidak ada masalah.
ekskius mi,
hehe,
jumud itu apa ye?
T_T maaf bertanya.
jumud tu ... kata akar tuk junub.
ehkekekekkeke. ni mmg jwpn BODOH.
((Sambil tgu jwpan bernas dr sifu AJ))
>>__<<
Frodo
kalau di luar sana, mesti lagi banyak kaca mata yang kamu guna buat pandang-pandang dunia.
moga luas itu buat kamu lebih jelas, dan bukan kabur lemas dengan bagai-bagai.
datang la berapa kali pun.
boleh saja =)
pisau belati
ah
dan boleh dah login kamu. *senyum*
yang benar jelas nyata benar pun orang boleh tolak tepis, inikan yang kabur dengan pandangan kan?
kalau tidak begitu, dunia akan jadi terlalu lurus lah.
ah, dan seperti komen pertama kamu pulak.
SZirimon
jumud secara ilmiahnya bermakna 'jalan buntu'.
secara istilahnya?
*senyum*
pemikiran yang terkongkong dan terkurung.
ah. aku sendiri mungkin salah.
tapi, itu tafsir yang aku guna.
mungkin frodo dan berd ada pandang lain
*senyum*
dan, tak pernah salah untuk bertanya sahabat :)
tak semua orang boleh menerima sesuatu dengan mudah,tidak begitu?
hendak pula bagi mereka yang punya pendirian sendiri kan.
nak hidup kat didunia bukan mudah banyak yang perlu kita lihat dan nilai.lihat dengan mata kasar semuanya indah.jika di lihat dari sudut yang berbeza,sebenarnya banyak yang belum kita teroka.
Frodo
sifu?
bukan lah.
sifulan kot.
sipolan la.
Ok, to avoid further query, then now definition embedded on.
Anon
dan susah itu kan baru hidup.
andai cerita hidup kita ini cuma monotone dan mendatar, pakat-pakat pohon dipulangkan balik tiket yang dibayar lah kan!
sebab?
bosan!
dan bukan kerana mahu dicipta kebosanan lah di cipta Manusia ke mukabumi kan?
dan
jauh mana pun kita teroka, makin banyak yang kita tahu bahawa kita tidak tahu.
dan
pasti lah, belajar jangan putus.
dan berdiri atas paksi fikir yang berpandu lalu dengan benar.
pasti tak sesat kan?
sekali lagi benda alah ini buat hal,nama aku tak keluarkan? nampaknya aku kini sedang du uji di laman tuan AJ ini.tapi tak mengapa,demi sebaris ayat dari kata-kata kamu aku sanggup.
mendatar itu bagaikan ruang-ruang kosong yang tak terisi.tiada panorama tiada pemandangankosong dan bosan.kalaulah semua orang tahu akan buku kehidupan,terlalu mudahlah hidup ini di rasakan.
Pisau Belati
salam AJ
mcmtulah kita..panadng hanya luar saja..terus saja menghukum tanpa cuba mencari yang benar benar ..
kadang2 yng itu jugalah aku..pandang hanye luaran dan buat penilaian sendiri..terus menghukum buta tuli..
moga moga aku dijauhi semua ini ..terima kasih aj
((duduk diam2 sambil pokes bual-bicara aj, pisau & sis SJ yg bukan kisah biasa-biasa))
>>___<<
sayangnya saya tak mengerti maksud entry ni abg AJ ku sayang
keh keh keh
(saja tinggal jejak sebab kamu fikir anon itu aku . tp ternyata kamu silap bukan? hehe)
_____________________
AJ,
itulah manusia.
selalu menghukum sedangkan spatutnya sebelum menghukum, kita harus mencari ayat untuk mematahkan hujah-hujahan kita itu. betul kan?
dan bg saya, biarlah manusia menilai yg buruk tntg kita asalkan saya tahu, yg 'cantik' itu harus disembunyikan bukan dipertontonkan.
betul2, wa setuju dgn green rose.
