Jurutrengkas

My photo
Menulis untuk memudahkan ingatan, biarpun tahu susah itu barulah 'hidup'.

Wednesday 27 February 2013

Andai


Origin from Annamir's Flickr.
Jika hidup hanya berandai dan ber’kot’ pada lafaz dan basah bibir kamu, tak ada satu pun mudah disudahkan.
Ia ibarat menyembelih dengan pisau tumpul.
Menyeksa sang korban yang mulanya ikhlas dikorbankan pada jalan Tuhan.
Menyesakkan peri manusia pada yang memerhati; dan mana tahu, jatuh haram pada pengeksaan dan korbanan itu nanti.

Thursday 21 February 2013

Andai Mampu


andai sang jejaka mampu pandang jauh ke dalam diri si gadis

pasti dia mahu menyulam sayang yang benar sayang pada diri gadisnya
biar sakit dan perit hatinya bisa mampu dirawat dia
biar luka yang bakal datang esok, dia mampu redakan sebelum ia sendiri muncul
dan
biar dia pasti semua suis gembira gadis-nya bisa dia petik usik
agar yang bisa keluar dari tubuh gadis-nya hanya tawa dan manis senyum yang tak sudah-sudah.

tapi

itu cuma andai sang jejaka

dan

mana mampu semua jadi nyata

maka

terimalah si jejaka seperti mana dia
sesempurna dia yang pasti tidak akan pernah sempurna bila-bila
biarlah jejaki guris sesekali hati sang gadia, supaya esok ada kesempatan gadis bermanja kasih dalam peluk halal si pujuk jejaka
biarlah sang jejaki buat gadis sedih sekali sekala, agar nanti ada sentiasa ada jaga-jaga dalam hubung mereka

dan

biarlah jejaka terima gadis seperti mana gadis itu sendiri
itu sudah cukup sempurna buat diri si jejaka

pastinya

ah
boleh begitu?

Wednesday 13 February 2013

Halalkan Saya!



Bersama ini sebuah naskah yang aku tulis untuk diterbitkan di laman secret7writers, sama seperti naskah lain yang sudah diterbitkan disanajuga di atas nama unEdited. Namun, atas sebab yang tertentu, aku terbitkan ia di sini, untuk bacaan kalian.
Percayalah, setelah beberapa kali mencuba, aku mengesahkan menulis kistot/kispen/cerpen lebih kompleks dari melempar kata di entri blog ini. Setidaknya, itu yang aku percaya.



   
***
 

12 haribulan
“Aku tidak mampu bahagiakan kamu. Pergilah cari orang itu! Pasti dia mampu bahagiakan kamu. Dan dia lebih layak untuk kamu!”
“Awak sudah bencikan kita?”
“Tidak. Sesekali pun tidak. Cuma..”
“Kenapa harus ada cuma? ” pipi mula basah.
“Percayalah, nanti kamu akan faham” dan berlalu, laju.
Hujan mula turun. Lebat. Benar jangka cuaca di berita tadi, panas tak sampai ke petang, ada hujan lebat berselimut taufan di hujung hari.

