Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Monday, 7 February 2011

Dalam sebaris, ada se'karang'. Balik tirai teater, ada 1000 lagi cerita.

Berdiri sandar, sambil-sambil melampias saki baki debu nikotin dari kelonsong hembus.
Meliar mata berkejaran dengan jalur sinar cahaya mentari ‘membelek-belek’ dan ‘membogel’kan sekalian susuk tubuk yang melintas.

Dunia ini indah. Sungguh.” sambil pelahan senyum menjadi ukir pada bibir yang tidak pernah merah bugar dek di peluk rakus dengan nikotik berbatang-batang seharian.
Lagi banyak billboard kata tidak, lagi banyak dia berkata ia.

Mahu jadi teman sunyi” bisingnya dahulu, dan masih bisik susum kalimah yang sama berulang-ulang. Berbalam menhentam gegendang telinga si pemesan, sampai sudah muak hujungnya.

Sesekali, kita harus jatuh terhempas penuh perit baru kita tahu erti sedikit itu penuh syukurnya” itupun kalau sempat.

Indah bagai pun, ada sudahnya.” dan berpaling. Ah. Tak sedar. Yang di tunggu tadi sudah pun sampai berbimbit troli tolak.

*senyum*

Yang ko tunggu itu aku ke, lenggok montok sana?.
Rezeki. Benda depan mata. Bukan luak pun aku pandang” mendakap pemilik suara. Berpelukan penuh erat. Yang jauh, sesekali pandang, pasti sempurna penuh warna; sedang yang dekat, harumlah setaman bunga pun, pasti hidu bisa hilang selera dan busuk saja yang lekat.

Pahala ko yang luak. Kerling pandang macam nak koyak-koyakkan mulus tubuh depa tu pasal
Ops. Belum masuk waktu. Karang kalau nak panjang-panjang, ko rembat la kayu khatib sat lagi. Gebang la panjang-panjang” dan berlalu. Mengalih bagasi yang bersusun tadi jadi bimbit pada tangan. Ah, bukan banyak sangat, dua saja. Dasar anak manja, itu pun harus ber’kerata’ segala.

Dan dua pasang kaki melabuh pergi. Setapak demi setapak. Sambil hilai tawa menjadi benang pengikat senyum-senyum dua sahabat tadi.

Dan momen lain menjadi pengisi ruang yang tak penah kering dari manusia.
Yang bagainya, bagai-bagai.

Apa yang kamu cari dan siapa kamu esok nanti, hari ini benihnya ada di genggam kamu. Dalam satu hembus, ada 5-6 cerita yang tak penah habis, sampai sudah. Sudahnya di mana ya?

14 comments:

HEROICzero said...

”Ops. Belum masuk waktu. Karang kalau nak panjang-panjang, ko rembat la kayu khatib sat lagi. Gebang la panjang-panjang”

HAHA! mudah kan bicara nya. =)

beautiful_rose said...

mendalam.

AJ Nismihan said...

HEROICzero
dan itu yang ada di kebanyakan.
kita lepaskan apa yang kita tahu, dan biar yang tidak tahu itu berselimut terus hilang terkambus.

Rosecantik
bergantung pada bacaan kalian.
*senyum*
dan aku biarkan setiap baris itu ada se'karangan' cerita.
dan huraiannya ada bagai-bagai yang tak sudah.
*senyum*
kamu sihat rose?

norfaridahanum said...

bukan khatib saja yang boleh menasihatkan,bukan?

tapi AJ,ber"kerata" itu ape?

Abi Zahin said...

anum
*senyum*
harunya 'berkereta' dan bukan 'berkarata'.
boleh begitu?

CGG said...

aku suke en3 ko nie..

miss nina said...

Salam.
AJ, lama benar saya tidak ke sini.
harapnya kamu sihat2 sahaja

selalu benar frasa bukan luak pun bermain di bibir si pria (agak tipikalkan?)
lalu aku terdiam.
pandang semula pada diri sendiri, mohon jauh dari situasi itu.

AJ Nismihan said...

CGG
Terima kasih GulaGula.
*senyum*
I take is as compliment.
Thanks for reading; drop no moral behind the words ya.

miss nina
Alhamdulillah sihat.
*senyum*
moga pada kamu juga sihat-sihat itu ya nina.
dan sesekali pun jangan kamu jatuh pada hinya kata yang tersusun, sebaliknya jadi itu imunisasi kamu jadi lebih ampuh sana nanti.
*senyum*

HEROICzero said...

AJ, kemana kamu?

miss nina said...

AJ, sakit hati saya ke sini
berbunga hati juga saya ke sini
mencari-cari pesan rakan semasa hujan atau semasa ada pelangi.

oh, kamu ada rupanya (" senyum")
pesan kamu itu, saya semat baik-baik dalam hati.

maCy said...

AJ! rindu kamu...

ghost writer said...

ah mungkin agak lama aku mencari kelibat kamu.sama seperti maCy.hihi

meneruskan lagi perjalanan yang tak pernah sudah selagi nafas terhela?

AJ Nismihan said...

maCy
i take it as compliment.
*senyum*

ghost writer
ini juga aku anggap sebagai compliment.
syukur, ada yang mengingat aku kan.
*senyum*
laman kamu, laman maCy, dan laman kalian lain yang masih ada yang bisa menarik perhatian aku sepanjangan aku di dunia maya.
aku masih singgah.
aku masih baca.
sengaja dibiarkan alter ego sebagai pemerhati menjadi raja yang berdiri,
dan sisi penulisan aku semakin karat dan menjadi liat untuk berkonatasi lagi.

dan sekarang.
aku tak lebih dari dinamo motor 'tamiya' yang dah karat dek pengoksidaan panas hujan kalistiwa luar sana yang gagal mencari jalan bereskan karat ini untuk satu jalan penulisan baru.

biar saja sisi pemerhatian dan komentar aku yang bisa terus-terusan hidup.

mungkin itu lebih baik.

kan?

*senyum*

AJ Nismihan said...

HEROICzero
terima kasih mencari aku sahabat.
maaf, aku berjalan tak sudah lagi dengan 2 tapak kaki ini dari mula sampai hujung yang belum tentu.
mungkin.
perjalanan ini terlalu jauh sehingga aku belum jumpa hujungnya.
*senyum*

miss nina
kalau pun bukan aku, pasti ada yang DIA titipkan untuk kamu pegang paut agar tergelincir kamu bukan terus jatuh tak berampu, sakit tak berubat, pedih tak berhujung, hidup tak bernilai.
semuanya pasti ada pengakhiran.
cuma.
bila.
itu.
rahsia-Nya.
*senyum*