Seterika wap, belasan helai kain dan baju untuk dikemas serta papan seterika yang sama. Matlamatnya untuk semua siap dan kemas.
Malangnya aku sentiasa terlewat berbanding tempoh isteri ku.
Pelik.
Haha.
Rupanya, kita boleh tentukan masa selenggara tangki pengewapannya biarpun sebelum lampu 'peringatan' berkelip dan berbunyi memaksa diselenggara (dan sebarang urusan ditangguh!) . Jika tidak, yang dijangka lancar tadi, harus menunggu masa selenggara sebelum meluncur kembali.
Samalah dengan hidup, jangan tunggu 'rosak' baru baiki. Kita ada minda dan hati, bagi menilai tanda adanya ruang untuk diselenggara dan ditambahbaik, sebelum ia bakal rosak atau punah segala. Memang takkan ada sekali buat selamanya siap kan? Dan tentu saja ruang paling besar adalah 'ruang untuk menambahbaik'.
Kekal menambah. Kan.
*senyum*
No comments:
Post a Comment