((tunggu jwpan balas sifulan aj))
sudah jadi salah fahamkah di sini? maaf,anon itu aku Pisau Belati yang tidak dapat menembusi talian ini.harap maaf semua... =)
Belati
ah. tak apa. asal siapa saja yang singgah aku tetap jamahkan minuman bujang. Maaf, itu jer yang aku termampu di hujung2bulan.
sebenarnya, buku dan aturan sudah ada.
cuma, kita ini hidup mahu bagai-bagai.
mahu ada mencari dengan sendiri.
maka, kadangnya kita terlepas pandang sana sini yang patut.
dan untuk itu, Allah duga kita.
sesekali dengan senang.
sesekali dengan perit sakit.
tapi
bukan duga datang kosong.
semuanya buat hidup yang lebih berisi.esok-esok.
seroJa
ah.kita tidak sempurna kan seroJa. dan benak fikir kita mahu saja putus kata dengan mudah.
salah siapa?
mungkin ada hujung-hujung ilmiah kita yang tak bertaut dan tak berikat, sampai ada yang kita terlepas pandang walau jelas di depan,
kalau kalian lihat aku yang di luar juga mungkin dicemuh benci orang.
ya. aku mungkin tak sama seperti yang kalian andaikan.
tapi. aku sememangnya aku yang itu, dan aku bersyukur.
hehe
moga yang jauh itu biarlah yang buruk-buruk benci-Nya dari kita kan seroJa.
Frodo
*senyum*
ah, kamu pasti ada sebutir dua buah fikir yang boleh lontar sama kan kawan?
greenRose
ah. sorted. it was pBelati.
anyway, who ever come and goes are still my comrade and will always be treat fair; as fair as possible.
hukum dengan hukum kosong.
sedang kalau kita yang berada di sana pun belum tentu lebih baik kan?
sebolehnya, bergerak dengan bimbit2amal dan tunjang paksiNya.
buruk baik itu bukan dari kita kan?
semuanya dengan izin DIA.
cuma kita, wasilah kejadian.
ah.
biarlah doa yang terbaik itu dari kita.
bukan bongkak, tapi mahu hujung yang baik nanti.
Ameen
Frodo
ya sifulan kan Frodo *senyum*
Anon@pBelati
ah.jangan ribut.
bukan apa kalut pun.
kamu tak salah kawan.
bersila-sila lah dengan tenang disini.
Mana mampu aku hukum kamu pada bukan yang kamu usulkan, bukan?
wa xder idea aj.
cukup wa blajar dr lu
lewat bicara disini
sambil bc komen2 sexy
biasa-biasa? tak ...
ini sungguh luar biasa.
kejadiannya kita berfikir.
diri-sendiri saja yg biasa2
sebetulnya begitu. mungkin.
((Ahhh, mungkin2 lagi. keh2x~))
ok, fenin. kita minum dulu.
salam aj..
telur itu kan tiada beda
sudah masakkah?
masih mentahkah?
cengkerangnya cuma tertawa
melihat kerut-kerut
berceranggahan
itu cengkerang biasa juga
suka puisinya bicara
aku cuma cengkerang
boleh jadi ada isi
boleh jadi aku lompang!
bila tak faham..
wa akan ulang baca..
tapi kali ni wa senyum tanda wa jumud
Sebelum hati tersentuh dan sedar yang bodoh itu bukan pada insan yang dia pandang, tapi pada sudut pandang dia waktu itu.
Aku suka yang itu.
Salam.
Entry bukan biasa-biasa untuk org sangat biasa macam aku. BODOH? Subjektif dan abstrak. Cara pengukuran pun haruslah abstrak. Perlukah melihat taraf kebodohan untuk berkawan?
Sudut pandang manusia itu kan berbeza. Bodoh pada mereka mungkin genius pada lainnya. Bodoh pada kita mungkin istimewa pada mereka. Maka, seharusnya sudut pandang itu dijadikan positif dari segala hal. Maka tiadalah fikiran kita mentakrif yang bodoh bodoh saja.
Kan manusia itu dijadikan sama saja di sisi ALLAH? Siapalah kita hendak membezakan nya?
Abah pernah kata,
"Tutup kebodohan diri sendiri dengan sentiasa positif tentang org lain. Sebab bila kita mula menilai seseorang, beribu orang akan menilai kita."
^___^
Frodo
terima kasih kunjung sini ya kawan
paling tidak, adalah berteman dalam ruang ini
aku sendiri pasti kering dan kontang kalau yang lain sunyi dari berfikir
ah
kita hidup kena fikir terus-terus kan
itu saja yang terbaik aku fikir
ah
fikir lagi...
jangan minum yang bukan minuman kita sudah
abgreds
ah kamu, benar itu
cengkerang itu yang biasa-biasa
isinya?
takkan kita pernah tahu kalau tak mendalami jauh dalam kan?
aku suka yang itu
terima kasih berkongsi ya sahabat
jackAlvin
lu jumud?
atau lu lumut?
