Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday, 21 September 2011

^ Patuh


Kewajipan bertalipinggang keledar itu hanyalah pada tika kamu beratur menuju roadblock, atau mana-mana saja diketika-ketika lain yang 'tok' polis dan 'abang' JPJ hadir. Selain dari itu, talipinggang keledar yang di kereta itu biarlah tak digunakan.

Itulah yang kita percaya. Pemandu 'patrol car' pun percaya perkara yang sama (rasanya).

Hampir semua kita percaya yang patuh itu hanya perlu bertempat, dan bukan menyeluruh.

Mungkin sebab itu, bertudung litup hanya perlu ketika solat dan di surau, atau bagi sesetengah di sekolah dan di pejabat. Kerana dipercayai, Tuhan tidak ada di sesak-sesak pasar malam dan pasar ramadhan, tak ada di majlis rumah terbuka syawal, mahupun di facebook.

Barangkali lah.
Atau setidakpun, itu yang 'kelihatan' seperti kita percaya.

Tuhan lah.
Kalau Allah, pasti ada saja di mana-mana.

2 comments:

norfaridahanum said...

analogi bijak!

barangkali aku perlu tiru kamu. bicaranya sedikit namun berguna. bukan omong kosng yang manfaat entahkan ada entahkan tiada

AJ Hanif said...

norfaridahanum
untuk kamu cara kamu. untuk aku cara aku. dan bagi setiap cara itu, ada hikmah dan baraqah - insya'Allah.
selagi kamu ikhlas menulis seperti mana yang tertulis selama ini, insya'Allah ia bukan omong kosong.
pembaca akan jumpa selagi mereka 'melihat'.

terima kasih.