original picture from http://myuncovered.wordpress.com/.
Manusia ada bertanya kenapa perlu ada marah kalau sudah
tidak kisah, dan kenapa perlu ada runsing kalau tak pernah ambil pusing?
Balas jawabnya gi mana ya?
“Barangkali, kamu belum cukup tahu”
5 comments:
atau sebenarnya denial?
masih kisah dan ambil pusing tapi menafikan?
susah nak jawab tu :(
dania
bab hati; sulit dan seni. kamu tak mampu berkata tidak mungkin, kerana ia terlalu penuh kebarangkalian.
maka.
berbaik sangka, dan berbaik laku.
dan andai kamu jumpa satu yang benar dekat dan lekat di hati; pohon Dia jadikan itu penyeri; dan berkata terus pada dia untuk berpasangkan kamu.
denial itu satu penyeksaan bila dibiar lama, kan?
*senyum*
neon
dan cikgu yang seorang ini lama benar tak singgah sini kan? sibuk dengan glider kamu ya?
*senyum*
kamu sendiri jangan jadi denial.
dan jangan tenggelam dengan cerita semalam.
episod esok lusa lebih baik untuk kita kisahkan, kerana ia masa depan; dan ada janjikan harapan' atau paling tidak, ada alasan untuk kita tersenyum.
kan?
*senyum*
barangkali bibir saja kata tak ambil pusing
maCy
...dan hati yang masih tetap runsing.
*senyum*
bab hati, bisa bawa mati; kalau gagal kawal diri.
bab rasa, bisa terus kecewa; kalau gagal kawal jiwa.
melangkah, sebelum jatuh lagi rendah.
senyum dan berdiri, sebelum mengalah sendiri.
kita bukan tak pernah tahu sesuatu itu terlalu berharga, cuma kita tak sangka ia akan pergi tinggalkan kita.
dan.
percayalah yang kekecewa yang disimpankan untuk hidup kita itu terlalu berharga, untuk kita benar kenal kasih cinta, dan budi diri.
kan?
*senyum*
Post a Comment