Hayat ini masanya bukan lama.
Andai diluang lebih untuk menampal silap orang pada tembok-tembok khalayak, kita bisa hilang ruang ketika untuk membetul tingkah dan salah sediri akhirnya.
Bersederhanalah.
Kerana yang Maha hanya Dia.
Kecewa, marah, benci; hanya emosi. Mungkin betul asas kita untuk ‘terasa’, tapi masih betulkah kita bila bertindak dengannya?
Dan untuk yang tersenyum, gembira, dan bahagia
percayalah itu dugaan yang lebih sering di salah pandang dan terbiar hanyut?
12 comments:
aku tau kenapa aku suka berada di sini. aku dapat semula 'rasa' yang aku hilang.
Abang, saya jadi terfikir ; kalau meluang masa untuk (cuba) tampal khilaf sendiri, dikira membuang masa kah?
atau tak perlu fikirkan silap yang pernah dibuat tu lagi. cuma harus usaha agar tak buat silap yang sama je?
saya ni.. kadang-kadang hilang hak ke atas otak dan hati sendiri, abang..
This!
aj, ini sangat terkesan.
:)
Saya punya persoalan yang sama seperti Qiez. Emosi kadang-kadang, makin dikawal makin melawan.
dania
dan moga, ia terus ada biarpun nanti aku sendiri sudah 'tiada'.
aku tak ubah hanya seperti penggantung poster di sini; biarpun bukan aku yang menggantung poster nanti, kalau messagenya masih sama kamu ambil dan percayalah.
ya.
*senyum*
Qiez
bukan heboh tayang itu yang penting, tapi kesimpulan yang kita putuskan dengan gerak langkah itu yang tentukan terbuang atau tidak masa kamu.
ya.
muhasabah dan muhasarawak pun, kalau sesal kamu hanya untuk sekelip warna kelip-kelip malam, ia tidak bawa kamu kehadapan.
melupakannya terus juga jangan.
kita bisa jadi pelupa.
dan pelupa itu bisa membawa bisa luka; lagi.
judi pemaaf, tapi jangan jadi pelupa.
ambil pengajaran dan ajar diri untuk membina sempadan.
kita akan sentiasa ulang hal yang sama, salah yang sama, silap yang sama, andai kita jadi pelupa.
ya.
betul.
memang akan tetap sama; biarpun masanya, pelakonya, dan penontonnya berubah dah beralih arah.
dan untuk yang terakhir, aku cuma bisa ulang 'after all, human being will always being human.'
kita bisa hilang dengan tujuan dan punca, tapi kita takkan pernah hilang Dia.
fikir dan hati ini sendiri dari Dia dan untuk Dia harusnya.
maka bagaimana?
*senyum*
dari mana kita datang, pulanglah pada ganggangnya.
dari mana runsing ini datang, pulanglah pada akarnya.
dan kamu sendiri tahu hal itu bukan?
purple ungu
*senyum*
semua dari Maha Esa Allah kan sahabat. aku sendiri belajar dari tulisan aku dan pesan komen kalian; sebab ia datang dari Dia segalanya.
kan?
*senyum*
hanaahmad
seperti mana pesan aku pada Qiez, aku sampaikan juga pada kamu hana.
emosi jangan diajak beradu, kerana dia sering ada pengacu dan pendomba yang mana kita bisa kalah dan tewas.
tapi pujuk dan pupuk.
lembutkan dia dengan selembut 'kata' Dia.
sering ada berpesan yang kitab suci Allah itu sebenarnya 'Surat Cinta' dari Dia kepada kita.
barangkali ada terlalu banyak yang tersembunyi dari mana yang mampu kita tahu.
jadi, lembutkan emosi dengan wudu'mu.
lembutkan dengan kalimah syahadah.
lembutkan dengan istighfar mu.
dan kembali rebut emosi itu dari amarah dan jadilah manusia; biarpun tak sempurna, kita tahu mana sempurna itu berada.
kan?
dan bagi kamu yang diduga Allah itu percayalah Allah janjikan setingkat iman yang lebih baik; hanya jika kamu bersabar, tabah dan melangkah biarpun pasrah.
luka dengan orang paling rapat pasti mengecewakan, tapi luka dek ditipu diri sendiri lagi keji kan?
*senyum*
kamu tahu kan itu?
sebak pulak baca pesanan abang untuk saya dan hana kat atas ni. huuuu
saya ni manusia jenis pelupa, bukan pemaaf. itu bahayanya.
baiklah, saya akan lebih bermuhasarawak diri.
* sambil peluk hana pastu lap hingus kat baju beliau*
Assalamualaikum.
Rindu aku? :p
Ya, kita sering betulkan orang lain namun silap sendiri jarang disedari. Kadang ambil masa yang cukup lama untuk betulkan batal orang lain, khilaf sendiri entah dibiar sepi. Mungkin.
Emosi itu bukankah satu rasa untuk diluahkan? tidak? Hurm.
Aku selalu rasa sedih. Always. Selalu. Sangat. Sehingga aku dah tenggelam dalam sedih itu. Lalu, harus bagaimana?
Qiez
melewati usia yang ke 28, barangkali kamu ada alasan yang lebih baik untuk menjadi baik dan terbaik.
kita tak semuanya lengkap dan sempurna, tapi, sekurang-kurangnya kita usaha sehabis daya, dan itu lebih dari memadai.
kan?
salam ulang tahun Qiez.
Adeqq
bilamana kamu sering bersedih dengan hal yang sama, cuma semak semula diri. dan bukan apa yang jadi.
seperti kata Ustaz Hasrizal Abd Jamil dalam buku Tak Kenal Maka Tak Cinta;
"Kesusahan yang sama berulang kali, petandanya, puncanya bukan pada apa yang berlaku kepada diri. Tapi, apa yang berlaku dalam diri. Ubahlah apa yang paling boleh diubah, iaitu diri sendiri'
*senyum*
Adeqq?
ala si tukang cerita yang pakai sport shoes dengan baju kurung musim world cup dulu la tu, kan?
*senyum*
AJ! Kau ingat aku kan? Aku rindu orang AJ. Aku dah taktau nak terangkan macam mana. Patut ke aku ajak je dia kawin? Huhuhu
*Masalahnya, takkan perempuan pinang lelaki?*
Adeqq
insya'Allah, tak ada yang aku lupakan. biarpun ada yang sibuk bergelumang dengan hidup benar mereka, tetap kawanan aku juga kan.
tak salah pada sang gadis mulakan pinang; dan Saidatina Khatijah sendiri memulakannya dulu, bukan?
biar berdepan. berkata dengan jelas hati. sampaikan pada dia, agar dia faham dan mengerti.
biar tentu jelas kalau putihnya, dan tentu tolak kalau hitamnya.
bergantung dan tanggung bukan enak dalam pancaroba dunia; kerana siapalah kita untuk bertidak-tidak dengan nafsu selamanya kan?
maka.
cari masanya.
dan berterang terus dengan dia.
kalau ia, haruskan ia.
kalau tidak, susurkan tidak.
jalan harus terus jalan.
episod untuk tayangan esok harus dipamer tonton juga.
*senyum*
terasa.
jiwa sensitif yang menyusahkan diri sendiri juga orang lain.
lebih susah bila lupa mencermin diri sendiri.
maCy
kita semua manusia, sama seperti manusia yang kita cemuh dan bencikan.
mana tahu, terlalu benci, membiar emosi menjadi diri, dan akhirnya kita menjadi orang yang 'kita bencikan'.
hidup bukan satu warna, jadi belajar dengan memerhati, dan mendidik pada emosi.
agar jangan berpaling ludah kemuka sudahnya.
Post a Comment