Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Sunday, 21 July 2019

Menghidupkan Hidup


Marah itu wajar, tapi pilih antara memerah emosi atau mengatur ajar. Biar tenang yang menghadap situasi, baru kita nampak ruang refleksi seluas pandang.

Benar kata orang, dalam pada mereka salah, belum tentu kita ini betul.
Maka, berundinglah dengan niat dan bukan meletak hajat menunjuk hebat.
Baru susah tak terlalu payah dan berat tak terlalu sarat.

Mana tahu, hidup bisa lebih hidup, dan baru terasa segar dalam bernafas.

*senyum*

4 comments:

Adeqq said...

Sungguh aku rindu zaman blogger dulu :(
Masih ke kau ingat aku?

AJ said...

Assalamualaikum Adeqq

Ini kan laman jengah kamu kala mengah, kala berjalan tanpa tuju kamu kemari menrungkai sedikit dari kata yang berbait?

Masakan aku lupa...

*senyum*

Semoga sihat untuk kamu adeqq.
Semoga apa rancang dan atur hidup kamu, Allah mudahkan jalan, dan mudahkan juga untuk sabar agar ketemu hikmah pada tiap ketika.

Adeqq...
Jangan mana tak ada liku, cuma kita siap atau sedia sahaja, atau mahu biar terus dihayun hempas dek situasi?

*senyum*

Semoga baik-baik untuk kamu, pasanganmu, keluarga dan seluruhnya...

Ameen

Adeqq said...

Kau sentiasa tahu saat jatuhnya aku AJ.

Terima kasih untuk semua kata-kata. Jujur, aku mmg sedang down sangat2.

Aku takut aku jatuh dan tak dapat bangkit semula.

ewanthology said...

glad to see masih ada blogger seangkatan yang masih aktif menulis :-)