Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Thursday 27 January 2011

cliche is it?

Jauh mana pun kita melangkah, kita hanya ada sepasang kaki ini untuk menatap; dan sekeping hati yang bisa kita lontar jauh-jauh.
Adakah fikir kita sejauh itu? {di biar soalan itu tidak berjawab.}

***
Semalam.
Berdiri tinggi di puncak bukit. Di pekik lahung sedaya yang mampu.
“Hoi dunia. Aku mahu berubah”
Bukan sekali.
Tapi dua.
Ah, bukan. Tiga.
Dan tersenyum.
Senyum yang bukannya sedikit; berjela tanda puas.

Sudahnya sampai di situ.
Selepas senyum tadi hilang, semua yang lain sama seperti kelmarin dulu.
Hari ini sendiri seperti kelmarin dulu.
Dan pekik azam semalam hayatnya hanya sepelahung gelombang suara.
Dan kemudian, hilang.

Kita masih seperti dulu.
Dan sugul.
Hilang manis tadi, murung menjadi galang ganti.

Dan memerhati kalendar di meja; menghitung hari untuk ‘mula’ azam lain.

ulang [chorus] dan [bridge] berkali-kali

12 comments:

NAJ HEBAT said...

ya. betul.

haih.

little ain said...

ain persistent.

nak kurus.

heeee :D

ch!natsu said...

hanya kita yg mampu merubah diri kita..

n hanya kita yg tau sejauh mn kita nak berubah..

mgkin kata2 tanpa usaha..
mgkin kata2 dengan usaha..

kan?

eiffel said...

semangat berazam hnya di awl tahun..

pusing-pusing dan akhirnya tak kemana...dan masih disitu lagi...

yusuf said...

azam perlu disusuli dgn kehendak serta semgt yg kuat. bila tercapai , kne terbitkna pula istiqomah


susah.

tapi tak mustahil


:)

norfaridahanum said...

ouch!sentap!

ghost writer said...

laung dalam hati sebagai azam...
lebih tekad dari suara.

HEROICzero said...

banyak yang bertanya bagaimana nak berubah. itu bahagian yang senang. bahagian yang lebih sedikit, bagaimana nak kekal berubah?

lemah. lemah.

miss nina said...

mahu sahaja berubah dari kurang kepada ada, dari lemah kepada kuat.

tapi semangat itu kadang-kadang ada, kadang-kadang hilang.
harus bagaimana ya AJ?


-lemah lagi rupanya-

AJ Nismihan said...

Naj
Kita selalu sedar, tapi masih sama kan Naj.
Oh.
Ok.
kalau bukan 'kita', pasti 'aku' lebih tepat.

sibesarAin
bersederhana memadai kan ain.
pasti lebih manis andai yang kurus itu bukan senyuman ikhlas kita kan ain.
*senyum*

ch!natsu
kita yang pilih.
pilih apa yang mahu diubah, dan jauh mana mahu melangkah.
dan esok
kita sendiri yang memilih; mahu terjelepuk kesal atau biar senyum puas menjadi asalnya.

eiffel
dan akhirnya, semua berkata lebih dari usaha.
bersembang lebih dari mampu diri.
camtaek saja kan eiffel.
tapi
sampai bila mahu kita bising begitu di depan cermin diri pagi-pagi kan?

yusuf sahabatku
dan selalunya daya kita hanya henti pada kata 'susah', dan terlepas pandang pada 'tapi tak mustahil', dan sayang sebab terlepas pandang pada senyum kamu yang akhir.
rugikan.
dan aku sendiri kerugian dulu-dulu.
ah, harapnya bukan untuk esok-esok pulak.

anum
dan aku ini tergolong dalam manusia yang kerugian, kecuali aku menyampai pesan yang aku sendiri perlukan, betul kan anum?

biskut
dan perlu tampung dengan iltizam, dan istiqamah (bagai kata yusuf), kalau tidak, hanyut juga nanti kan.

HEROICzero
dan lemah itu pasti ada supliment dan solusinya kan sahabat.
kalau tidak, takkan jumpa bangsa yang sekuat yang lain bukan?

missnina
dan yang hilang itu kenapa?
takkan bisa kita biar semuanya terus-terusan dicuri dan tercicir sampai sudah kan?
pasti ada jalan.
dan susah-susah pun itu lebih senang dari terus susah dan terusan mengeluh tak hujung-hujung, kan.
*senyum*

norfaridahanum said...

teruskan berpesan dengan kebenaran,
teruskan bersabar dalam berpesanan..

AJ Nismihan said...

anum
kadangnya aku penat anum.
nafas aku tersekat-sekat tanpa aku sedar.
dan aku tak tahu lama mana mampu terus ada nadi jiwa aku ini.
kadangnya.
*senyum*