Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 11 September 2013

Sah? Yang Mana?




pic from this site.

Tidak semua orang tahu yang kita sayang mereka, sebab bahasa dan bacaan kita pada tingkah dan laku berbeda-beda.
dan.
Tidak semua orang percaya yang sayang itu bukan semestinya bernama cinta, ia hadir juga  dalam  ikatan persahabatan dan tali persaudaraan yang kabur dari bahasa tapi terang dalam pandangan dan rasa.

Yang penting, bukan keberadaan kita; tetapi 'rasa keberadaan' dan ketenangan dalam hidup.

Tiada apa yang merugikan bila orang yang kita 'sayang' itu bahagia; harusnya.

*senyum*.

6 comments:

mega senja said...

kesayangan aku tak pernah tahu, bahawa aku sayang dia..

Firhan A. said...

Salam..
saya suka kata-kata yg awak tulis ni..
boleh saya pinjam (copy)?

AJ said...

mega senja
sahabat.
rasa itu ada jiwa; dan tak salah untuk kamu menjiwainya sendiri.
cuma.
jangan kejami hati dengan menidakkan sebuah pengabsahan rasa.
tapi.
jika baik begini, teruskan saja.
kamu lebih tahu dan mengerti untuk 'rasa' itu sendiri.
kan?
*senyum*

Ice Lovella Banson
sang sahabat.
ambil saja.
ini bukan dari aku juga; ini dari Dia, Maha Esa.
semoga Allah bersama kamu, Ameen.
*senyum*

Anonymous said...

assalamualaikum.
aj, masih ingatkah akan saya?
sedikit penulisan aj saya kongsikan dalam dinding mukabuku pagi ini
dan diakhiri dengan catatan *ajsipencurihati*

terima kasih aj kerana adakalanya kamu hadir sebagai rakan malahan seperti ahli keluarga juga
~senyum ya aj~

AJ said...

anonymous

*senyum*

percayalah, bukan tulisan-tulisan ini dari aku semata. aku sendiri pinjam dari Dia.

*senyum*

kamu tahu,
kalau hati berusik runsing, selaklah naskah cinta dari Dia; kerana seribu juta pesan dan ingat tak sudah ada di sana.

dan itu, cinta paling agung, dari Nya; hanya andai kita mengerti sayang dan hormat itu lebih dari membalutnya kemas-kemas cantik dan meletaknya tinggi di gerobok pakai.

kan

*senyum*

kamu.
ulanglah mana saja pun tulisan aku di sini. selagi ia berbaik hasil, ulang saja. tidak di kreditkan ke sini pun tidak apa, kerana aku hanya penyampai, seperti kamu, dan semua. ilmunya, tetap milik Dia; kan *senyum*


semoga.
mana dan bagaimana pun duduk kamu; semoga rahmah Allah ada bersama.

*senyum*

Anonymous said...

Salam Aj.

"Tidak semua orang tahu yang kita sayang mereka.."

terlalu setuju untuk yang atas ni. masih ingatkan saya?? heheh

Semoga baik baik sahaja hendaknya.

:)