Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Thursday, 18 October 2012

Rindu Sama Kamu

Bila terdetik dek karenah dan laku mereka, aku jadi rindu, biarpun baru subuh tadi kami berjumpa.
Lagi-lagi tika melayar foto mereka yang jujur senyum, menangis, ketawa dan berduka.
Lagi-lagi bila momen akhir semalam bernoktah di susun suara sang buruh yang capek dan warasnya hanya sebahagian; berlagu dalam nota musik yang berdesing.

Sedangkan; mereka apa yang kita suapkan pada lahir dan luhur.


Menjadi manusia sendiri payah, memanusiakan lebih payah. Tapi payah itu yang tidak boleh 'tak-payah-lah'. Dan 'payah' itu sendiri hidup.

9 comments:

abang bro EL said...

melawat blog tuan...

dania said...

rindu..

AJ said...

EL
terima kasih.
bersila datang lagi semahu kamu ya Tuan.
menjadi sebahagian dari yang kamu pertimbangkan dalam ingatan kamu sendiri sudah cukup besar nikmatnya.

dania
*senyum*
semoga kamu lebih bisa senyum hari ini dari ketika tahun-tahun yang dahulu.
kan kamu sendiri sudah lebih berdiri dari kamu semalam?
*senyum*

dania said...

senyum tapi rasa sakit. palsu. berdiri tapi menggigil kaki. tunggu masa nak jatuh kembali. hilang yakin diri, hilang tempat berpaut. banyak benda tak terluah, simpan sendiri2 sampai makan hati. malu, kecewa dengan diri sendiri.

AJ said...

dania
tak ada yang berlari sebelum merangkak dan berpapah diri jatuh dan bangun.
lantas, berdiri dahulu pada kaki yang lemah, dan berpaut pada Dia yang tak pernah hilang; insya'Allah selangkah demi selangkah ada jalan untuk kita cari cahaya.

cuma satu.
musuh kamu no satu.
percaya pada diri.
selagi kamu memandang rendah pada kemampuan kamu, takkan ada orang memandang lebih tinggi dari itu, dan siapa lagi yang mampu bangkit?

maka, percaya pada diri.
kenapa?
sebab Maha Esa Allah sendiri percaya pada diri kamu; kerana Dia sendiri telah menjanjikan bukan seseorang itu temui suatu ujian, selain dari apa yang termampu oleh mereka.

so,
siapa kita untuk berkata tidak pada janji Dia?

hanya.
kamu perlu percaya.
dan letak percaya itu pada diri.

susah?
itu namanya hidup.

dan hidup akan lebih 'hidup' jika kita memberi kehidupan itu 'nyawa' dan harapan.

percayalah.

macyhumaira said...

ya Allah,

izinkan aku untuk melahirkan sendiri anakku yg sempurna fizikal dan akhlaknya.

biar rindu itu berbaloi sampai dia dewasa.

AJ said...

maCy
ameen
ya Rabbal, alamin.


*senyum*

ya, moga berbaloi; dan bersedia untuk jadi sang isteri yang berutung dimiliki, sang ummi yang bertuah dilahiri dan sang jannah kepada setiap mukmin.

Ameen

langkahnya bermula sekarang; dan kamu beruntung kerana masih mampu memulakannya semula.

*senyum*

Firhan A. said...

aku juga rindu..

walaupun belum berkeluarga..

AJ said...

Feny Rathula
Berkeluargalah dengan sahabat kamu. Berkeluargalah dengan jiranan kamu.
Berkeluargalah dengan keluarga induk kamu.

Mensaudarakan sang manusia dengan ikhlas, insya'Allah akan disaudarakan manusia akan kita dengan ikhlasnya.

dan rindu, itu hal hati.
mana mampu menepis, mana boleh dicari.
ia datang sendiri, dan sendiri bisa pergi.
semuanya dari Dia, dan pada Dia kita berterima, dan berkasih.

kan?

*senyum*