Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday 13 April 2020

Air Panas Segelas

Dalam menyusun jadual hidup, jangan lupa kita manusia yang ada 'mahu' dan ada 'emosi' yang turut perlu disantuni.

Sesekali, ambik masa lepaskan lelah, dengan cara kamu.

Agar mata yang memandang, nampak dunia yang terbentang, dan tidak mati dalam sepetak dua fokus yang dihadap.

Hirup lah air panas segelas, dan mengisi ruang pandang dengan khalayak yang lalu lalang. Pasti ada ibrah untuk kita, biarpun sehalus mana.

Kata orang, jangan semata kerap berucap bermadah, sesekali menjadi pendengar agar kita lebih 'celik' dan 'berhemah'.

*senyum*

No comments: