Original picture from thesahabat04.blogspot.com |
Seandainya telah ditentukan jodoh kamu pada sesiapa, moga didekatkan hati
sekalian itu dan dipermudahkan Allah untuk mendapat redho dan baraqah yang tak
sudah.
Tapi.
Andai yang ditanggung ini hanya satu penyiksaan yang bukan satu ketentuan jodoh dari-Mu yang Maha Esa, Engkau tarikkan lah nikmat berkasih ini pelahan-lahan dan biar nanti bahagia yang benar bahagia itu datang dengan sulam hati dan suasana yang mendapat barakah-Mu.
Tapi.
Andai yang ditanggung ini hanya satu penyiksaan yang bukan satu ketentuan jodoh dari-Mu yang Maha Esa, Engkau tarikkan lah nikmat berkasih ini pelahan-lahan dan biar nanti bahagia yang benar bahagia itu datang dengan sulam hati dan suasana yang mendapat barakah-Mu.
Semoga sekalian kami mendapat ketentuan yang syurga hujungnya.
Dan sebagai mana yang kamu fikir sepadan.
Pada Dia segalanya.
Kan?
Dan sebagai mana yang kamu fikir sepadan.
Pada Dia segalanya.
Kan?
9 comments:
amin...
sehingga kini saya tidak putus doa untuk dipermudahkan bertemu jodoh. moga ada. amin.
dania dan hanaahmad
berdoa itu satu.
tapi, telah Allah janjikan yang baik itu pasangnya untuk yang baik, dan yang terbaik itu pasangannya untuk yang terbaik.
maka, mana kamu tahu, pasangan aku sebenarnya telah ditetapkan yang tahapnya lebih baik dari kamu hari ini. maka, mahu mencapainya hanyalah dengan menjadi lebih baik.
atau tidakpun; jadilah diri kalian yang lebih baik untuk esok dan hari ini, supaya, dipadankan oleh Maha Esa Tuhan nanti, adalah orang yang benar-benar berbaloi untuk kita nantikan.
jadi yang terbaik, sebelum Allah berikan yang terbaik.
dan itu sendiri satu rahmat bagi peluang ini kan?
betul?
mcm pernah dibaca isinya dimana-mana.
dari blog kamu juga. huhu
maCy
dan ia sebut pemetaan semula pada kata yang pernah terbit.
dan maknanya masih belum basi untuk diulang baca kan?
dan aku sendiri masih mengkhatami setiap baris kata yang aku sampaikan dulu; supaya aku bukan munafik yang mengajar kebenaran, tapi setapakpun tidak cuba menghampirinya.
oh.
bila tika ini belum ada jodohnya..
mungkin ini ujian tuhan..
ya..
mungkin diri tak cukup baik dengan yg tuhan ingin padankan..
menunggu..tapi bilakah??
siapa kita nk persoal kan..
hai aJ. taktau kenapa, setiap kali rasa jiwa kacau mesti datang sini walaupun taktau apa sebenarnya yg di cari kat sini. takpe kan datang sini selalu?
R.A
bagi aku, yang harus bukan sematu berdiri kaku dan menunggu, sebab itu tidak menjadi kita yang lebih baik untuk menjumpai jodoh kjita.
maka?
menjadi lebih baik, dan nanti, pasti akan Allah ketemukan kepada orangnya bila sudah sebaris diri dan duduk kita.
kan?
maka, ini tentu saja ruang waktu dan peluang untuk kita menjadi insan yang lebih keberuntungan, kan?
*senyum*
dania
datanglah sekerap kamu mahu dan jamahlah laman ini dari muka satu.
mungkin aku bukan penulis yang prolifik, tapi, selagi aku berkesempatan, akan aku coretkan sesuatu untuk kamu lagi dan lagi; ya.
*senyum*
sebelum itu, jaga diri dan sentiasa berusaha untuk menjadi dania yang lebih baik.
*senyum*
terima kasih, AJ.
Post a Comment