*senyum*
ada saja yang bisingkan yang bahasa aku banyak pusing
untuk itu, aku pohon maaf
dan untuk kamu
aku ucap terima kasih yang berbimbit-bimbit kerana sudi mengulang-ulang
ah kamu alvin
kamu bisa kuat kan?
lu bukan jumut, cuma lu perlukan masa lagi saja!
kadang2 guna sudut pandang paling dalam pun mampu tenggelam kiranya hati didahulukan dari akal.
in my case,yang sering memperbodohkan diri adalah sendiri.regardless how subjective I tried to be. tak apa lah, sekurangnya saya tak menyakitkan yang lain.
dan
setidaknya saya tahu saya akan sentiasa jadi kelongsong bulat bukan kotak yang petak.
désolé pour mes paroles stupides, mon frère aîné.. saya budak baru bertatih.
Eyqa Lee
=)
Terima kasih ke sini juga
Adeqq
Kamu pendidik kan Adeqq?
jadi, kamu jangan berfikir dalam laman dinding 4 bertemu saja
biar luaskan jiwa kita menerima semua
pernah aku terbaca
"there is no bad student, but there are ineffective teacher"
berat kan?
asalkan kita layan semua sehabis baik daya kita, itu sudah cukup indah Adeqq.
dan
terima kasih kerana kamu sibuk pun masih mahu singgah dan berfikir di sini.
dan moga kita tidak terlalu jumud mentakrif si bodoh itu siapa dan mengapa kan?
ah
aku suka kata ayah mu
aku simpan tumpang ya!
Lara
ya. hati penuh dengan emosi, dan emosi itu terlalu berat dengan tindak luar kawal.
maka, akal bisa saja mati kalau dengan hati.
kamu, aku yakin kuat dan mampu
cuma
mungkin sejarah dan latar kamu yang buat kamu terlalu into yourself
apapun
aku tahu
kamu survivor yang cukup hebat.
asalkan kamu mahu dan yakin mampu, kamu pasti mampu renang lalu kan?
kelongsong bulat?
-menjadi bullet yang membunuh diri?- yang itu jangan.
cuma, jadi kelongsong yang lepas dari sekalian ranjau - itu boleh-
=)
ne maudissez pas votre vie trop, car ils sont plus grand maître que vous puissiez avoir. , couper la sœur merde!
dan bertatih pelahan ya. nanti sufia teman kan kamu.
=)
ah, siapalah kita untuk menilai orang lain?bukankah kita semua sama? :).
tanpa aku sedar, aku pun sebenarnya adakalanya memberi nilai pada org lain. entry ini telah mengetuk kepala aku sendiri :)
*menangis* Lagi
hena
dalam mebuat pengaturan hidup, penilaian itu perlu. Tapi, menzahirkan basah2bahasa di luah kata itu yang kadangnya buat kita nampak lebih jauh dari benar.
ya, semua kita sama, cuma yang beriman itu Allah angkat darjatnya lebih dari yang tidak, kan?
ah
aku ketuk kepala-kepala kita semua Hena.
ya, semuanya!
Lara
aku ulang sekali lagi Lara
[kamu survivor yang cukup hebat.
asalkan kamu mahu dan yakin mampu, kamu pasti mampu renang lalu kan?]
dan
[jadilah kelongsong yang lepas dari sekalian ranjau]
ah
sesekali, menangis itu sendiri perlu untuk membasah kering jiwa yang dulu.
janjinya, kamu bangkit kemudian jadi Lara yang lebih hidup dari semalam; boleh begitu Lara?
jumud itu bukan jahil ek? =p
maaf,hanya mampu meninggalkan jejak2 yang ringkas,tapi ikhlas =) tulisan kau macam selalulah..BUAT AKU BERFIKIR
Young Doc Anum
"Benci aku. Tidak ada apa yang berubah. Dia itu, ya memang seperti tunggul hidup saja!"
"Sufia, berhati-hati dengan tunggul yang itu, babah risau ada luka yang kamu tempah kalau tersadung dia nanti"
get me?
=)
aula min aula anum.
aku yakin, kamu pasti lebih tahu yang mana lebih perlu dan tidak dalam susun atur kamu kan. asalkan kamu itu lebih baik dan lebih jujur dalam senyum dengan sekeliling kamu; itu sudah lebih dari baik.
=)
Post a Comment