***
COMPOSE
Kalau nanti-nanti saya boleh awak fahamkan, kenapa bukan hari ini saya difahamkan terus?
SENT

***
13 hari bulan, 5 bulan ke hadapan.
Manusia yang ramai tadi semua sudah mula pulang. Yang bersampin dan mula lucut dan bersandar menunggu penat reda. Tinggal hanya berdua-tiga manusia, pelamin dan bunga-bunga yang tunggu tuannya datang tuntut saja.
“Abang ok?” Naurah membetul simpuhnya disebelah Amir. Teh suam nipis sopan disuakan kepada sang suami.
“Alhamdulillah” dan senyum, yang manis. Kalau bertengkolok merah hati tadi lagi manis. Mahu mati diabetes dengan manis itu pun tidak apa rasanya.
“Pengantin ni, tak habis-habis lagi berkepit nih!” ajib, juru gambar mereka. Entah beribu momen manis pasangan sahabatnya terakam di DSLR kesayangannya. Sudah berkira-kira untuk susun letak ‘customised album’ mereka, barangkali.
“uhk, uhk!” batuk. Amir batuk. Cangkir teh tak sempat dicicipkan ke bibir sudah tersamping ke sisi. Dada amir bergetar lagi. Batuk!
“Abang!” Naurah sempat. Telapak tangan berinainya sama memengan tangan Amir di dada. Amir batuk lagi. Berdarah kali ini.
“Ya Allah, kenapa ni?” semua yang ada mula berkerumun. Semua tumpu pada mereka.
“Abang, mengucap bang” Naurah meriba suaminya. Telapak tangannya tak lepas.
“Cepat siap kereta. Cepat. Kita pergi hospital”
“Mengucap ya bang. Sabar ya” masih, tak lepas.
“Allah... ucap Allah bang” dan kini baru lepas; air matanya terlepas turun dari pipi itu sebelum sempat diredakan hati. Ah, sabar!
“Maafkan abang ya Naurah sayang” jatuh lagi air mata itu. Kali ini makin tidak tertahan.
“kita jumpa ya” dan senyum dalam pucat wajahnya, dan senyum lemah.
“Cepat angkat, kereta dah tunggu” tapi tak sempat.
“Allah...” lafaznya akhir, dan baru terlucut genggam tangan kepada isterinya.
“Abang!”

***

Malam Jumaat, tahun yang kemudian-kemudian
“Ya, Allah, semoga kamu tempatkan dia dikalangan kekasih-kekasihmu yang kamu sayang ya Allah, dan jadikanlah aku bidadari yang menjadi makmum bertakwa kepada dia di sana juga ya Allah. Ameen.” Dan berderai, lagi

[Epilog]
“Awak, kalaupun benar sakit itu sebabkan hayat awak tidak lama, tolonglah jangan seksa saya dengan memutuskan apa yang kita bina bersama. Tolonglah nikahi saya dan biarpun sekejap, bahagiakan saya untuk saya kenang sampai hujung dunia. Berilah peluang untuk saya halal merindui awak selama hidup saya. Tolonglah saya awak. Tolong”

Tuesday 5 February 2013

Keputusan




Jangan sesekali yang diputuskan keputusan itu untuk yang lain, sedangkan yang kita berhak hanya pada kita.

Berkorbanlah kalau kamu mampu, atau berjuanglah kalau itu kamu mahu; tapi akhir duduknya kejadian tetap dari Dia.

Letak hamba pada usaha, dan kita tidak memiliki sekalian apapun, melainkan dipinjamkan dan diamanahkan.

Monday 4 February 2013

Poskodnya?



Mendengar hujung nyawa bakal menjengah bila-bila dari sang manusia berkod putih dan steteskop di leher bisa matikan alasan untuk hidup.

Sedangkan, kita tahu yang penyudah hidup itu bakal bila-bila saja; tetapi tetap masih biarkan hati mati? Padahal, ia lebih baik tahu dari tertunggu tanpa tahu penghujungnya, bukan?
Melainkan, kita tidak pernah percaya, atau benarnya tidak pernah mahu ambil bicara?

*senyum*

Bibir mengumam mahu kesyurga sahaja, tapi ‘poskodnya’ sendiri kita tidak pernah mahu ambil tahu!

Friday 1 February 2013

“Percayalah, nanti kamu akan faham”





Kalau nanti-nanti dia bisa faham, kenapa hari ini dia tidak difahamkan terus?

Barangkali kamu ‘membeli’ waktu untuk sebuah keputusan, tapi sang penunggu itu bisa goyah segala yang dipercaya dengan seribu andai dan kemungkinan; dan mana tahu, bila sedar baru menjengah, kamu sudah tidak ada ‘waktu itu’.