Maka, jangan berheboh dengan apa yang kita ada, kerana lebih banyak yang penting belum kita peroleh.
Belajarlah dari segenap peluang dan gunalah segala macam ruang. Beri manfaat sebaiknya dan merendah diri agar jiwa lebih mudah menerima.
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil kata, erti hidup pada memberi. Hanya orang yang punya rasa 'ada' mampu memberi, dan tentu sahaja kita semua 'ada', jika kita mahu melihat.
*senyum*
2 comments:
Yang menerima pun kadang tak sedar dah terlalu banyak menerima sampai terlupa untuk memberi juga.
.
.
.
.
.
Uncle, abah dah tak ada..
Assalamualaikum Aly
Maaf untuk terlalu lewat menjengah blog ini, dan terlalu lewat untuk ketahui berita sedih kamu.
Salam takziah buat kamu dah keluarga.
Mungkin pada ketika ini kamu sudah bisa untuk keluar dari kerunsingan dan segala duga hidup, tapi aku doakan agar kamu terus bisa kuat dan dikurnia jiwa besar untuk menempuh rindu pada-nya yang mungkin menghempas pintu ingatan mu nanti-nanti.
Allah sayang Abah Aly.
Maka kita juga perlu sayang abah.
Abah dah tiada apa mampu diusahakan untuknya di sana; melainkan kita bantu Abah untuk jadi anak yang solehah dan sentiasa sedekahkan untuk dia, panjangkan ilmu yang diberi dari dia, dan sentiasa menjaga diri agar kita mampu jadi anak baik dia yang berterusan.
Semoga Allah permudahkan ya Aly.
kamu kuat, insya Allah.
Post a Comment