Jurutrengkas
- AJ
- Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.
Monday, 20 April 2020
Sulit Menelah Angin
Hal hati, rumit nya bukan alang-alang. Menelah hati sendiri juga payah, apatah lagi mengerti hati orang.
Kerana sifatnya beralih ubah. Tetapnya tidak tentu, hasratnya merebak biar yang asal belum tersebak, maka menelah hujungnya pengharapan pasti mustahil kita sampai.
Harusnya bagaimana?
Yang disandar, jangan pada angin yang bertiup. Tapi, pada 'si peniup' angin yang menembus semua kebarangkalian.
Sebab hati bukan untuk difahami, tapi didamping dan diisi; dan sebaik pengisi, hanya Dia.
*senyum*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment